Sunday, December 26, 2010

Soklan-Jawapan

S: Apa kenangan yang tak boleh korang lupe sepanjang tahun 2010?
J: Bertukar status dari seorang pelajar ke pekerja.Rasa macam nak
menangis jer time tu.Tuhan je tau.Betapa kita bersyukur yang amat.

S: Siapa sumber insipirasi korang untuk tahun 2010?
J: My Lovely Sister (Siti Norazura Salikin).Orang ini yang banyak
memberi semangat untuk kite terus belajar bersungguh-sungguh
walaupun kita pernah jatuh satu tika dulu.Dia sumber insipirasi
kita untuk tahun nie.
She is my power rangers and idol.

S: Apakah kesilapan pada tahun 2010 yang korang cuba elak untuk tahun 2011?
J: Terlampau kuat bekerja sampai tak ada masa untuk diri sendiri.I want to stop it.

S: Apa harapan korang untuk tahun 2011 nie?
J: Seimbangkan antara kerja,family,iman,relationship,seni dan kesihatan.

Soklan-Jawapan nie di tujukan khas buat semua yang nak buat terutama:

1) Mas putri
2) Kak Yana
3) Abbey
3a)Fara
3b)Fida
4) Amirul
4a)Puan Baini
4b)Puan Lieyn
5) Cikgu Iqbal
5a)Fazida
5b)Zulfahmie
6) Eliz
7) Nadia
7b)Fizamir
8) Erin
8b)Farhana azrb
9) Kak atul
9b)Ewa
10)Weipin

Wednesday, December 15, 2010

Fakta: Kahwin dapat Kurangkan Stress Kerja

Cerita ini bermula bile kite mengadu dekat doc yang kita pening kpala.
Doc pun tanya.Bila awak start pening.Sejak kerja.Doc tu cakap:Kena kawin
nie.Kami pun gelak sama-sama."Hahahaha"

Tapi,kite rasa ada jugak kebenarannya.Ini hasil kajian saya yang masih
bergelar cik:

1. Bila kita stress.Kita mesti kene luahkan ketidakpuasaan hati itu.
Bila nak luah tu.Mesti bik masa yang panjang.Tu belum lagi termasuk
adegan-adegan sedih.Bila kita dah ada partner.Senang nak share.Sambil-
sambil menonton berita utama pun bole cerita.Pok,Pek,Pok,Pek.

2. Bila kita dah anak lagi la bahagia.Balik je kerja,tengok muka anak,
hilang terus stress nie.

3. Kita jadi stress sebabnya,kita terlampau fikirkan hal kerja.Bila kita
dah kawin,otak kita terpaksa berfikir banyak bende.Menu makanan pagi,nak
bayar sewa umah dan dot dot.Secara tak langsung,kita akan kurang berfikir
hal kerja.

4. Kahwin adalah 1 bende yang di sukai oleh ALLAH SWT.Jadi,bile kita buat
sesuatu yang baik,insyaALLAH kita akan dapat sesuatu yang baik.

Kepada yang telah berkahwin,semoga rumah tangga kamu kekal hingga akhir
hayat.Kepada yang akan kahwin,Congrate.

p/s:Pergh.Kita cerita bagai nak rak,calon pun tak ada lagi.Doakan kita
akan bertemu dengan sorang yang sentiasa berada di kiri kanan kita.

Friday, December 3, 2010

Kalau orang tak suka,Tak apa

Kalau orang tak suka,tak apa.

Tapi
Jangan buang terus dalam diri ini
Biarkan memori itu berjalan sendiri
Baru lah hati ini akan tenang
Kerna membenarkan orang lain bahagia.

Korang bole praktiskan hal ini:

1. Jangan sesekali blok dia dari FB,blog kamu.
Tak salah kalo dia nak tahu cerita orang yang
dia pernah sayang sebelum nie.

2. Tak yah nak tulis kata-kata sedih di FB,blog
yang kamu masih sayang dia.Tak guna kalo nak
pujuk orang yang dah tak suka kita.

3. Kalo orang tu telah delete kamu dari FB.Biarkan
dia.Mungkin cara ini bole buat dia bahagia.

4. Search la dekat google nama dia.Mana tahu,de
kisah dia yang di tulis oleh rakan-rakan dia.

5. Cari dia di FB,Twitter,Myspace kawan-kawan dia.
Mungkin,kamu bole lihat gambar dia celebrate
birthday dia dengan kawan-kawan dia.

Buat apa kita nak benci dengan orang satu masa dulu
kita share straw minum air kelapa same-same.
Sepatutnya,kite berterima kasih pada orang tu yang
dulu dia pernah bahagiakan kamu.

p/s:post ini tak ada kaitan dengan penulis.

Friday, November 26, 2010

Impian bile jadi kaya raya

Dulu,kita selalu fikir,kalo la kita jadi kaya raya.
kita nak duduk umah,tido,shopping,holiday.
Tapi,kalo la kite di takdirkan jadi kaya-raya
sekarang..

Kita nak buat apa yang kita suka.Kita nak tinggalkan
dunia kita sekarang.Bangun pagi je dengan mood happy-
happy.Balik jer keje sure mood macam hampeh.Kalo kite
tak kena marah.Kite yang marah orang.Nie semua kerja
gila.Kita mahu hidup yang bile kite bangun dan tido
balik dalam mood yang happy-happy.

Kita nak tulis novel,puisi dan blog.Kite tak kisah pun
kalo tak de orang nak beli karya kite.Kite peduli apa,
janji kite puas.Kite kan dah kaya.

Tak perlu lagi kita nak datang opis 6 hari seminggu.
Dekat opis dah la asyik jumpe orang yang sama.
Ari nie,tengok dia pakai baju pink.Besok dia pakai baju
biru.OMG,bole pening lalat.Kita nak kuar jumpe orang
yang berlainan setiap masa.Baru bole ramaikan kawan fb.

