Wednesday, March 18, 2009

Blog ini akan mati seketika

Pengumuman:Blog ini akan mati seketika.
Ini di sebabkan kita akan memberi laluan pada
aura-aura baik untuk menghadapi peperiksaan
akhir kita.Takut,seram,sejuk,cuak,risau,gelisah..
Doa kan kita berjaya.Pada kawan-kawan yang
akan sama-sama sejuk di MPH nanti.Good Luck.
All the best.Buat mereka yang akan berada di
mana-mana dewan.Tak kisah la Dewan makan ke,
Dewan kahwin ke,Dewan Exam..
Semoga berjaya.

p/s:Blog ini akan kembali hidup selepas 1st April 2009.

Monday, March 16, 2009

Student Tension.Kerja Tension tak?

Rasa mcm tension je jadi student.Pas satu,satu lagi
exam.Tak pernah habis.Lepas da habis exam.Quiz
plak.Dah habisquiz,assigment plak.3 minggu
berturut-turut,x pernah pun 1 minggu free tanpa
apa-apa kerja.Lepas nie da nak final.Ada yang satu
hari,2 paper.Rasanya baik kerja jer.Lebih rilex
dan tenang.

Saturday, March 14, 2009

Barang Ter"HOT" di Pasaran

HP MINI 1000 VIVIENNE TAM EDITION
Nak tahu apa yang best pasal barang nie:
Sila ke website--> LAPTOP nie.


Hari Belon Udara Panas 2009

Pertunjukan Belon Udara Panas Antarabangsa 2009

Date : 19-22 Mac 2009
Tempat : Presint 2, Putrajaya
Masa : 7am-7pm
Masuk : Percuma
Website : Ballon Fiesta


Tag by Azhar


1. Who tagged you?
- Azhar.Kenal masa di Akademi Nasyid

2. Do you like tag?
- Biasa-Biasa Sahaja

3. If you can have a dream to come true, what would it be?
- Orang Bisnes yang Berjaya

4. What is your current mood?
- Penat

5. What will you do if your
crush says he/she adores you too?
- Senyum

6. Will you fall in love with your best friend?
- Dah jodoh tak ke mana

7. Which you prefer, loving someone or being loved by someone?
- Sayang orang yang sayang kita sepenuh hati

8. What is your favourite food?
- Makanan Berkuah

9. If the person you dislike is right in front of you, what will you do?
-Lari.Malas nak layan

10. What do you pray each day for your loved one?
- Maaf kan dosa-dosa dia

11. What takes you down the fastest?
- Failed mana-mana subjek.

12. How would you see yourself in ten years time?
- Mempunyai sebuah wisma bisnes

13. What is the reason that could make you so tension?
- Tak cukup rehat

14. What kind of person do you think the person who tagged you is?
- Baik.Kalau tak kenal dia memang tak tahu dia yang sebenarnya

15. Would you rather be single and rich or married but poor?
- No komen

16. Would you sacrifice for your loved ones?
- Mesti

17. What's the character must have in your partner?
- Sayang kita sepenuh hati

18. If you fall in love with two people simultaneously, who would you like to pick?
- Seseorang yang betul-betul dapat yakin kan kita yang dia Mr.Right

19. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing that someone has done?
- Tengok kesalahan dia

20. Do you prefer being single or having a relationship?
- Buat masa nie single.Besok tak tau la..


Sesiapa yang nak buat tag nie.Bagitahu kita.nanti,kite komen dekat
blog korang.

