Sunday, April 22, 2012

LGBT di Malaysia

LGBT = Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender

Kita terpanggil untuk menulis mengenai topik yang paling hangat di perkatakan
oleh seluruh rakyat Malaysia ketika ini.

Apa yang ingin kita katakan selepas ini hanyalah pendapat peribadi kita semata-mata.

Bila kali pertama korang dengar perkataan LGBT nie?
Kalau tanya kita,kali pertama kita dengar word gay,lesbian nie ketika kita berusia
seawal 12 tahun.Ini pun sebab kawan tuisyen kita sendiri merupakan seorang pengkid yang bercinta dengan seorang lesbian.First time dengar percintaan diaorang ini.Kita agak pelik dan pening.Macam mana lah perempuan boleh fall in love dengan seorang perempuan.

Lepas tu,time kita form 2.Ada seorang kawan dekat kawasan rumah kita yang bercinta dengan pengkid terfemes di KL. Diaorang nie kalau gadoh,pening kepala kita tengok sebab pengkid ni akan berada di depan rumah dia sampai lah kekasih hati nya maafkan dia.

Ingat ke dunia LGBT dah tamat.Time study lepas SPM pun de jgk sepasang kekasih perempuan yang bercinta sakan sampai di luar batasan manusia normal.

Time kita kerja part time untuk cuti semester pun kita berjumpa dengan golongan ini berkasih sayang depan mata kita.1 benda yang kita respect dengan pengkid ini ialah dia begitu sabar melayan kekasih hatinya yang terlampau kuat merajuk. Lepas tu, pengkid ini seorang sangat romantik.

Sampai hari ini,kita masih berkawan dengan seorang perempuan yang menulis status secara terang-terangan yang dia hanya suka kan perempuan.

Kesimpulannya,golongan LGBT dah lama ada dalam masyarakat kita.Susah sebenarnya nak buang perasaan sukakan pasangan sejenis apabila kita dah mula terjebak dengannya. Dia dah macam ketagih walaupun 1 day ada lelaki gagah yang sukakan dia pun.Susah untuk perempuan sebegini menerima cinta lelaki itu.Ini kerana puak/kroni/kawan yang mempunyai nafsu songsang ini menyokong mereka.

Pada masa kini, ada sebelah pihak yang menyokong golongan LGBT berkembang di Malaysia.Ada pihak lain yang mahu mengharamkan terus golongan ini dari terus hidup.

Begini lah,dua-dua pihak pun betul tetapi kedua-duanya perlu bekerjasama berbincang untuk mengurangkan golongan LGBT di Malaysia.Jangan pinggirkan golongan ini kerana
mereka juga pemangkin ekonomi negara.Ada antara mereka yang berjawatan tinggi di dalam syarikat korporat dan kerajaan.

Kalau kita sekat-sekat golongan ini dari terus hidup di Malaysia.Mereka don't care.
Mereka sanggup bertukar status warganegara dengan berhijrah ke negara yang boleh
menerima status mereka. Ini bukan sahaja merugikan negara tetapi meruntuhkan
institusi kekeluargaan negara kita.Si mak menangis kerana tidak dapat melihat wajah anak kesayangan mereka lagi.Si bapa tak mahu bercakap dengan saudara mara kerana malu.

Kita menyeru kedua-dua pihak ini supaya tidak membuat keputusan mengikut perasaan dan hanya mengejar glamour sahaja. Bantu lah mereka yang mengalami krisis identiti
ini kembali hidup seperti biasa.Malaysia punya ramai kaunselor yang baik untuk menangani masalah ini.

Jangan menghina mereka kerana kita tidak tahu kalau satu hari keturunan kita lahir dari golongan LGBT.Minta jauhkan.Peace No War,kawan-kawan.

Nota jari: Pakwe untuk perempuan di panggil Partner.

Saturday, April 7, 2012

Food review: Saltwater kopitiam,kerteh.



Kenapa Saltwater kopitiam?
- Bagi mereka yang homesick nak balik KL.Ini western food restaurant
terbaik di kerteh.

Best sangat ke?
-Dulu,kita kerja di kerteh,terengganu.Kita nie jenis stok orang yang
jalan-jalan cari makan.1st time lalu depan saltwater nie.Kita dah pelik.
Tak ada nama lain ke nak bagi.Lepas tu,kita tengok ramai orang pakai
baju biru pergi makan.Dalam hati,biasa la orang kerja O&G datang makan
lepas habis kerja.1 day,kita try.Serious,sedap espc beef/chicken spagheti dia.
Kita tambah 2 kali sebab sedap dan murah.Tak sampai rm7 pun sepinggan.
Isi banyak.

Berapa bintang?
-4 bintang untuk western food restaurant di kerteh.

Map?
-Restaurant ini terletak berdekatan MCD yang besar di kerteh.Nampak je MCD tu.
korang jalan je terus sampai nampak signboard saltwater sebelah kanan.Dalam
kedai tu warna biru.

Nota jari: Ini la port makan kita kalau stress lepas meeting.

Monday, April 2, 2012

Kita kena buat baik

"Ala saya memang baik.Kawan-kawan cakap saya baik"
"Saya ada ramai kawan baik.Maksudnya saya baik la"
"Saya tak tinggal sembahyang,jadi saya baik la kan"

Macam-macam perspektif orang tentang baik.Tak kisah la,
janji kita kena buat baik setiap hari.