Kita malas nak fikir pasal pangkat,naik gaji,bonus.Pas2
marah-marah management.Buat tambah dosa jer.Kite lebih
suka fikir apa yang kita akan buat untuk orang susah,
anak yatim.Bole jugak tambah pahala.

Paling penting,kena jadi seorang yang skema+badut jer.
Pakai baju cantik-cantik baru lah nampak koperat katanya.
Kita nak pakai baju yang cantik tapi yang nampak cool.
Dah la kene jadi badut.Tak bole melawan bos.Ikut jer pe
yang dia cakap.kalo tak,kene pecat.WTH.

Kita tau kekayaan bukan bole kekal.Baik buka bisnes kecik2
yang sekadar buat cukup syarat je kalo kita jadi kaya raya.

Tapi,kita sekarang tak kaya raya pun.Cume kite bole makan
roti letak kaya jer.

p/s:cerita nie hanya sekadar impian kita kalo kaya raya

Wednesday, October 20, 2010

Osman,Tekan,Sek Tamil

Osman,Tekan,Sek Tamil=Sila Baca Di Bawah

Osman?Sape dia nie?Sedara?Kawan?
Semua nya salah.Ini adalah Osman Kabilah.
Watak dalam cerita Chinta.Dia sanggup tinggalkan
cinta dia sebab tak sanggup tengok kekasih dia
bersedih.

Tekan.Kata dasar untuk tertekan.Kita tertekan
2 hari lepas sampai jatuh sakit.Nasib baik masih
muda,masih kuat untuk tanggung tertekan ini.Semua
sebab kerja.

Sek Tamil.Dalam keadaan emosi,kite apply KPLI untuk
mengajar subjek KH di sekolah Tamil.Kalo itu rezeki
kite,mungkin kite terima.

Monday, October 18, 2010

Kita dan Fobia

Korang pernah tak rasa fobia?

Kite ada beberapa bende yang kite fobia:

1. Kite fobia pada darah.Kite rasa nak loya je
bile tengok darah yang banyak.
2. Fobia pada hantu.Walaupun,kite tak pernah
nampak hantu.Kite takut tengok cerita-cerita hantu.
3. Kite Fobia pada lelaki yang kedekut.Walau baik
macam mana pun lelaki tu tapi kite tak bole accept
kalo dia seorang yang kedekut.Sebabnya..Biar la rahsia.
4. Fobia bile lelaki baran.Kita takut sangat.Minta jauh
lah lelaki macam nie.

Sunday, October 10, 2010

10 is my number

Semalam,kite baru sedar yang nombor sepuluh mengalir
dalam darah kite.Ini terbukti dengan tarikh lahir kite.
2+9+1+2+1+9+8+5=37
3+7=10
1+0=1

Ini de gambar yang kite buat bile tiba masa 10.10.10
1)Akad nikah Dr Astronaut Malaysia
2)Tunang Kawan Kita


Thursday, October 7, 2010

Jurutera

Ini serba sedikit profesion sebagai seorang Jurutera.

Abis form 3.Korang kena masuk aliran sains.
SPM,korang kena dapat result sekurang-kurangnya kredit
Add Math,Fizik dan Cemerlang dalam Matematik.
Bagi mereka yang memilih profesion nie.Korang kena kuat
dalam subjek matematik.Bukannya,kos engineering kena
kira matematik setiap masa.Tapi,kos engineering de
beberapa subjek math yang tuff.Pengsan jugak kalo orang
tu lemah math.Pilih la IPTA/IPTS yang di iktiraf BEM.

Menjadi jurutera dapat menaikkan saham korang.Try tanya
budak-budak kecik dia nak jadi pe bila besar.
"I want to be engineer".
Tapi,hidup seorang jurutera tak semudah di sangka.
Bagi yang duduk di site,kami kena kerja 6 hari seminggu.
1 hari je untuk diri kita.Yang lain semua untuk kerja.

Time study:
Hidup untuk Exam
Time kerja:
Hidup untuk Kerja

Wednesday, October 6, 2010

Pengantin

Bos kita cakap
"Zarith,kahwin nie boleh berjangkit"
"Kalo kawan awak dah kahwin,awak sure rasa
nak kahwin jgk"

Ada benarnya apa yang bos kita cakap.
Ari tu,best fren kite bagitahu kita yang dia
dah mula rasa nak serious dalam 1 relationship.

Tetibe kita nie seorang yang tak fikir hal nie
terasa macam gelabah sikit.
"Alamak,kene cari nie"

Baru la kita faham apa yang bos kita bagitahu.
Bile 1-1 kawan kite dah kahwin espc best fren kita.
Kita akan rasa sedikit bosan.Yelah,selama nie kalo
bosan-bosan.Bole lepak dengan kawan-kawan.

Tapi,bila diaorang dah kahwin.Tak bole la sesuka
ati nak lepak2 dengan diaorang.

Wednesday, September 15, 2010

Mari Belajar IT: Play file .msv sony

Untuk pengetahuan korang.Kalau korang nak dengar rakaman dari
recorder sony ke PC.Korang kena:

1) Install software
2) Pastu dapat la korang dengar.

Selamat Mencuba+Selamat Hari Raya.Maaf Zahir Batin

Friday, August 20, 2010

Planner Penuh Dengan 1000 Alasan?

Betul ke Planner penuh dengan 1000 Alasan.

Macam nie.
Hari tu bos tanya nape pada kawan kite:
S:Nape Zarith tak nak pergi buka posa
J:Dia nak buka posa dengan family selama 30 hari

Bos balas:Planner,Planner.Memang macam tu.penuh Alasan

Lepas buat research selama 1/4 jam tanpa henti.Nie la
Jawapannya:Kami tak penuh alasan tapi kami kreatif.
Kalo tak selalu la kene bamboo dengan consultant,client,
Project Manager kalo tetibe projek kite delay.

p/s:Apa pula jawapan kamu wahai Planner sekalian..

