Thursday, December 17, 2009

Taugeh kan...


Kita nak share dengan korang experiences masa kita jadi volunteer dekat
Pusat Sains Negara.Cite nie jadi 1 1/2 tahun lepas. PSN ada buat hari untuk
kanak-kanak istimewa.

Kita kene ajar diaorang cara penyambahan biji benih melalui kacang hijau.
Masa kita tengah syok terang-terang.Ada lah seorang kanak-kanak nie datang
dekat kita tanya 1 soklan.Dia nie pengawas.Jom baca dekat bawah.

Kanak itu : Biji kacang nie,nanti kita bila besar.Jadi taugeh kan..
Kita : Tak.nanti,bila besar.Kacang nie akan jadi pokok kacang yang besar.
Kanak itu : Jadi taugeh kan..Taugeh kan..
Kita : Tak.Jadi kacang

Kanak itu pun blur.Tak sampai 15min,dia datang lagi dekat Kita.

Kanak itu: Taugeh kan
Kita : Dengan rasa 1/10 nak marah. Kita pun cakap kacang.

Akhirnya kanak itu pergi meninggalkan PSN dengan perasaan confius.Korang
rasa apa jawapan pada soklan kanak-kanak itu. Jawapannya:Taugeh.Itu pun
pas kita bukak balik buku text sains darjah 6.

Moral of this story: Semua manusia sama aje Tuhan kurniakan akal. Ada benda
yang kita tak tahu tapi orang lain tahu.

Tuesday, December 15, 2009

Stress

Asal ada orang call kita nak gi interview jer.
Kita akan jadi stress 1 badan.
Bukan kita takut tak dapat keje tu.
Tapi,kite tak nak malu kan diri sendiri,
kalau-kalau kita tak dapat jawab stupid question jer.
Maksudnyer,pakcik indon tukang kayu pun tahu jawapannya.

p/s: Good Luck to me untuk interview besok.

Wednesday, December 9, 2009

Sang Kecil

Korang ingat lagi tak sape
kawan pertama korang
kawan tak baik korang
masa sekolah kecil dulu

Sama-sama kecil
bawa beg kalah orang besar
buku kalah profesor
betape semangat nye
nak ke sekolah

Tapi bile
badan dah besar
otak pun dah berat
kita..
tetibe jadi pemalas
nak ke sekolah

bawa beg pun tidak mahu
hanya bawa sehelai kertas
pen pun pinjam kawan-kawan

Tiada lagi
perasaan excited nak
jumpa cikgu BM,BI,Matematik
Pelik

Mungkin dulu
walaupun badan nie kecil
tapi dosa kita masih ringan
tak berat macam orang besar

Mulia nya
wahai kamu
sang kecil

p/s: Gambar dekat atas tu masa kita darjah 1K.Cari lah kalo jumpa.

Manusia itu robot

Robot
Bergerak guna kaki
Manusia juga perlukan kaki
untuk bergerak

Robot
Bole angkat tangan
ke kanan ke kiri
Manusia juga begitu

Robot
Ketawa mengguna otak
Otak juga membuat
manusia ketawa

Manusia itu robot
Bila otak manusia
seperti otak robot

Mengikut arahan
tanpa boleh
menjawab

Semua nya telah di set
di kongkong seperti robot
yang tidak dapat
merasa kehidupan hidup
yang sebenar

p/s:sorry.tak banyak letak gambar.nak tengok gambar-gambar kita.
Bole tengok di facebook kita.

Thursday, December 3, 2009

Berkabung

M: Nape da lame tak update blog?
K : Berkabung

M: Facebook ko macam dah mati jer?
K : Berkabung

M: Dah lame tak dengar cite pasal ko?
K : Berkabung

M: Nape bole jadi macam nie?
K : Berkabung ke

M: Sampai bile ko nak ...............
K : Berkabung

M: Berkabung,berkabung,berkabung
K : Diam ( Dalam hati : Berkabung )

Berkabung = Aktiviti pengurangan berjumpa, menulis dan
berdepan dengan orang ramai untuk menyorok muka dan
perasaan masam kita.

M ialah Mereka
K ialah KITA