Thursday, April 18, 2013

Merdeka Kah Kita

Tanggal 31hb Ogos
Pasti ramai di kalangan kita
Berdiri tegak di Dataran Merdeka
Menyanyikan lagu Negaraku
Sambil melaung-laung
Merdeka Merdeka Merdeka

Megahnya kita
Kerana dapat hidup
Di sebuah negara yang merdeka
Merdeka kah kita?

"Tepuk Dada Tanya Selera"

Merdeka itu Umum
Tetapi dalam bahasa Melayu Saskrit
Merdeka itu  Maharddhika
Membawa maksud
Kekayaan, Keagungan dan Kekuasaan
Arghh..Kita peduli apa tentang maksudnya

Yang kita tahu
Merdeka itu Bebas
Kita Mahu Bebas Bergerak
Bebas Berlari
Bebas Bersuara
Bebas Melakukan Apa Sahaja

Tapi ini semua Palsu
Cakap sikit
Alasannya,
Malaysia adalah negara berpelembagaan

Sampai bila
Merdeka ini menghukum rakyatnya sendiri
Sampai sambutan Merdeka kali ke-200

Percaya kita akan Merdeka
Sekiranya kita faham
Apa maksud Merdeka
Yang Sebenarnya

Saturday, February 16, 2013

Perpisahan Pelangi

Kakak menjemur pakaian
Di halaman.
Ayah mencuci mr waja
Kereta kesayangan ayah sejak 8 tahun lalu.
Ibu menyediakan
hidangan tengah hari yang lazat.
Adik meninggalkan psp di tangan
untuk menyertai geng konda-kondi amir
kawan adik sejak lahir.
Sesekali kedengaran bunyi gitar
di petik abang.
Aku yang kononnya ingin menghirup udara segar
padahal aku ingin melihat telatah
kakak,ayah,ibu,adik,abang.

Hujan tiba-tiba turun
di sebalik matahari terik.
Kakak-terpaksa mengangkat kembali kain di jemuran
sambil di temani ibu.
Ayah bergegas mencari tempat berteduh
untuk mr waja.
Adik dan geng konda-kondi amir
lari bertempiaran untuk mengelak dari di basahi
hujan panas.
Abang dari seorang amy search
Kelam kabut berlari ke dalam rumah.

Aku sejak tadi di luar
Masih di luar
Seperti di rasuk syaitan
Kaku berdiri dalam hujan panas.
Aku sudah lupa pesan ayah.
"hujan panas akan cepat kena demam"

Itu semua tak ku peduli
Janji aku dapat melihat mr pelangi.
Cantik sungguh.

Makin lama aku memujanya
makin hilang pelangi itu di depan ku.
Aku ingin peluk mr pelangi
Tapi aku tidak mampu.
Yang ada hanya sebuah memori indah
di hp ku.

Aku pulang dengan baju basah.
Hingus di hidung.
Ayah tetap ayah yang sama.
"hujan panas akan cepat demam".

Aku tersenyum
kerana aku tahu ayah sayangkan aku.
Cuma aku yang degil
Ingin berjumpa mr pelangi.

Terima kasih Mr pelangi kerana pinjamkan
kebahagian itu sementara.

Terima kasih ayah kerana masih sayangkan aku.
Kakak,ibu,adikabang kerana lahir dalam hidupku.

Nota kaki: Perpisahan pelangi ini di tulis khas buat shila amzah sekeluarga. Be strong shila.

I'm Kelantanese

Kita lahir di pasir putih,kelantan
i'm kelantanese

Kita makan budu dengan nasi
i'm kelantanese

Kita penyokong red warrior
i'm kelantanese

50% penduduk kelantan,saudara kita
i'm kelantanese

Kita reti buat kuih cek mek molek
i'm kelantanese

Kita happy balik kg walaupun ambil masa 10 jam
i'm kelantanese

Kita faham loghat kelantan
i'm kelantanese

Kita peminat nasi kerabu,laksam,akok
i'm kelantanese

Walaupun blog kita gadisgombak tapi kita tak malu mengaku
i'm kelantanese

Monday, December 31, 2012

2013 - Tahun Mencari Kasih Sayang

Tahun 2013 bagi kita adalah tahun mencari kasih sayang yang telah kita lupakan sepanjang tahun 2012.