Wednesday, August 18, 2010

Berhati-hati dengan diskaun yang melampau

Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.

Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010.

-Mstar-

Metrojaya Raya Sale@Picc Putrajaya

Selamat bershopping di bulan Ramadhan.Bijak memilih,Alah memakai

Monday, August 9, 2010

Happy Birthday to My Little Cousin


Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Lahir
Selamat Ulang Tahun
Moga Tuhan selamatkan kamu
Supaya lebih besar
dan sihat,my little cousin

Wednesday, August 4, 2010

Gadoh

Nie bukan cerita rekaan bertajuk Gadoh tapi cerita benar dari Kita

Kenape perlu bergadoh kalau boleh di selesaikan dengan cara baik.
Pelik je bila ada orang macam nie.Kita tak pernah pun terfikir nak
bergadoh.Dari bergadoh baik kita bantai je dia dengan bantal.KihKih

Ceritanya:

Dulu,kami baik.Selalu keluar sama-sama.Sebabnya,kami punya minat
dan hobi yang sama.Kami juga lahir pada bulan yang sama.Tapi,tu dulu.
Masa tengah baik.Sekarang,kami dah tak macam dulu.Masing-masing
ada komitment tersendiri.Jadi,kami dah tak close.Tapi,tu bukan sebab
utama.Sebab utama biar lah kami sahaja yang tahu.

Untuk dia,walaupun kita tak lah serapat dulu.Kita bole lagi kawan macam
dulu.Kuar,makan,ke indie performances same-same.Mungkin kita berbeza
emosi tapi kita sama dari segi minat.Think +Ve je.Buang lah cas-cas -Ve.

Tak yah gadoh-gadoh ye.Kita berdamai.

Sunday, July 18, 2010

Kerja mencorakkkan Perangai Seseorang

Setuju tak kalo kita bagitahu kerjaya korang mencorakkan perangai korang.
Jom kita baca pendapat kita tentang hal ini.

Kalau kita bekerja sebagai Chef.Dah tentu hobi kita memasak.Tak kisah la
kalo kena masak air 10x kali pun bole senyum.Hobi la katakan..

Cube kite tengok photographer.Kamera sentiasa bersama diaorang ibarat
lagu dan irama.Semua objek nak di snapnya.

Kalau mereka bekerja berkaitan dengan duit$$$$.InsyaALLAh duit dia
dan pasangannya akan di manage dengan baik.

Paling best kalo dia bekerja sebagai cikgu sejarah.Tanya je pe-pe fakta sejarah.
sure semua tu berada celah gigi diaorang je.Contohnya:Bilakah Malayan Union
di tubuhkan?

Ni terjadi jugak kepada kita.Sekarang nie kita asyik set dalam kepala. Delay/
Ahead.Sampai nak sapu sampah pun set masa.Hahaha.Kelakar je bila fikir
yang kerjaya kita boleh mengubah perangai seseorang.

Saturday, July 17, 2010

1 Tahun Mencari Cinta

Post Kontroversi nie:1 Tahun Mencari Cinta

Tetibe kita terfikir untuk mencari cinta selama 1 tahun nie mulai Bulan 10 nie.
Sebabnya:

1. Kita dah berjaya confirm menjadi permanent staff dekat azrb sebagai ass
planning engr.Maksudnya ekonomi dah semakin stabil.Bole lah start kumpul
duit.

2. Kita nak sambung master end of next year.Malas nak pening2.Pas bis master
dalam 2 tahun terus ikat.Master bukan keje mudah.Lagi-lagi kita nie belajar
sambil kerja.Kerja kita bukan nye duduk bawah air-con goyang kaki,goyang
bahu.pukul 5pm balik.Kerja kita stress.Deal dengan ramai orang.

3. Kita da semakin laju membuat kerja-kerja sekarang nie.Tak la lambat macam
siput macam dulu lagi.

sekian untuk kisah 1 tahun mencari cinta kali nie.doa akan kita berjaya

Sunday, July 11, 2010

Statistics Final WC Spain (1) vs Netherlands (0)

0:1 a.e.t.
Netherlands (NED)StatisticsSpain (ESP)
13Shots18
5Shots on goal6
0Goals Scored1
28Fouls Committed19
18Fouls Suffered28
6Corner kicks8
18Free kicks Shots (scored)23
0 / 0Penalty Kicks (Goals/Shots)0 / 0
7Offsides6
0Own Goals0
7Yellow cards5
1Second yellow card and red card0
0Red Cards0
36Actual playing time48
43%Possession (%)57%
Cards
  • Yellow Card 9 Robin VAN PERSIE (15')
  • Yellow Card 6 Mark VAN BOMMEL (22')
  • Yellow Card 8 Nigel DE JONG (28')
  • Yellow Card 5 Giovanni VAN BRONCKHORST (54')
  • Yellow Card 3 John HEITINGA (57')
  • Yellow Card 11 Arjen ROBBEN (84')
  • Second yellow card and red card 3 John HEITINGA (109')
  • Yellow Card 2 Gregory VAN DER WIEL (111')
  • Yellow Card 4 Joris MATHIJSEN (117')
  • (16') Carles PUYOL 5 Yellow Card
  • (23') SERGIO RAMOS 15 Yellow Card
  • (67') Joan CAPDEVILA 11 Yellow Card
  • (118') Andres INIESTA 6 Yellow Card
(120'+1) XAVI 8 Yellow Card

Buat Apa Tu?

Buat Apa Tu sebab dah lama kita tak update blog nie.

Sibuk dengan World Cup 2010.Kita demam WC.Mane tak nya team favourite kita
masuk sampai Final.Viva La Espana.

Kerja.Kerja.Kerja.Duduk lame-lame atas kerusi untuk siapkan Monthly Progrees Report.
Sampai badan naik letih.

No Idea.Idea yang ada sekarang tak seBEST dulu.Tu yang diam jap.


