Saturday, February 16, 2013

Perpisahan Pelangi

Kakak menjemur pakaian
Di halaman.
Ayah mencuci mr waja
Kereta kesayangan ayah sejak 8 tahun lalu.
Ibu menyediakan
hidangan tengah hari yang lazat.
Adik meninggalkan psp di tangan
untuk menyertai geng konda-kondi amir
kawan adik sejak lahir.
Sesekali kedengaran bunyi gitar
di petik abang.
Aku yang kononnya ingin menghirup udara segar
padahal aku ingin melihat telatah
kakak,ayah,ibu,adik,abang.

Hujan tiba-tiba turun
di sebalik matahari terik.
Kakak-terpaksa mengangkat kembali kain di jemuran
sambil di temani ibu.
Ayah bergegas mencari tempat berteduh
untuk mr waja.
Adik dan geng konda-kondi amir
lari bertempiaran untuk mengelak dari di basahi
hujan panas.
Abang dari seorang amy search
Kelam kabut berlari ke dalam rumah.

Aku sejak tadi di luar
Masih di luar
Seperti di rasuk syaitan
Kaku berdiri dalam hujan panas.
Aku sudah lupa pesan ayah.
"hujan panas akan cepat kena demam"

Itu semua tak ku peduli
Janji aku dapat melihat mr pelangi.
Cantik sungguh.

Makin lama aku memujanya
makin hilang pelangi itu di depan ku.
Aku ingin peluk mr pelangi
Tapi aku tidak mampu.
Yang ada hanya sebuah memori indah
di hp ku.

Aku pulang dengan baju basah.
Hingus di hidung.
Ayah tetap ayah yang sama.
"hujan panas akan cepat demam".

Aku tersenyum
kerana aku tahu ayah sayangkan aku.
Cuma aku yang degil
Ingin berjumpa mr pelangi.

Terima kasih Mr pelangi kerana pinjamkan
kebahagian itu sementara.

Terima kasih ayah kerana masih sayangkan aku.
Kakak,ibu,adikabang kerana lahir dalam hidupku.

Nota kaki: Perpisahan pelangi ini di tulis khas buat shila amzah sekeluarga. Be strong shila.

I'm Kelantanese

Kita lahir di pasir putih,kelantan
i'm kelantanese

Kita makan budu dengan nasi
i'm kelantanese

Kita penyokong red warrior
i'm kelantanese

50% penduduk kelantan,saudara kita
i'm kelantanese

Kita reti buat kuih cek mek molek
i'm kelantanese

Kita happy balik kg walaupun ambil masa 10 jam
i'm kelantanese

Kita faham loghat kelantan
i'm kelantanese

Kita peminat nasi kerabu,laksam,akok
i'm kelantanese

Walaupun blog kita gadisgombak tapi kita tak malu mengaku
i'm kelantanese