Makanan dan minuman yang berkhasiat adalah sumber vitamin untuk
menjalani kehidupan fizikal kita setiap hari.

Kebaikan adalah vitamin yang paling mahal untuk mencantikkan
rohani kita setiap hari.Ya,memang benar harga nya mahal.

Begini cerita nya.

Kita menyertai sebuah projek komuniti kebajikan yang memberi
bantuan makanan dan minuman kepada mereka yang kelaparan di sekitar
KL setiap bulan. Hampir 10 bulan,kita join aktiviti ini. Kita dapat
rasakan perubahan emosi yang baik dalam diri kita. Setiap kali,selepas
habis program.Kita pasti akan rasa sebak kerana kita selalu fikir. Nasib
baik kita tolong dia.kalau tak,tak tahulah apa nasib mereka hari ini.

Baik adalah sesuatu yang sangat manis seperti gula.Sekiranya,kita ambil
secara berlebihan,dia akan mendatangkan penyakit.Maksudnya "Buat baik
berpada-pada,buat jahat jangan sekali"

Sunday, April 1, 2012

Wani Ardy

Siapakah wani ardy nie? Artis/Politician/Cikgu?

Wani ardy nie merupakan seorang indie artis+penulis+pemuisi+isteri+lecturer.
Tapi,kita tak peduli sangat siapakah wani.Sebab bagi kita,wani adalah pendorong
kita untuk menulis puisi yang tak sampai 10 pun sepanjang hidup kita.
Dulu,kita selalu ingat yang tulis puisi ni kena guna bahasa-bahasa yang susah.
Tapi,lepas baca puisi/lirik/lagu yang wani buat.Baru la,kita percaya puisi ini
sepatutnya di tulis menggunakan hati.

Macam mana kenal wani ni?

Rantai art di red bungalow.Tahun tak ingat tapi rantai art event yang last sekali
buat dekat red bungalow.Time tu,kita tak tengok wani perform live pun sebab
kita balik awal.Last-last menyesal lepas roomate kita (Aisyah Nordin) tunjuk
video yang di record time wani perform.Sejak tu lah,kita start follow karya-
karya dia.

Kenapa,wani?

Entah.Tapi,kita selalu tak sabar nak dengar lagu/puisi yang wani hasilkan.
Bagi kita,setiap apa yang keluar dari mulut wani semuanya ada maksud.
Ikhlas sangat.Wani selalu beritahu yang dia tak bagus pun gitar.Jujurnya,
kita bersetuju dengan wani.Tapi,kita tak kisah pun sebab wani bukan lah
guitarist macam man kidal. Kalau nak dengar lagu-lagu yang dahsyat baik
layan Search jer.Lirik yang wani tulis sangat lain.Kena dengan jiwa kita.

Harapan untuk wani?

Masa awal-awal dengar wani nyanyi.Kita selalu berangan nak pengang
sepanduk untuk wani kalau dia join mana2 competition nyanyi.Ye lah,
dia ada bakat.suara pun sedap.Kroni wani iaitu Ana raffali pun da join
mainstream.Tapi,berita baru-baru ini dari wani menyebabkan kita
terpaksa melupakan hasrat untuk memegang sepanduk bermuka wani
ardy.Walau apa pun pilihan wani.Kita doakan yang terbaik dan teruskan
berkarya dengan hati.

Itu je ke untuk Wani ardy?
Tu je.Link video di bawah ni,video wani yang buat kita rasa touching.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Zs56O5OZBWQ#at=545

Nota jari:Sure wani tengah sedak-sedak dekat cafe dia (Gravy Baby)

Langit vanilla-Wani Ardy.



Wani ardy menulis buku ini dengan penuh keikhlasan.
Puisi-puisi yang di tulis wani dalam langit vanilla lahir dari hati
wani tanpa di paksa-paksa.

"Saya mula sedar-
Kita takkan kecil hati dengan seseorang
melainkan kita ada hati dengan dia"
-Petikan dari Hati-hati II-

Wani juga menyelitkan unsur-unsur nasihat dalam langit vanilla.

"Jangan terlalu tak suka sikap bebel ibu-
kalau kau perempuan, esok besar begitulah sikapmu.
Kalau kau lelaki, esok besar begitulah isterimu."
-Petikan dari Jangan terlalu-

Tahniah kepada wani kerana berjaya menghasilkan buku sebaik ini.
Kepada mereka yang dahagakan puisi-puisi yang ikhlas dan tak sesak
kan kepala untuk fahamkan maksudnya.Langit vanilla adalah koleksi
yang kamu patut ada.Untuk tempahan.kamu boleh search di fb: Langit
Vanilla.

Nota jari:Semasa kita minta wani turunkan tandatangan dalam buku
langit vanilla kita.Wani ada tanyakan nama kita.Kita sebut zarith.
Wani sambung,zarith naquiah.Nampaknya wani pun da kenal gadis gombak
yang begitu fanatik dengan hasil karya dia.

Kemas blog

Thanks untuk ab kerana mengingatkan kita untuk updatekan blog ni.
"Sampai bila-bila pun,kita tak akan tutup blog nie".