4 Tahun sekali
1 virus berjangkit
Menyerang Bumi

Emosi si penghuni
Dunia nie
Menjadi tak tentu Arah
Gembira,Murung,Kecewa

Virus nie terbang
mencari mangsa
yang gila

Gila Apa
Gila World Cup..

Thursday, July 8, 2010

Waka Waka Espana

Semangat Seh Kita Dengan WC kali nie.Nie Wallpaper desktop kita.Good Luck Espana.

p/s:Isnin nie cuti sebab Spain ke Final.

Monday, June 7, 2010

Tazkirah Agama-Doa

Kita bukan lah ustazah untuk berbicara tentang agama.
Tapi,kita nak kongsi kan sesuatu kisah benar yang terjadi
dalam diri kita.

Begini.
Suatu hari,dalam kembara opis.Ada site engineer bagitahu
kita."Zarith,awak betul-betul beruntung.Kerja dekat dengan
family."Mungkin dulu awak pernah berdoa dan hari ini doa
awak tu di makbulkan ALLAH.

Memang betul apa yang site engr bagitahu tu,Rumah kita
dengan opis.Hanya 10 minit.Sebenarnya,kita tak pernah pun
terfikir yang 1 hari kita akan bekerja dekat dengan family
kita.Bagi kita,dah dapat kerja pun dah cukup baik.

Kita pun pada mulanya.Bukan lah di arah untuk bekerja
di site opis.Kita kena kerja di HQ,KL.Tapi,di sebabkan
site kita ada masalah,kita di panggil untuk full time di site,
putrajaya.Rumah kita di putrajaya juga.

Flash back:4 tahun lepas
Satu berita yang kurang molek kita dengar masa kita
belajar diploma dulu.Ada student yang bersalin anak luar
nikah di asrama.Warden yang bawa dia ke hospital.Habis
berita nie kecoh satu kolej.

Kita yang mula-mula dengar kisah ini.Terus tersentuh.Bukan
kita sedih dengan si perempuan tu tapi kita risau kan adik
perempuan kita.Dia bukan lah seorang yang sosial.Tapi,kita
risau sebab kita jauh dengan dia.Cuti sem je kita hanya dapat
tengok dia.Macam-macam boleh terjadi.

Sejak kes itu,setiap kali sembahyang.Kita akan menangis dan
memohon kepada ALLAH yang jangan biar kita jauh dari
keluarga kita.Kita tak sanggup.Ye lah,kolej time diploma agak
jauh dengan rumah kita.Perjalanannya lebih kurang 5 jam.

Alhamdulillah,selepas itu kita semakin dekat dengan keluarga
kita.Kita sambung degree dekat dengan rumah.Every week,bole
balik.Kerja lagi la dekat.Setiap hari bole tengok muka mereka.

Kita betul-betul tak perasan hal ini sehinggalah orang yang lain
menegur kita.Kita begitu sebak.Rupanya,doa kita selama ini
telah di makbulkan ALLAH walaupun kita bukanlah umat
Muhammad yang sempurna.Sesungguhnya,kita semua tidak
boleh berhenti berdoa walaupun kita pernah gagal.Ingatlah,
ALLAH SWT Maha Penyayang Lagi Maha Pemurah.

Amin

Saturday, June 5, 2010

Siapakah Berada di Belakang Kita?

Siapakah yang berada di belakang kita?
Bukannya di depan atau di tepi kita.

0. Allah SWT
1. Family-Mummy,Abah,Nana,Dikmat.Ini dah tentu selamanya
berada di belakang kita menyokong kehidupan kita.
2. Sulan-Pakcik kesayangan kita yang merangka kerjaya kita
dulu,kini dan selamanya
3. Kak Zura-Kakak Angkat kita yang dah beratus kali dengar
tangisan putus asa kita.
4. Kak Myra-Advice dia sangat matang dan jujur
5. Fara,Ikfa-Kawan kita yang sentiase berada bersama kita
6. Amina-Kawan opis yang tahu 100% kisah kita dan kerja
7. Facebook-Tempat meluah perasaan kita kalo sedih
8. Fida-Planner berjaya JMI
9. En Wan-Penyokong kuat kerja kita dekat site
10.Mereka yang pernah menyokong kita

Ini lah tulang belakang kita.Tanpa mereka,kita mesti dah goyang.

Thursday, June 3, 2010

Review Lagenda Budak Setan

Kita baru habis menonton filem Lagenda Budak Setan (LBS) nie
petang 3 Jun 2010.1st day,filem nie di tayangkan.Before,kita masuk
panggung.Sempat lagi,kita bergosip-gosipan dengan kawan kita.
Macam mana yer,cerita nie.Sama ke dengan Novel LBS yang kita
baca 10 tahun lepas.Sebab watak-watak dalam LBS akan nampak
kaku kalo tak betul-betul hayati.Watak Kasyah-Lelaki Anti
Perempuan.Ayu-Perempuan Idaman Malaya.

Masuk je wayang.Kita terus terkejut sebab ramainya peminat LBS.
Ye lah,kita bukannya tengok midnite ke.Kita pergi tengok Khamis
petang.Time tu kan semua orang tengah kerja.Ye lah,generasi yang
baca LBS nie baya-baya kita.Yang majoritinya dah kerja,dah kahwin.
Dah tunang,dah couple.Dah besar rupenye kitaorang nie.

Paling terkejut bila yang penuh panggung petang tadi.Remaja umur
dalam 21 tahun ke bawah.Wow,tak sangka.Dahsyat sungguh aura
LBS nie.Tak pernah padam di buai masa.Bukan apa,mereka semua
hidup dengan novel-novel anis ayuni,ramli awang murshid,bikash.

Bukan seperti kami yang memang hidup dengan novel-novel Ahadiat.
LBS,katerina,pilot cafe.Pap..Pap..Cerita bermula.

