Saturday, January 16, 2010

Kaya

Kita benci jadi kaya
Sebab benci hilang udara
nyaman di dunia nie
Kerna setiap hari
kita pasti akan
fikirkan bagaimana
mahu kaya
melawan Tan Sri Goh Tong(Hero Genting)

Kita benci hidup begini
Kaya di dunia ini hanya
untuk wang ringgit
Bukannya
Kaya senyuman
Kaya budi-perkerti


Argh
Kita benci jadi kaya
Kita hanya mahu
Jadi sederhana

Sunday, January 3, 2010

2009 in Memory

2009,kita tinggalkan dengan 1 kenangan manis dalam hidup kita.
Bila kita dapat offer untuk bekerja di ahmad zaki(AZRB) sebagai
Assistance Planning Engineer pada minggu terakhir tahun 2009.
Jawatan nie mungkin tak segempak mane tapi ok la sebab kita
dapat permanent position.

Minggu terakhir 2009,kita telah mendapat sesuatu hadiah yang
paling bermakna untuk hidup kita. Bulan 3 2010 kot baru boleh
display dekat blog kesayangan kita nie.

Tahun 2009.Kita berjaya menghabiskan degree kita dengan baik
sekali.Apabila result semester akhir kita,paling terbaik sepanjang
kita belajar setakat nie.Terima Kasih ALLAH.

2009 juga kita menjalani Internship Program dekat PPCSB.
Banyak bende yang kita belajar dekat sane.Paling penting,
kita belajar untuk menjadi seorang yang tabah bila kena
marah dengan bos.

December 2009 jugak,my lovely sis telah mengikat tali
pertunangan dengan tunangan tersayang nyer dekat Muar.

Kesihatan kita untuk tahun 2009 juga agak baik.Cuma time
Praktikal jer,kite selalu MC.Badan kita pun bertambah sihat.

Berada dalam Civcon Engineering Sdn Bhd untuk Integrated
Project merupakan 1 group yang paling baik kita pernah
ada sepanjang kita bergelar student.Thanks to All my Friend.

Menyiapkan FYP dengan agak baik adalah satu kemenangan
terindah kita.Mana tak nya,nak siapkan FYP tu habis 1 tong
air kita kene tadah sebab baldi tak mampu nak tampung
air mata kita.Thanks to Farah Izyan, Kak myra, Akak, Aisyah,
Faizah dan semua kawan di Uniten kerana bagi support untuk fyp
kita.Trimas korang~

Tahun 2009,kita berjaya untuk menjadi seorang yang sabar.
Time kasih untuk Fara,Ikfa,Fatin,Nani,Ida,Nora,Siti,Syu,Yana,
Shahadah,Weipin, Nadiah, Foo, Acap,Ijad, Amar, Muazan, Ayie,
Zulhair, Boy, Sob, Megat,AD dan semua kawan-kawan kelas
kita dekat Uniten.Korang antara kawan kita yang paling best
kita pernah ada.Menghabiskan masa dengan korang selama kita
bergelar student di Uniten,tak pernah kita lupakan.Cun saja.

Untuk kawan-kawan lain,Terima kasih sebab jadi kawan kita.
Antara: Onny,Kak Mawar, Amina, Amelia, Aen, Zalya, Didi,
Donut, Aina, Hanani, Faz, Nana, Ina, Ayu,Eton, Amri, Azhar
dan ramai lagi.Jangan terase yer kalo kita tak tulis nama
korang sebab kalo kita list kan semua mau admin blogspot
nie bar plak blog kita.Ingat nie Buku 555 ke nak tulis semua.

Perkara yang paling tak best untuk tahun 2009 adalah kita
terpaksa mengurangkan aktiviti seni kita sebab memberi
laluan pada study. Kita cuma sempat untuk pergi Hari
Bintang Jatuh 2009 jer. Tak ada satu teater pun yang kita
tengok untuk tahun lepas.

Untuk kawan-kawan diploma(KPTM Kuantan)+ Teknik
Gombak bila la nak buat reunion balik. 2009 kita tak
buat apa-apa pun kecuali bila terjumpa masa kawan-
kawan kita kawin.Pada mereka yang dah kawin/tunang.
Taniah dari Kita untuk Kamu.Sorry tak dapat nak list
satu-satu nama korang.Ramai sangat.