Friday, March 13, 2009

Tag by Azhar

Tell 6 unspectacular quirks of yours:
  • Qadak Tido Bile Selesai semua kesibukan dunia.
  • Suke buat keje umah sebelah malam.
  • Cepat terliur dengan iklan dekat TV
  • Tak reti nak kira bape percent diskaun
  • Suka telefon orang pagi-pagi buta dan malam-malam buta
  • Tak gemar charge hp
Share 7 facts about yourself on your blog:
  • Suka senyum
  • Suka buat lawak
  • Berdikari
  • Susah nak faham
  • Peminat Pink
  • Suka Pantai
  • Peminat No 1 Lah V.E

Thursday, March 12, 2009

JAWATAN KOSONG : BIBIK

Syarat-Syarat:

1. Perempuan
2. Tahu membaca dan menulis
3. Umur 18-25 tahun
4. Rajin

Scope kerja:

1. Ganti kite gi kelas kalau kite malas
2. Belikan makanan untuk kite (3X sehari)
3. Taip kan assignment kita
4. Gi meeting club
5. Susun kan jadual kita
6. Teman kita gi tengok wayang/shopping

Gaji:

1. Penginapan di sediakan (Setinggan dengan kita di hostel)
2. Bole guna air/api sesuka hati
3. Gaji di bayar ikut bulan
4. Bertuah sebab tak yah nak buat keje mop lantai,
basuh pinggan
5. Gembira sebab tuan dia(KITA) baik hati

KEMASUKAN SEGERA!!!

p/s: Besok present fyp.Chuak!!Doakan kite berjaya

Wednesday, March 11, 2009

K.I.T.A dan Scandalnya


Tak salah kan nak berscandal dengan mereka.Mereka pun lelaki juga kan.

Monday, March 9, 2009

Beri lah kata semangat pada K.I.T.A

Besok de 2 exam(11/3/09).RC2 dan Highway.
Banyak lagi tak cover.Tolong la bagi kata semangat
pada kita mengharungi hari esok dengan ketabahan.
Rasa macam nak nangis jer~Doakan kejayaan kita
besok.Trimas semua.

Saturday, March 7, 2009

Lagu Terakhir Untuk Cerekarama Minggu Nie

Dygta - Karena Ku Sayang Kamu

Seandainya kau ada disini denganku
Mungkin ku tak sendiri
Bayanganmu yang selalu menemaniku
Hiasi malam sepiku
Kuingin bersama dirimu
Ku tak akan pernah berpaling darimu
Walau kini kaujauh darimu
'Kan slalu kunanti
Karena ku sayang kamu
Hati ini selalu memanggil namamu, dengarlah melatiku
Ku berjanji hanyalah untukmu cintaku
Takkan pernah ada yang lain
Adakah rindu dihatimu, seperti rindu yang kurasa

sanggupkah terus terlena, tanpamu di sisiku
Ku 'kan slalu menantimu

Download lagu itu di sini.

p/s:Moral Value dari cite tu.Sabar lah untuk orang kita sayang sebab lambat laun
dia akan hargai apa yang kita dah buat selama nie.Yang penting,kita kena ikhlas
sayang orang yang kita sayang.Sedih Seh~

Karnival Seni Mahasiswa (KSM)

Bila lah agaknya UNITEN nak wujudkan KSM.
Yang ada sekarang pun KSM jugak tapi karnival
sukan mahasiswa.Bukan seperti yang kita harapkan
Karnival SENI Mahasiswa.Kepada pihak HEP yang
terbuka blog nie.Tolong lah pertimbangkan hasrat
kecil kita nie.

Best sikit kalau de karnival seni untuk mahasiswa.
Bukan apa,UNITEN tak de fakulti art.Jadi,best lah
jugak kadang-kadang kita tengok bakal engineer nie
menari,belakon,menyanyi.Bukan apa,Nanti mana tau
satu hari nanti ada Engineer yang di kritik oleh Paul
Moss.Saja nak realisasikan motto "Malaysia Boleh".

Lupa nak bagitahu,UNITEN bukan melahirkan bakal-
bakal engineer sahaja.Pakar IT,Account,HR,Finance
pun ada.