Perasaan Ragu-Ragu filem LBS yang dapatkah menyamai dengan
novel LBS sedikit demi sedikit hilang.Kita dapat rasa farid kamil
sebagai kasyah dan lisa sebagai ayu seperti kita rasa semasa membaca
nya 10 tahun lepas adalah sama.Paling kita tak bole lupa masa Ayu
accident dan dia buat plastic surgery.10 tahun lepas,kita menangis
bila baca part tu.Hari nie,bila sampainya part tu.Kita menangis lagi.
Tak sanggup nak melihat ayu dalam menderita.

Walaupun,terdapat kekurangan dalam LBS espc untuk shoot-
shoot yang cantik.Lagu tema yang tak berapa mengancam.Pelakon
yang terlampau mengikut skrip novel tu.Tapi itu tidak menghalang
kita dari mengajak u'll yang tak tengok lagi filem nie untuk masuk
wayang.

Terima Kasih untuk Ahadiat di atas kelahiran LBS.Farid kamil+
Lisa yang berjaya menghidupkan percintaan budak setan dengan
baik.

Thursday, May 6, 2010

Sandiwara Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

Bandar metropolitan yang menjadi kebanggan semua
warganegara Malaysia.Bangga bila ramai yang berebut
nak menetap di sini dan bergelar warganegeri KL.

Datang dengan beg merah,kuning,biru.Begitu banyak
azimat yang di bawa dari kampung untuk menjadi
penghuni KL.Semangat tak payah di kira.Tak sempat
pun nak mengira perasaan excited mengguna jam radik.

Tapi,semua itu tak semudah di sangka.Hidup di kota
canggih ini tak sesenang mengutip daun di tepi jalan.
Tak sesusah menangkap ikan jaws di lautan.

Prinsip,Hidup itu duit sudah sebati dengan diri mereka.
Duit itu segalanya.Kalau nak hidup kena ada duit.Pelbagai
ragam tika mencari duit.

Suatu tika dulu,kita berjalan di CM untuk menaiki bas untuk
pulang ke rumah.Seperti biasa,kita akan singgah di kedai
makcik jual keropok depan guardian.Sedap keropok makcik
tu.Kedai dari motor roda tiga tu pun bersih juga.Berbaloi je
membeli.

Sedang asyik berjalan,Kita ternampak Lori DBKL mencari
peniaga tak berlesen nie.Habis,semua peniaga lari lintang
pukang.Makcik nie tak sempat nak lari sebab kedai dia
yang menjadi sasaran awal DBKL.

Lagipun,makcik tu bawa 2 orang anak dia ikut sama berniaga.
Tu la 1st time,kita tengok zuriat makcik tu.Kecil lagi baru
sekolah rendah dalam darjah 6.Masa DBKL nie tangkap makcik
tu. Anak perempuan dia tak henti-henti menangis.DBKL nie
tak peduli.Terus tarik kedai tu tanpa menghiraukan anak kecik
nie tadi.

Kita tahu apa yang di risaukan anak kecik nie,Dia risau kalau-
kalau dia tak dapat nak tengok mak dia lagi.Dia tak dapat
nak makan nasi besok sebab mak nya dah hilang sumber
duit untk hidup tadi.Kesian,kita tengok anak kecik tu.

Besoknya,kita datang kembali ke CM.Mak ai,terkejut kita.
Bila kita tengok makcik tu masih lagi berniaga di situ.Habis
yang semalam tu sandiwara semata-mata.Pelik.Utk hidup
pun kita kena berlakon.

Selepas tu,kita selalu akan terfikir untuk beli kepok dekat
situ setiap kali singgah di CM.Tapi,baru-baru nie.Kita
singgah lagi di situ.Aik,dah tak de kedai tu.Minggu depan,
tak ada jugak.Bulan depan,tak de lagi.

Mungkin makcik tu dah penat nak berlakon di kota KL nie
lagi.Mungkin kah,makcik tersebut benar-benar di tangkap.
Atau makcik tersebut dah mula menukar profesion dia.
Dari penjual kepok tepi jalan ke penjual kepok pasar malam.

Banyak betul,mungkin untuk makcik nie.Itu lah hidup sebenar
di Kuala Lumpur.Hidup dengan tidak tahu apa mungkin jadi
besok.

Friday, April 30, 2010

DU-GO

Du-Go.Du-Go.Du-Go.Apakah itu?
rinDU eGO.Tu yang kita rasa sekarang.Tak semestinya,Du-Go nie
hanya untuk lelaki je kan.Sape-sape je boleh jadi asalkan ada
perasaan dugo sudah.

Du-Go nie di tujukan khas buat manusia pelik nie.Serious,dia sangat
pelik.Eh bukan dia yang pelik tapi kami sangat pelik.Kami akan
sentiasa diam sahaja walaupun kita rasa dia pun de perasaan du-go
jugak.Macam mana nak tau yang penyakit du-go nie menimpa pada
diri korang.Macam nie..

Bila dia tak de depan mata,rasa macam nak jumpe je.Tapi,bila de
depan mata.Tak kuasa nyah(Ayat abbey nie) nak tengok muka dia.
tu lah di namakan Du-Go.

Sekian,sahaja pelajaran pasal Du-Go untuk hari nie.Tata

Saturday, April 24, 2010

Adamaya (TV3 series) Download

Peminat setia cerita Adamaya,
bole la download cerita nie di:

http://blog.mohdisa.com/free-download-adamaya-tv3.html

Happy Birthday Untuk Kasih Suci

Happy Birthday Untuk Kasih Suci,
Happy Birthday Untuk Kasih Suci,
Happy Birthday to you..
(Lagu ini di nyanyikan dalam versi acoustic)

Hadiah untuk kasih suci dari Kita.Adalah:
1.Dinner di tepi pantai dengan di saksikan matahari terbenam.Hanya ada
1 meja di tengah-tengah pantai yang sungguh tenang itu.Meja itu di penuhi
dengan makanan kegemaran kasih suci.Sambil asyik menikmati makanan
yang sungguh lazat.Majlis hari jadi kasih suci di serikan dengan nyanyian
band-band pantai yang sunggh merdu nyanyiannya.Hadiah hari jadi ni lebih
kepada menghadiahkan kasih suci sebuah keindahan alam yang di anugerahkan
oleh pencipta dan mensyukuri kasih suci masih mampu bernafas sehingga hari nie.

p/s:Moga panjang umur dan di murah rezeki

Alahai,Seri Gombak

Dah 20 tahun kita menetap di Seri Gombak.Tapi,kita terpaksa
tinggal kan seri gombak selama beberapa tahun sebab kita
berpindah rumah.2 tahun kita tak hirup udara segar seri gombak.
Banyak benda yang dah terjadi.