1. Sayang kepada ALLAH S.W.T
Tahun 2012, kita terlalu sibuk mengejar dunia hingga kita alpha kepada Pencipta Seluruh Alam.Kita berharap pada tahun 2013, kita akan membanyakkan masa untuk lebih mengenal ALLAH S.W.T.

2. Sayang kepada keluarga.
Kesibukan sepanjang tahun 2012 telah membuatkan kita kurang menghabiskan masa bersama keluarga. 2013, akan cuba di isi sebaik mungkin dengan membawa keluarga bercuti.

3. Sayang kepada kucing.
2012 merupakan tahun terakhir kita bermanja-manja dengan kucing kesayangan kita " Kucang".Sekiranya, tahun 2013 kita mempunyai binatang peliharaan. Kita akan sayang seperti kucang.

4. Sayang kepada teman sekerja.
2012, merupakan tahun terakhir kita bekerja bersama dengan company yang menjadikan kita seperti hari ini.2013 akan bermula satu chapter dalam hidup kita dengan bekerja bersama majikan dan teman sekerja yang baru.

5. Sayang kepada HTL.
Projek kebajikan yang kita cetuskan telah mencapai percapaian yang cemerlang pada tahun 2012 Kita   berharap agar tahun 2013, HTL akan dapat mengulangi percapaian cemerlang sekali lagi.

6. Sayang kepada diri sendiri.
Satu rekod yang telah di cipta oleh kita sendiri sepanjang tahun 2012 berkenaan kesihatan kita.Kita telah 2x di tahan di hospital. MC paling banyak sepanjang 3 tahun kita bekerja. 2013, adalah tahun untuk kita kekal aktif dan cergas.

 7. Sayang kepada perhubungan kekal.
Umur kita akan bertambah pada tahun 2013. Kita berharap kita akan berjumpa dengan perhubungan kekal pada tahun 2013.

8.  Sayang kepada kawan-kawan.
Tahun 2012 merupakan tahun berkawan seMalaysia.Ini kerana pada tahun lepas, kita telah berkenalan
dengan ramai kenalan dari kelompok yang berbeza. Kita berharap hubungan persahatan pada tahun
2013 akan kekal harmoni seperti tahun 2012.

9.  Sayang kepada Seni.
2012, masa yang di peruntukan untuk aktiviti seni kita sangat limited. Semoga tahun 2013, kita akan ada masa untuk itu.

10. Sayang kepada adik.
1987-2012, Adik bersama kita selama ini. 2013, adalah tahun gembira buat adik.

Kita hanya mampu merancang tetapi ALLAH S.W.T adalah perancang terbaik dalam hidup ini.Doakan yang terbaik untuk kita sepanjang tahun 2013.Amin. Selamat datang 2013.    


Thursday, August 23, 2012

Zaman mana yang korang paling rindu?

Tag = Adalah permainan berantai yang paling cool untuk tahun 2009.
Step permainan ini.
1) Copy tajuk tag ini.
2) Jawab soalan yang di tanya.
3) Dah habis,jawab.Tag la kepada kawan blogger yang lain.

Tajuk tag : Zaman mana yang korang paling rindu?

Time study dekat Uniten.Mengarut benar kita rasa time tu.Sebabnya,kita cite dekat bawah:

1) Karok dalam apartment hostel.
2) Naik kete saga phateen (sekarang dah hancur sbb accident) macam sardin gi kelas.6 org 1 kete.
3) Kita start dunia bisnes.Bisnes roti,tshirt,perfume,aiskerim.
4) Training teater setiap minggu.
5) Jadi orang paling rajin gi masjid time bulan posa semata-mata nak makan je.
6) Hidu bau rumput selepas hujan dari hostel.
7) Fara(Roommate kita dekat Uniten) akan kejut semua org bgn sahur sampai bangun.
8) Kitaorang pernah gi 3 bazar yang berlainan dalam masa 1 hari.
9) Time dekat uniten,kitaorg ada binatang peliharaan,si T.
10)Berdiri depan stadium bukit jalil semata-mata nak masuk tgk AJL.
11)Download cite/mp3/af secara free bagai nak rak guna internak webserver Uniten.
12)Start tulis blog ni.
13)Berebut-rebut nak cantik page friendster.
14)YM sentiasa.sekarang yahoo mail tu dah tak bole buka (Sayang).
15)Jadi vice president hostel & founder ilmu kiosk.
16)bljr tgh2 malam dan tido tengah hari.
17)Berdoa lecturer akan sakit perut ke pe ke kalo malas nak gi kelas.
18)View hostel mengadap tasik yang cantik.
19)kuar 1 kelas gi jalan-jalan time sem akhir.
20)Berhempas pulas siapkan project yang palig tuff.(IDP).