Mari AFUNDI KSM ke 03-8921 2020

Friday, March 6, 2009

Penubuhan Ilmu Kiosk,Kelompok ILMU- UNITEN

Post ini di tujukan untuk generasi muda yang akan
menerajui ILMU KIOSK.At least,5-10 tahun lagi.
Bile kami ajk lama telah tiada di UNITEN.Tetibe
korang nak tau ILMU KIOSK di tubuhkan.Ini lah
jawapannya wahai adik-adik ku.

Penubuhan ILMU KIOSK tercetus apabila bendahari
ILMU ketika itu iaitu,emy mencadangkan kepada
residen kaunselor untuk membuka sebuah koperasi
di kelompok ILMU.Cadangan di utarakan semasa
beliau sedang menghadiri temuduga untuk jawatan
tersebut.

Semasa Leadtrain untuk semua ajk ILMU yang baru.
Pn Fatimah telah menyapa emy bertanya mengenai
cadangannya mengenai penubuhan sebuah koperasi.
Masa tu,emy seorang yang terlibat dalam projek
mustahil ini.Kenapa di namakan projek mustahil.
Tak pernah berlaku dalam sejarah UNITEN yang
sebuah koperasi di miliki sepenuhnya oleh pelajar.
Idea giler beb.Ketika seisi soal-jawab oleh ajk ILMU.
Diaorang cadangkan yang patut de jawatan naib
bendahari.Mula la.SokSek memilih siapa yang layak.
Last sekali.De seorang yang mencadangkan "Why not
vice president yang tolongBendahari"Orang nya ialah
Kita,Zarith.

Maksudnya misi Penubuhan ILMU KIOSK telah
bertambah ahli yang baru.Kiranya,EMY dan ZARITH
yang meneruskan misi ini.Proposal pertama yang di
sediakan tidak berapa berkesan untuk menarik
perhatian pihak HEP.Rasa nak feed up jer.Tapi En
Nizam telah memberi kata-kata semangat kepada
kami.Menurut En.Nizam kita tak yah guna duit hep.
Modal sepenuhnya dari student, resident kaunselor
dan residen fellow.Akhirnya,proposal kedua yang di
hantar kepada HEP telah berjaya.

Dah dapat permission.Kita dan emy telah memikirkan
siapakah yang layak untuk menerajui ajk KIOSK.B4
tu nak cite nama ILMU KIOSK di beri oleh Onny,Kita
dan Emy.Akhirnya ajk KIOSK yang pertama telah di
bentuk.Mereka ialah Zarith,Emy, Dayah,Didi,Shima,
Karmila,Semah.Kemudian,bertambah seorang lagi ajk
iaitu Ati.

Good Luck utk yang baru.Yang lama,terima kasih.
Korang semua membanggakan Kita

Wednesday, March 4, 2009

KSM Basketball 2009

Berdiri dari kiri: Hamzah,Ong,Vincent,Meng,Acap,Hafiz.
Duduk mencangkung dari kiri: Faiz,Foo, Low,Tan.
Duduk ayu di depan:Zarith (Manager)

Congrate korang sebab dapat gold medal.
Korang memang awesome.
"Terbaek lah"

Tragedi Tanah Runtuh Bukit Putus Semasa Pulang dari KSM



Selalu,kite dengar dan baca jer cerita pasal tanah
runtuh nie.Sekarang bende nie dah jadi depan mata.
Kite geng oren(CE-ME) terputus perjalanan di Bukit
Putus.Kami semua on the way nak balik Uniten Bangi
dari Uniten Muadzam.Masa tu hujan lebat.Tetibe bas
yang kiteorang naik berhenti tak bergerak.Pelik jugak.
Ingat ker accident.Tapi,selepas crew 991 kami
(Dina,K,Farah,Atin) keluar meninjau kawasan tersebut.
Rupanya ada tanah runtuh.Kite yang masa tu berdiri
terus mengambil keputusan untuk duduk sambil
menarik selimut (sponsor by dayah kot) untuk zzzz..
Bangun-Bangun,dah sampai petronas.Kite terus
membeli air soya.3 jam kami geng oren terperangkap
dalam tragedi tersebut.