Dulu,kita sangat suka beli nasi lemak kerang dekat depan rumah
kita.Tapi,sekarang dah tutup kedai tu.Mungkin terlampau banyak
persaingan dengan kedai-kedai area situ.Kita tak tahu,Mungkin..

Ketika kita kecik dulu,kite selalu menjadi peminjam tegar komik-
komik dekat seri gombak,fasa 7.Setiap kali kita ke sana,setiap kali
tu la otak kita pening dok fikir.Laku ke kalo bukak kedai macam nie.
Alhamdulillah,kedai tu masih ada sehingga sekarang cuma tak
lah sebesar dulu.Mungkin,kanak-kanak sekarang lebih suka main
PSP dari bergelak ketawa membaca komik-komik jepun.

Dulu,seri gombak tak la se JEM sekarang.Bila peak hour,nak kuar
seri gombak pun bik masa dekat 15 min.Uhh.Jem.Ini di sebab kan
seri gombak telah di diami oleh 2 generasi keluarga. Mak ayah punya
kereta.Anak-anak juga punya kereta.Kalo tak percaya,datang la
sekodeng belah malam area seri gombak.Korang pasti akan tekejut
sebab jalan raya dah jadi pameran kereta percuma.

Traffic Light sana-sini.Kita terconfius sekejap,seri gombak dah jadi
bandar raya ke sampai kena ada terlampau banyak traffic light.
Confius aden.Ke mereka hendak menyeri kan lagi keindahan seri
gombak dengan kerlipan lampu trafiic light nie.

Tapi,seri gombak tak pernah berubah dari dulu,kini dan selamanya.
Seri Gombak punya banyak pilihan untuk jalan-jalan cari makan.
Sebut sahaja,pasti ada gerai yang menjualnya.
Pagi:Nasi lemak yang terbaik di fasa 7.(Medan gerai tepi jalan)
Tengah hari:Lauk-pauk yang banyak di medan selera.(sebelah esso)
Petang:Laksa,cakoi(Fasa 10,dekat pinggiran)
Malam:Burger(Depan 7eleven fasa 1),Chicken chop(Fasa 7,dekat pasar
seri gombak),Nasi kukus(Fasa 10,pinggiran).

p/s:Selamat Bercuti di Seri Gombak.

Wednesday, April 21, 2010

Terima kasih Daun Keladi,Lain Kali Jumpa Lagi


Terima Kasih Daun Keladi,Lain Kali Jumpa lagi.

Next Week,kite officially akan menjadi full time planner dekat
site dataran putra selepas 3 bulan kerja dekat HQ.Before nie,
kita on-off je gi site.Sekarang kita dah terus menetap sana.

Post kali nie,untuk semua kroni-kroni kita dekat HQ:
"Korang,post nie untuk korang dari kita"

Start with Fadhli.
Fadhli,kawan pertama di AZRB.Merangkap Sifu kita selama nie.
Banyak sangat yang Fadhli dah tolong kita.Banyak sangat.
Fadhli,Good Luck.Anything,yang kita tak faham.Kita sms yer.

Linda.
My Boss kecik dekat HQ.Setiap hari,de je soklan-soklan pelik yang
kuar dari mulut kita untuk linda.Jawapan linda awesome habis.
Sebab dia dapat jawab semua soklan kite dengan betul sekali.
Untuk Linda,next year bila kita dah pulang ke HQ.Kita nak linda
dah jadi sr.planning engr.Good Luck.Moga dapat baby yang comel.
Kite rasa la Linda,baby linda bila dah besar nanti dia mesti teror
guna primavera.Mana tak nyer,mama dia kerja keras masa pregnant
kan baby tu.Baby girl tu Linda.

Abbey
Kawan Bercerita kita@HQ.Banyak bende yang kita pok-pek dengan
si abbey nie.Kita rasa lah,abbey sure akan ingat kita yang berpeluh-
peluh siapkan tender ITT.Tak pernah,di buat orang.Berpeluh-peluh
dalam air-con.Pelik tapi benar.Abbey,tunggu kita balik HQ semula yer.
Masa tu,mesti lagi banyak bende yang boleh di pok-pek bersama.

Kak yana.
Kak yana nie pun dah nak berhenti.Bukan ke Site macam kita.Tapi,
berhenti terus dari AZRB.Dia la yang banyak influence kita suh gi
site.Thanks a lot.Kerja apa-apa semua sama jer yang penting kita
bahagia dengan kerja kita.Paling penting,bila dah pakai BMW ker.
Jangan lupa posing maut tepi kete tu dan upload dekat FB.Hehehe.
Gurau-Gurau manja.ahak.

Ema,Kak Pah,Anis,Amalina,Faiz,Farhana,Imelda,Iza,Ita,Nordin,
Nini,Kak Jun,Faris,Abg Awe,Norsham.

Moga 1 tahun lagi,kita dapat tengok korang dekat
meja yang sama lagi.Good Luck korang.

