Thursday, September 4, 2008

Ramadhan Walk at Ilmu



Ramadhan Walk at Ilmu(R.A.W.I)
Masa:430pm-730pm
Tarikh:3/9/2008-21/9/2008
Tempat:Parking kereta Ilmu 4,Uniten

Sehari Di Zoo Negara

Sehari di Zoo Negara.Bukannya,kite ke sana
untuk mengambil-ambil gambar binatang-binatang
cute di sana.Tapi,membantu pekerja-pekerja zoo
membersih,memberi makanan,memandi binatang tersebut.

Kite di tugaskan menyediakan makanan dengan ida.
Jadi Chef Burung la gamaknya.


Perkara-Perkara yang anda perlu tahu mengenai zoo negara:

1. Zoo Negara de ahli club diaorg sendiri.Nama dia Zoorama.
dapat membership card dgn benefit-benefit lain lagi.
2. Burung merupakan binatang yang paling kuat makan.5x sehari.
3. Burung makan makanan yang sangat sedap.Contoh roti gardenia.
4. Kalau kite nak bagi burung yang mcm angsa makan.Kite kene
bersiul untuk memanggil mereka makan.
5. Gajah dekat zoo nama dia bego.Nanti gi zoo.Panggil lah nama tu
sure dia senyum.
6. Zoo Negara de kantin yang murah.Nak tau dekat mana.Tanya pekerja
di sana.Mana kantin untuk staff.
7. Semua pekerja zoo negara menggunakan basikal sebagai kenderaan
rasmi mereka di dalam zoo.
8. Gaji pekerja zoo sangat lumayan.Senior boleh cecah RM3000++
9. Pekerja Zoo hanya cuti sehari seminggu tapi bukan pada hari minggu.
10.Zoo negara bukan hak milik kerajaan sepenuhnya.Company Swasta yang
handle.


bego namanya




makanan burung

Akademi Nasyid



Ke Akademi Nasyid bersama kelly(kelisa)zul.Dari Uniten ke Plaza Alam Sentral.Kite dengan zul first time gi Akademi Nasyid.Kiteorang datang sebab nak bagi support dekat group Farhan.We'LL duduk dekat tempat family farhan.1st time jugak tengok live dekat alam sentral.

Performance Farhan Malam tu sangat merdu dan lunak suaranya. Macam yang kite bagitau before nie,farhan satu-satunya group dalam AN yang semuanya boleh menyanyi.Walaupun farhan tak dapat ke final. tak tau apa salahnya.SMS tinggi,Juri pun suke.. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu perjalanan abang-abang farhan nie nanti.

Saya Zarith Naquiah Zahari akan terus menyokong perjuangan abang-abang sekalian sampai bile-bile.Good Luck.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Terima Kasih kepada:
1. Zulfahmie kerana teman kite.
2. Azhar kerana reserved tempat untuk kami berdua ari tu.
3. Abang Faizal kerana melayan kami dengan baik.
4. Abang Adi,Abang Anwar,Abang Faizal(Farhan) kerana mengalunkan lagu pada malam tersebut dengan lunak sekali.
4. Rakan Farhan yang lain kerana menyokong Farhan
Doakan perjalanan Farhan sempurna.

Amin..

Monday, August 18, 2008

Satu Minggu Yang Penat

10.8-17.8,merupakan minggu terpenat kite.
Penuh padat dengan aktiviti duniawi.
Isnin :Dynamic Test 1
Rabu :Soil 2 Test 1
Khamis :Tutorial Dynamics
Jumaat Pagi :Rc1 Test 1
Jumaat Petang:Talk Soil 2
Jumaat Senja :Ke alamnda cari kasut
Sabtu Pagi :Konvo nana
Sabtu Malam :Akademi nasyid
Ahad :Sehari di zoo negara


Maaf,gambar tak boleh nak upload buat masa nie.
nanti,try lagi

Sunday, August 17, 2008

Coming Soon..

1.8-31.8 memang penuh dengan aktiviti plus exam.
Sekarang tengah busy.
Nanti,kite update kan:
1.Akademi nasyid
2.Zoo negara
3.Jualan di konvo uniten

Saturday, August 9, 2008

Undian Terakhir Untuk Farhan(Akademi Nasyid) ke Final




Ini lah masa terakhir untuk semua peminat
mengundi Farhan di Akademi Nasyid.Farhan tersingkir
pada saat-saat terakhir sebelum ke final.
Satu-satunya kumpulan Nasyid di dalam AN
yang semua ahli boleh menyanyi


Pengalaman Farhan:
1.Kesinambungan sebuah kumpulan nasyid di MMU Cyber yang bernama WILLDONE
2.Backup brothers kat Kedah
3.Backup tetap Raihan
4.Anak murid Cikgu Siti Hajar dan belajar vokal bersamanya sejak 2004
5.Telah keluar single mereka tersendiri semasa dalam Akademi Nasyid
http://halamanfarhan.blogspot.com


Monday, August 4, 2008

Terima Kasih Kuantan






June 2003
pertama kali kita
ke Kuantan

Bag pramugari
yang di beli abah
di Makro dan
hp 3310 yang di beli
hasil wang niaga
menjadi peneman kita
selama 3 tahun
di KPTM kuantan

3 tahun sudah cukup
untuk kita menyanyangi
Kuantan buat
selama-lamanya

Pelik
bandar kecil
ini lah yang
menjadi pujaan kita

Kuantan
Bandar istimewa
Sangat istimewa

Air terjun yang best
Jerangkang
Sungai yang tak
boleh mandi
"Benteng"

Menyusuri
bandar kuantan
menaiki bot
memberi kenangan
terindah di sana

Yang buat kita
bertambah gila
dengan kuantan
Shopping complex
dekat sini
dekat-dekat jer

Kita pernah jalan kaki
untuk ke 5 shopping complex
yang tanpa henti
Teruntum-Kuantan Parade-
Parkson-Mydin-Megamall
Nampak letih
tapi puas
jalan-jalan
sambil
borak-borak

Lepas tu singgah
satu-satu tempat
makan/minum
5X makan dekat sane

Kuantan memang banyak
makanan yang sedap
dan murah
paling kita suke
minum sirap bandung
dekat kompleks sebelah
kuantan parade

mihun sup dekat makcik
kulit licin di pasar malam
ari sabtu menjadi kepastian

Bulan posa tiba
mengingatkan kita
"pesta makan bersila
atas padang bola
sebelah masjid"
di sana

Unik
Kos hidup
di Kuantan
sangat rendah
berbanding KL

Kita selalu
menghabiskan
masa di sana
dengan
mencuci gigi
di klinik gigi
kuantan
RM1 only

Bas Bulan Restu
menjadi saksi
kepada kita
meninggalkan
Kuantan buat
sementara waktu

Terima Kasih
Kuantan
Percayalah
Kuantan

Suatu hari nanti
kita akan kembali
ke sana jua