Moga tahun 2010 akan lebih Success dan baik dari tahun
sebelumnya. Selamat Datang 2010 dan Papai 2009.

Thursday, December 17, 2009

Taugeh kan...


Kita nak share dengan korang experiences masa kita jadi volunteer dekat
Pusat Sains Negara.Cite nie jadi 1 1/2 tahun lepas. PSN ada buat hari untuk
kanak-kanak istimewa.

Kita kene ajar diaorang cara penyambahan biji benih melalui kacang hijau.
Masa kita tengah syok terang-terang.Ada lah seorang kanak-kanak nie datang
dekat kita tanya 1 soklan.Dia nie pengawas.Jom baca dekat bawah.

Kanak itu : Biji kacang nie,nanti kita bila besar.Jadi taugeh kan..
Kita : Tak.nanti,bila besar.Kacang nie akan jadi pokok kacang yang besar.
Kanak itu : Jadi taugeh kan..Taugeh kan..
Kita : Tak.Jadi kacang

Kanak itu pun blur.Tak sampai 15min,dia datang lagi dekat Kita.

Kanak itu: Taugeh kan
Kita : Dengan rasa 1/10 nak marah. Kita pun cakap kacang.

Akhirnya kanak itu pergi meninggalkan PSN dengan perasaan confius.Korang
rasa apa jawapan pada soklan kanak-kanak itu. Jawapannya:Taugeh.Itu pun
pas kita bukak balik buku text sains darjah 6.

Moral of this story: Semua manusia sama aje Tuhan kurniakan akal. Ada benda
yang kita tak tahu tapi orang lain tahu.

Tuesday, December 15, 2009

Stress

Asal ada orang call kita nak gi interview jer.
Kita akan jadi stress 1 badan.
Bukan kita takut tak dapat keje tu.
Tapi,kite tak nak malu kan diri sendiri,
kalau-kalau kita tak dapat jawab stupid question jer.
Maksudnyer,pakcik indon tukang kayu pun tahu jawapannya.

p/s: Good Luck to me untuk interview besok.

Wednesday, December 9, 2009

Sang Kecil

Korang ingat lagi tak sape
kawan pertama korang
kawan tak baik korang
masa sekolah kecil dulu

Sama-sama kecil
bawa beg kalah orang besar
buku kalah profesor
betape semangat nye
nak ke sekolah

Tapi bile
badan dah besar
otak pun dah berat
kita..
tetibe jadi pemalas
nak ke sekolah

bawa beg pun tidak mahu
hanya bawa sehelai kertas
pen pun pinjam kawan-kawan

Tiada lagi
perasaan excited nak
jumpa cikgu BM,BI,Matematik
Pelik

Mungkin dulu
walaupun badan nie kecil
tapi dosa kita masih ringan
tak berat macam orang besar

Mulia nya
wahai kamu
sang kecil

p/s: Gambar dekat atas tu masa kita darjah 1K.Cari lah kalo jumpa.

Manusia itu robot

Robot
Bergerak guna kaki
Manusia juga perlukan kaki
untuk bergerak

Robot
Bole angkat tangan
ke kanan ke kiri
Manusia juga begitu

Robot
Ketawa mengguna otak
Otak juga membuat
manusia ketawa

Manusia itu robot
Bila otak manusia
seperti otak robot

Mengikut arahan
tanpa boleh
menjawab

Semua nya telah di set
di kongkong seperti robot
yang tidak dapat
merasa kehidupan hidup
yang sebenar

p/s:sorry.tak banyak letak gambar.nak tengok gambar-gambar kita.
Bole tengok di facebook kita.

Thursday, December 3, 2009

Berkabung

M: Nape da lame tak update blog?
K : Berkabung

M: Facebook ko macam dah mati jer?
K : Berkabung

M: Dah lame tak dengar cite pasal ko?
K : Berkabung

M: Nape bole jadi macam nie?
K : Berkabung ke

M: Sampai bile ko nak ...............
K : Berkabung

M: Berkabung,berkabung,berkabung
K : Diam ( Dalam hati : Berkabung )

Berkabung = Aktiviti pengurangan berjumpa, menulis dan
berdepan dengan orang ramai untuk menyorok muka dan
perasaan masam kita.

M ialah Mereka
K ialah KITA