Wednesday, March 31, 2010

10 Kerjaya yang Glamour di Malaysia

1. Doktor
2. PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik)
3. Kerja dengan Goverment
4. Engineer
5. Lawyer
6. Pensyarah
7. Cikgu
8. Arkitek
9.Akauntan
10.Nurse

Kerja korang sekarang dah cukup glamour ke..
kalo tak,korang jgn sedih.Kerja kite pun tak
glamour jugak.

p/s:Post nie di tulis hasil dari permerhatian penulis

Kerja Glamour

Kita dapat surat gi bik exam utk PTD.
Mak ayah kite punye la suka.
Siap suruh baca nie la baca tu la.
Pening kepala kite.
Kite tau diaorg happy walaupun baru setakat
exam.Kita pun happy.Tapi,kite tak kisah.Dapat
ke tak dapat sebab tu semua bergantung pada
rezeki.Kalo de,de la..kalo tak de,x de la.

Bila fikir2 balik,kenape lah parent kite beriya-iya
suh masuk goverment.Kite tau banyak benefit
bila join gov.Tapi,bile di fikir balik.Bila join PTD.
Glamour bis bila org tanya.Anak ko,kerja pe?
PTD.Fuh...Ye la,sekarang nie kite juz jadi ass planning
engr/ass planner jer.Mane glamour pun.Kalo cakap
dengan org kampung(x de niat pun nak menghina)
yang kite jadi ass planner.Pe kebendor tu hah.

Macam yang korang tau,mule2 kite bik dip civil engr
sebab keluarga.Cube korang bayangkan, kalo de org
tanya.Anak ko bik course pe?Engineering.Fuh..Bangga.

Nape la,org-org Malaysia terutama Melayu masih berfikir
macam nie.Kerja dan belajar untuk mencari glamour
bukannya kepuasaan diri sendiri.

Friday, March 12, 2010

Perempuan Skema

Kita selaku gadis gombak merasakan yang kita adalah seorang perempuan yang skema.

Walaupun,kita seorang hu ha hu ha.Tapi,dalaman sebenarnya kita agak skema.
Sebabnya:X de sorang pun kawan fb kita ialah budak opis kecuali cik fida.Sebabnya,
kita selalu fikir yang fb adalah hak privacy masing-masing.Skema betul.

Kalo sesape pernah bekerja dengan kita.Pening jugak kepala diaorang melayan perangai
kita yang agak skema dalam semua hal.Error yang kecik-kecik pun bole pasan.

Opis adalah tempat kita mencari rezeki.Tanpa kita ke opis,tentu kita tak ada duit.Jadi,
kita skema abis gi opis.Percakapan dan kelakuan kita memang skema.Tak sanggup kita
nak cakap "ko" time keje.

Korang rasa,kita nie skema ke?



Wednesday, March 3, 2010

Hidup ini bukan untuk menjadi plastik

Hidup nie kejap je.Kita tak tahu apa yang akan jadi besok.
Dulu,kita selalu rasa hidup yang baik bila kita ada status,
kaya sampai mampu beli dunia nie.Tapi,kita dah silap.

Hidup yang baik adalah hidup dengan menjadi diri sendiri.
Tanpa perlu menjadi plastik kepada orang lain.Tapi,lumrah
alam kita selalu terpaksa menjadi plastik kepada dunia nie.

Kalau kita tak kerja,kita tak akan mampu makan mcD hari-
hari.Bila kita tak ada status,kita akan lemah dengan mulut-
mulut orang yang tak reti hendak diam.

Bila kita berada di atas,kita kena bayar sesuatu yang sebenar
nya tak mampu di beli pun dengan duit malaysia mahunpun
dollar.Barang itu ialah kebahagiaan.

Bahagia dengan hidup yang sederhana yang tak semua dapat
rasa termasuk lah kita.Kita bukan mahu minta taj mahal tapi
kita hanya mahu masa untuk kita melakukan benda yang suka.

Membaca puisi sambil mendengar indie song yang indah.
Belajar bermain gitar agar kita senang untuk mereka lagu-lagu indah.
Bercuti di tepi pantai sambil menulis kecil puisi yang indah.
Pergi event dan teater yang indah.

Semuanya indah tanpa kita perlu menjadi hamba dunia
Hamba dunia hanya lah satu seksaan yang paling dahsyat

Tolong
Pergi Jauh
Kita tak mahu hilang semua itu

Sunday, February 14, 2010

Berjimat dengan Penuh Bergaya

Pernah tak korang rasa tak cukup duit jer.Bukannya tak berjimat tapi
nafsu yang mengagalkan niat baik korang tu.Nie ada petua kecil-kecilan.

1. Beli lah barang tika SALE.
-Kalau korang beli barang tika sale.Korang dapat jimat
sekurang-kurangnya 20% dari harga sebenar barang tersebut.Buat
apa nak membuang duit untuk benda yang kita boleh dapat dengan
harga yang lebih murah.Malaysia,bukan lah sebuah negara yang
1 tahun sekali je ada sale.Tapi,berkali-kali dalam 1 tahun.

2. Bershopping lah dengan perut yang kenyang.
-Bila kita pergi bershopping dengan perut yang kenyang.Kita dapat
jimat sekurang-kurangnya RM2 dengan tidak membeli roti sebagai
alas perut.Paling penting,kita tak perlu mendengar bunyi-bunyi
lagu dari perut kita tika tengah syok bershopping.Tak bergaya lah
macam nie.

3. Bercuti lah ketika weekdays.
-Bunyi macam leceh je sebab kita terpaksa mengambil cuti semata-mata
hendak pergi bercuti.Tapi,percaya lah bercuti ketika weekdays lebih
tenang.Pertama,kita tak perlu berebut-rebut semasa hendak ke tandas.
Tak bergaya langsung.Kita juga dapat menjimatkan rm20-rm30 kos
penginapan di hotel.Kita juga tidak perlu booking hotel seawal 4-5 bulan
dari hari kita nak pergi bercuti.Souvenier juga akan jadi lebih murah.

