Monday, December 31, 2012

2013 - Tahun Mencari Kasih Sayang

Tahun 2013 bagi kita adalah tahun mencari kasih sayang yang telah kita lupakan sepanjang tahun 2012.

1. Sayang kepada ALLAH S.W.T
Tahun 2012, kita terlalu sibuk mengejar dunia hingga kita alpha kepada Pencipta Seluruh Alam.Kita berharap pada tahun 2013, kita akan membanyakkan masa untuk lebih mengenal ALLAH S.W.T.

2. Sayang kepada keluarga.
Kesibukan sepanjang tahun 2012 telah membuatkan kita kurang menghabiskan masa bersama keluarga. 2013, akan cuba di isi sebaik mungkin dengan membawa keluarga bercuti.

3. Sayang kepada kucing.
2012 merupakan tahun terakhir kita bermanja-manja dengan kucing kesayangan kita " Kucang".Sekiranya, tahun 2013 kita mempunyai binatang peliharaan. Kita akan sayang seperti kucang.

4. Sayang kepada teman sekerja.
2012, merupakan tahun terakhir kita bekerja bersama dengan company yang menjadikan kita seperti hari ini.2013 akan bermula satu chapter dalam hidup kita dengan bekerja bersama majikan dan teman sekerja yang baru.

5. Sayang kepada HTL.
Projek kebajikan yang kita cetuskan telah mencapai percapaian yang cemerlang pada tahun 2012 Kita   berharap agar tahun 2013, HTL akan dapat mengulangi percapaian cemerlang sekali lagi.

6. Sayang kepada diri sendiri.
Satu rekod yang telah di cipta oleh kita sendiri sepanjang tahun 2012 berkenaan kesihatan kita.Kita telah 2x di tahan di hospital. MC paling banyak sepanjang 3 tahun kita bekerja. 2013, adalah tahun untuk kita kekal aktif dan cergas.

 7. Sayang kepada perhubungan kekal.
Umur kita akan bertambah pada tahun 2013. Kita berharap kita akan berjumpa dengan perhubungan kekal pada tahun 2013.

8.  Sayang kepada kawan-kawan.
Tahun 2012 merupakan tahun berkawan seMalaysia.Ini kerana pada tahun lepas, kita telah berkenalan
dengan ramai kenalan dari kelompok yang berbeza. Kita berharap hubungan persahatan pada tahun
2013 akan kekal harmoni seperti tahun 2012.

9.  Sayang kepada Seni.
2012, masa yang di peruntukan untuk aktiviti seni kita sangat limited. Semoga tahun 2013, kita akan ada masa untuk itu.

10. Sayang kepada adik.
1987-2012, Adik bersama kita selama ini. 2013, adalah tahun gembira buat adik.

Kita hanya mampu merancang tetapi ALLAH S.W.T adalah perancang terbaik dalam hidup ini.Doakan yang terbaik untuk kita sepanjang tahun 2013.Amin. Selamat datang 2013.