Sunday, February 14, 2010

Berjimat dengan Penuh Bergaya

Pernah tak korang rasa tak cukup duit jer.Bukannya tak berjimat tapi
nafsu yang mengagalkan niat baik korang tu.Nie ada petua kecil-kecilan.

1. Beli lah barang tika SALE.
-Kalau korang beli barang tika sale.Korang dapat jimat
sekurang-kurangnya 20% dari harga sebenar barang tersebut.Buat
apa nak membuang duit untuk benda yang kita boleh dapat dengan
harga yang lebih murah.Malaysia,bukan lah sebuah negara yang
1 tahun sekali je ada sale.Tapi,berkali-kali dalam 1 tahun.

2. Bershopping lah dengan perut yang kenyang.
-Bila kita pergi bershopping dengan perut yang kenyang.Kita dapat
jimat sekurang-kurangnya RM2 dengan tidak membeli roti sebagai
alas perut.Paling penting,kita tak perlu mendengar bunyi-bunyi
lagu dari perut kita tika tengah syok bershopping.Tak bergaya lah
macam nie.

3. Bercuti lah ketika weekdays.
-Bunyi macam leceh je sebab kita terpaksa mengambil cuti semata-mata
hendak pergi bercuti.Tapi,percaya lah bercuti ketika weekdays lebih
tenang.Pertama,kita tak perlu berebut-rebut semasa hendak ke tandas.
Tak bergaya langsung.Kita juga dapat menjimatkan rm20-rm30 kos
penginapan di hotel.Kita juga tidak perlu booking hotel seawal 4-5 bulan
dari hari kita nak pergi bercuti.Souvenier juga akan jadi lebih murah.

4. Berkelah di Sungai lebih baik dari ke Water Park.
-Tipu lah kalau ada antara kita yang tak suka ke water park.Best tu,dapat
naik gelongsor air.Tapi,sekali-sekala ada baik juga kita habiskan masa
dengan berkelah di sungai.Sambil menikmati air terjun semulajadi yang
lebih segar.Kita dapat juga membuat aktiviti BBQ.Main Polar Bear dalam air
pun masyuk juga.

5. Jangan menangguh bayaran bil.
-Kadang-kadang kita pasti ada masalah ekonomi yang memaksa menangguh
bayaran bil pada bulan tersebut.Tapi,bukan selalu kan.Cuba la sedaya mungkin
untuk tidak menanguh bayaran bil setiap bulan.Ini bukan nya sesuatu yang
membahagiakan korang tapi bende nie hanya akan merimaskan korang jer.
Ini kerana,tak semena-mena korang terpaksa membayar interest yang di kenakan.

p/s:Moga korang dapat menjadi seorang yang bergaya walaupun sedang bejimat.
Jadilah seorang yang Gamat=Gaya+Jimat.Hehehe.

Wednesday, February 3, 2010

Perasaan Sekarang

Apa perasaan korang kalo korang yang baru keje 30 hari.Lepas itu,di beri
tanggungjawab handle project yang paling bermasalah.Mana la tak kalut.
Pening tu.Tapi,kita selamba jer.Buat-buat confident jer.Janji R&B.Yang
Penting,kita akan usaha kan bende nie supaya tak do delay.