Wednesday, December 17, 2008

K.I.T.A book of record Part I

KAWAN TERLAMA YANG KITA ADA:



Nama:Faizah
Nickname:Pifi
Umur:23 Tahun
Tempoh berkawan:Sejak umur 8 tahun(15 tahun)

Kenapa Pifi?

Kiteorang nie tak la selalu jumpa.
Dah bertahun tak jumpa.Last jumpe
pun,terserempak-->Dalam KTM.

Tapi,kiteorang nie tak pernah lost contact.
Kepada pifi:kalau ko kahwin ke tunang,ko jgn
lupe ajak kite.

ref:Tengah chuak dalam Lab tunggu nak register
FYP.Doa kan kite berjaya.

Monday, December 15, 2008

Maut di Bukit Antarabangsa



Kite terpanggil untuk menulis artikel nie
selepas Dr Lee[Lecturer Foundation]
bercerita mengenai masalah ini.

Ini adalah pandangan peribadi kite mengenai
masalah ini.Ramai yang menunding jari ke arah
majlis perbandaran tempatan.

Masalah ini bukannya salah mereka 100%.Ramai
yang bertanggungjawab ke atas kes ini.
Contractor,Consultant.Semua
kene di siasat.Adakah ini bukan salah mereka.

Mungkin perubahan cuaca global yang tidak menentu
menjadi sebab utama kejadian ini.Semua ini masih
dalam siasatan.

kite pernah ke bukit antarabangsa pada tahun 2006.
Untuk melihat tapak projek masjid di sana.Memang
best dapat tinggal di sana.Tinggi.Berangin.

Kebetulan,ketika kite hendak pulang.Hujan turun
dengan lebat.Kite betul-betul terkejut bila
laluan ke bukit antarabangsa yang tadinya indah
bertukar menjadi sunway lagoon baru.Air mengalir
ke permukaan jalan dengan lajunya.Padahal sistem
perparitan di sana cukup sahaja.Ada longkang
kiri kanan jalan.

Air tadi bukannya berwarna putih tetapi warna perang.
Seperti pesta teh tarik di jalan raya.Kotor.Air lumpur
itu di percayai berpunca dari kesan pembinaan di
kawasan tersebut.

Amat mengecewakan.Apabila kediaman berharga jutaan ringgit
bertukar sekelip mata hanya kerana hujan lebat.Lagi-lagi,
sekarang musim hujan.

Tiada ungkapan penyesalan mampu di ungkapkan.
Semuanya telah berlalu.
Cuma kini,kite berasa sungguh kecewa dengan segelintir
penduduk bukit antarabangsa yang menyalahkan pihak terbabit
berkenaan harta mereka di dalam rumah telah hilang.
Adakah harta lebih berharga dari nyawa.Ada berita mengadu,
penepatan sementara mereka tidak selesa.

Bersyukur lah kerana ada orang membantu kite dan anda masih hidup.
Tadi,(15Dec08) berita utama TV3 ada menyiarkan ada segelintir
penduduk di sana yang hendak mengambil harta-harta peninggalan
mereka di dalam rumah tersebut walaupun kawasan rumah tersebut
belum benar-benar stabil.

Mereka tidak menghiraukan semua itu.Sehinggakan pihak keselamatan
terpaksa meminta mereka menandatangani perjanjian bahawa semua
risiko adalah tanggungjawab sendiri.

Yang kelakarnya,TILAM pun hendak di selamatkan.
Entah la apa yang di fikirkan dalam kepala mereka.
Harta lebih berharga dari Nyawa.

Friday, December 5, 2008

Impian Indah

Semua orang de impian.
Kita pun de impian.
Ini de senarai impian kite.

1.Bekerja Bagus
Supaya kite dapat ringankan beban
family kite.Anak sulung banyak
tanggungjawab.

2.Berholiday di semua pulau di Malaysia
Akan kite bawa semua orang-orang yang
kite sayang dan rapat dalam hidup kite.

3.Puisi kite di publish
Seronok bile orang baca karya kite

"Impian menjadi Nyata ibarat menikmati
aiskrim cornetto di gurun sahara"

Pembuli Wanita

Kite cukup bengang dan benci
dengan pembuli wanita.

Bagi kita wanita bukan untuk di buli@
di pijak seperti sampah berbau busuk.

Apa itu Pembuli?
Buli bukan bererti tumbuk,terajang
secara fizikal.Tapi,buli itu scope
dia sgt besar.Contoh:kalo korang gi kedai.
Pastu tinggal satu je kicap cap kipas
udang yang tinggal.Korang nampak nie de
Makcik tu baru nak bik,korang bik jugak.
Alasannya korang akan mati kalo tak makan
kicap satu hari.

Tapi,kite bukan nak cite pasal kicap.
Atau pun nak cite pasal lelaki yang
terajang,pukul,tampar perempuan
sampai lembam.Tu semua tak la
kejam sangat.Sebab kalo de lembam ker.
Bole buat police report.Pastu masuk
paper muka depan.

Yang kite nak cite.Buli secara halus.
Maksudnyer,pembuli itu melakukan
sesuatu ke atas mangsa tanpa meninggalkan
kesan pada anggota badan mangsa.

Yang Paling ketara,Bila "Pembuli a.k.a lelaki":

1.Tak bagi nafkah pada isteri.Kalau istei de depan
mata pun.semua bende isteri nak kene bayar sendiri.
Duit suami simpan je dalam bank sampai jadi abu.ataupun
berjoli katak bersama betina-betina lain.

2.Si pakwe nie cakap phone dengan aweknya.Dalam
masa yang sama,bermsg dengan scandal-scandalnya.

3.Pembuli ini tak nak melafazkan cerai ke atas
isterinya dengan alasan demi anak-anak padahal
si pembuli ini da lama lupa tanggungjawab dia
sebagai suami.

4.Pakwenya meninggalkan aweknya tanpa sebarang
sebab.Hilang begitu sahaja.Last-last dengar dia dah
kahwin dengan orang lain.

5.Pembuli yang sentiasa membuat wanita yang
kononnya dikate sayang menangis kerana sikapnya.

Semua perkara yang dinyatakan di atas adalah melalui
pengalaman sendiri+kawan-kawan.Kita hanya mampu berdoa
agar kita tidak berjumpa lelaki yang pembuli.Kita lebih
rela duduk seorang diri dari berjumpa lelaki begitu.

Wednesday, December 3, 2008

Glam..



Terasa diri glamour sekejap sebab berada dikalangan
orang-orang yang glam.hehehehe (@_@)

Monday, December 1, 2008

Tips Berjaya

Ini adalah tips yang kite rasa
logik dan ok untuk di praktiskan
kalau nak berjaya.
Semua tips ini adalah melalui
pengalaman kite.

1.Kalau nak berjaya.JANGAN kenal
erti PUTUS ASA.Usaha bersungguh-sungguh
baru pasti akan membuahkan hasil.
Yang Penting USAHA.

2.Jangan berhenti BERDOA.Berdoa dengan seikhlas
hati yang boleh.

3.Target TINGGI.Contoh jangan target untuk lulus.
nanti,kite akan berusaha hanya untuk lulus.Target
untuk dapat A.Baru kita akan berusaha ke arah A.

Tips ini telah di praktiskan kan kepada 10 pelajar
yang lain.Selamat mencuba.

Sem Baru Penuh Serabut

Dah masuk pun sem baru
Tapi kite tgh pening
Untuk 2 minggu pertama nie

Nak buat praktikal dkt mana
FYP nak bik tajuk pe

Makan
Ingat
Tido
Fikir

Lepas semuanya stabil
akan de post yang lebih hangat