**Sape-sape,yang dah buat. comment dkt post ni.Nanti kita baca.**

Wednesday, July 25, 2012

1st Ramadhan


1st Ramadhan tahun ini,kita sambut di Hospital Al-Islam Specialist, Kg.Bharu. Kita di sahkan denggi.Kita kes yang ke-8 di kawasan rumah yang kene Denggi.Time datang dkt hospital ari tu,muka kita habis colour merah.Badan-badan semua dah merah.Serious risau.Itu terjadi selepas 3 hari kita demam panas sampai suhu pernah cecah 40.7'C.

Putrajaya-Kg Bharu ambil masa perjalanan nak dekat 45 minit.Tapi,kita tetap pilih hospital ini sebab kita suka nurse dekat sini.Baik dan jaga kita dengan elok sekali. Bayangkan, pukul 5am.Nurse macam biasa lah,akan check suhu dan pressure kita.Pagi tu,tetibe suhu badan kita : 38.7'C. Nurse tu terus kejut kita."Zarith,bangun.makan ubat.Suhu awak tinggi".Dia tunggu sampai kita bangun dan make sure kita telan ubat." Pernah tu time siang,suhu kita naik lagi.Nurse terus cakap dengan kita."Pergi mandi,badan awak panas".

Kita nie jenis susah cari urat nak bik darah.Tau je lah,denggi memang kena bik darah hari-hari.Nurse tu terpaksa bik darah dekat urat pergelanggan tangan. Sakit tuh,kalo bik urat dekat sana. Tapi nurse ni risau kalau kita jerit sakit.Dia inject sambil baca kalimah ALLAH SWT.Allahuakhbar,kita tak sakit langsung.

Itu lah sebab kita suka masuk Hospital ini dan nurse dkt sana dah jadi kawan kita dah.Ramadhan pertama yang tak akan kita lupakan:)

Monday, June 18, 2012

Selamat Pengantin Baru Mae



Selamat pengantin baru,Mae ;)

Ikfa,time tengah drive nak ke akad nikah ko.Kita congak-congak yang kita da kenal ko da 10 tahun.Lama tu ikfa. Time ko jadi penolong ketua kelas 4A2 jap.Pastu lepas ko da pindah kelas,kita kurang ko bercakap dengan ko.

Pastu,nak buat cerita kita.Ko dengan Nani pun masuk Uniten.Jadi junior kita.Hahaha.
Tapi,banyak juga la kelas sama. Ko rajin pergi kelas tak macam kita yang sokmo cari alasan nak memonteng. Ko selalu bising-bising,suruh kita gi kelas.Akhirnya,ko ingat tak yang kita berdua pernah dapat 100% untuk RC I selain dari si cina pandai tu.Itu belum
kira ko ajak teman ko study dekat food court COE. Nasib baik de kawan macam ko yang selalu ingat kan kita supaya belajar.Kita doakan nanti anak ko akan jadi pandai macam ko..

Ikfa,bila kita tengok muka ko time upacara akad nikah.Terus kita flash back 360' time ko di Uniten.ye la,time tu je kita start close dengan ko sampai hari ini.Paling penting pasal ikfa nie,dia seorang yang mempunyai nafsu makan yang sangat best. Selalu memang ikfa jadi kamus kitaorang nak makan pe setiap hari.

Ikfa,hang da jadi isteri orang dah pun.Dulu,selalu gi kenduri kawin dengan hang tapi 16.6.12,kita tengok hang pulak dekat atas pelamin. Comel sangat.

Ikfa,kita doakan yang terbaik untuk ko.Moga berbahagia hingga akhir hayat.2 hari berkampung dengan ko.Kita dah kenal sedara-mara ko yang ramai tu.1st time gi kenduri orang lebih 3 jam.