4. Berkelah di Sungai lebih baik dari ke Water Park.
-Tipu lah kalau ada antara kita yang tak suka ke water park.Best tu,dapat
naik gelongsor air.Tapi,sekali-sekala ada baik juga kita habiskan masa
dengan berkelah di sungai.Sambil menikmati air terjun semulajadi yang
lebih segar.Kita dapat juga membuat aktiviti BBQ.Main Polar Bear dalam air
pun masyuk juga.

5. Jangan menangguh bayaran bil.
-Kadang-kadang kita pasti ada masalah ekonomi yang memaksa menangguh
bayaran bil pada bulan tersebut.Tapi,bukan selalu kan.Cuba la sedaya mungkin
untuk tidak menanguh bayaran bil setiap bulan.Ini bukan nya sesuatu yang
membahagiakan korang tapi bende nie hanya akan merimaskan korang jer.
Ini kerana,tak semena-mena korang terpaksa membayar interest yang di kenakan.

p/s:Moga korang dapat menjadi seorang yang bergaya walaupun sedang bejimat.
Jadilah seorang yang Gamat=Gaya+Jimat.Hehehe.

Wednesday, February 3, 2010

Perasaan Sekarang

Apa perasaan korang kalo korang yang baru keje 30 hari.Lepas itu,di beri
tanggungjawab handle project yang paling bermasalah.Mana la tak kalut.
Pening tu.Tapi,kita selamba jer.Buat-buat confident jer.Janji R&B.Yang
Penting,kita akan usaha kan bende nie supaya tak do delay.

Saturday, January 16, 2010

Kaya

Kita benci jadi kaya
Sebab benci hilang udara
nyaman di dunia nie
Kerna setiap hari
kita pasti akan
fikirkan bagaimana
mahu kaya
melawan Tan Sri Goh Tong(Hero Genting)

Kita benci hidup begini
Kaya di dunia ini hanya
untuk wang ringgit
Bukannya
Kaya senyuman
Kaya budi-perkerti


Argh
Kita benci jadi kaya
Kita hanya mahu
Jadi sederhana

Sunday, January 3, 2010

2009 in Memory

2009,kita tinggalkan dengan 1 kenangan manis dalam hidup kita.
Bila kita dapat offer untuk bekerja di ahmad zaki(AZRB) sebagai
Assistance Planning Engineer pada minggu terakhir tahun 2009.
Jawatan nie mungkin tak segempak mane tapi ok la sebab kita
dapat permanent position.

Minggu terakhir 2009,kita telah mendapat sesuatu hadiah yang
paling bermakna untuk hidup kita. Bulan 3 2010 kot baru boleh
display dekat blog kesayangan kita nie.

Tahun 2009.Kita berjaya menghabiskan degree kita dengan baik
sekali.Apabila result semester akhir kita,paling terbaik sepanjang
kita belajar setakat nie.Terima Kasih ALLAH.

2009 juga kita menjalani Internship Program dekat PPCSB.
Banyak bende yang kita belajar dekat sane.Paling penting,
kita belajar untuk menjadi seorang yang tabah bila kena
marah dengan bos.

December 2009 jugak,my lovely sis telah mengikat tali
pertunangan dengan tunangan tersayang nyer dekat Muar.

Kesihatan kita untuk tahun 2009 juga agak baik.Cuma time
Praktikal jer,kite selalu MC.Badan kita pun bertambah sihat.

Berada dalam Civcon Engineering Sdn Bhd untuk Integrated
Project merupakan 1 group yang paling baik kita pernah
ada sepanjang kita bergelar student.Thanks to All my Friend.

Menyiapkan FYP dengan agak baik adalah satu kemenangan
terindah kita.Mana tak nya,nak siapkan FYP tu habis 1 tong
air kita kene tadah sebab baldi tak mampu nak tampung
air mata kita.Thanks to Farah Izyan, Kak myra, Akak, Aisyah,
Faizah dan semua kawan di Uniten kerana bagi support untuk fyp
kita.Trimas korang~

Tahun 2009,kita berjaya untuk menjadi seorang yang sabar.
Time kasih untuk Fara,Ikfa,Fatin,Nani,Ida,Nora,Siti,Syu,Yana,
Shahadah,Weipin, Nadiah, Foo, Acap,Ijad, Amar, Muazan, Ayie,
Zulhair, Boy, Sob, Megat,AD dan semua kawan-kawan kelas
kita dekat Uniten.Korang antara kawan kita yang paling best
kita pernah ada.Menghabiskan masa dengan korang selama kita
bergelar student di Uniten,tak pernah kita lupakan.Cun saja.

Untuk kawan-kawan lain,Terima kasih sebab jadi kawan kita.
Antara: Onny,Kak Mawar, Amina, Amelia, Aen, Zalya, Didi,
Donut, Aina, Hanani, Faz, Nana, Ina, Ayu,Eton, Amri, Azhar
dan ramai lagi.Jangan terase yer kalo kita tak tulis nama
korang sebab kalo kita list kan semua mau admin blogspot
nie bar plak blog kita.Ingat nie Buku 555 ke nak tulis semua.

Perkara yang paling tak best untuk tahun 2009 adalah kita
terpaksa mengurangkan aktiviti seni kita sebab memberi
laluan pada study. Kita cuma sempat untuk pergi Hari
Bintang Jatuh 2009 jer. Tak ada satu teater pun yang kita
tengok untuk tahun lepas.

Untuk kawan-kawan diploma(KPTM Kuantan)+ Teknik
Gombak bila la nak buat reunion balik. 2009 kita tak
buat apa-apa pun kecuali bila terjumpa masa kawan-
kawan kita kawin.Pada mereka yang dah kawin/tunang.
Taniah dari Kita untuk Kamu.Sorry tak dapat nak list
satu-satu nama korang.Ramai sangat.

Moga tahun 2010 akan lebih Success dan baik dari tahun
sebelumnya. Selamat Datang 2010 dan Papai 2009.