Monday, July 20, 2009

Floria@Putrajaya

Website: FLORIA
Tarikh: 1-9 Ogos 2009
Tempat: Presint 2 (Depan MOF)
Pengangkutan Awam: Dari KL;
ERL(KL sentral ke Putrajaya Sentral)
Rapid Express Bas(Bas stop depan LRT
Pasar Seni ke Putrajaya Sentral)
Dari Putrajaya Sentral:
Ambil Bas(nadi putra) ke presint 2

Selamat melihat bunga
p/s:kita mayb pergi 9/8 nak tengok kalau ada-ada orang
jual pokok bunga mawar putih.Dulu pergi,tak ade jual.
Harap tahun ini ada.

Sunday, July 19, 2009

The Best Photo


Kita paling suka gambar nie
sebab nampak player tu betul-betul pukul bola tenis tu
Pastu,kite guna digicam biase je yang 6MP(Sanyo)

Rindu

Kita tengah rindu pada seseorang.Orang yang paling
banyak tolong kita dalam study kita.Yang pasti
dia bukan dari kaum yang bermisai.

Terima Kasih untuk segalanya.

Hilang

Sehingga bulan 11 nie.Kita akan hilang sekejap
dalam dunia blog.Bukannya ke mana-mana
tapi,kite sedang sibuk menghabiskan sisa-sisa
masa kite di uniten.Every week de presentation.
Tapi,kalo korang de cite best yang nak share dgn
kita.bagi la komen dkt blog nie.insyaALLAH,kite
baca.Semoga semuanya sihat.

p/s:nak call bakal abang ipar jap lagi.papai

Sunday, July 5, 2009

Kemenangan Pertama

Akhirnya,tiba la masa yang kita tunggu selama ini.
Berada di semester terakhir ijazah kita.Memang lah
kita belum di anugerahkan lagi jawatan engineer.
Biar pi la.Ini adalah kemenangan pertama untuk diri
kita.Pelbagai dugaan telah kita hadapi untuk berada
di tahap ini.Penuh air mata,putus asa saje.Terlampau
banyak kesusahan dari kesenangan.
Jadi,kite hendak kongsikan hadiah ini untuk anda juga.

Tiada Apa

Dah lame,blog nie diam saje.bukannya kita da x minat
nak menulis lagi.cuma kita sibuk menulis logbook LI.
hari nie,kite baru de nafas nak tengok udara ahad.
Selalu,setiap kali hari ahad.kita akan sibuk kemas
barang di rumah gombak,basuh baju dan berehat.
cuti 1 hari seminggu sungguh memenatkan.untuk
pembaca blog KITA.mungkin sebelum melabuhkan
tirai 2009,kita akan hadiahkan anda sesuatu.kita
akan cari satu identiti untuk blog ini supaya nampak
lebih cool beb.

Sunday, June 14, 2009

Misi Separuh Sedar


Masa:Pertengahan Ogos 09
Tempat:Kuala Kangsar
Destinasi:Medan Laksa dan Cendol,Kedai Labu Sayung,
Tower Jam, Round-Round Bandar Kuala Kangsar
Pengangkutan:Kereta Api Tanah Melayu
Tentatif:930am-2pm=KLSentral ke Stesen KTM
Kuala Kangsar.12am-530am=Stesen KTM Kuala
Kangsar ke KL Sentral.(Balik Hari).
Paling penting,nak pi pekena Laksa Kuala dengan
Cendol dekat sane.Sape de info psl Kuala Kangsar,
bole la share2.

Nota jari: Kita bz sikit sekarang nie,semua komen
kite akan balas nanti.Sorry.