Monday, June 7, 2010

Tazkirah Agama-Doa

Kita bukan lah ustazah untuk berbicara tentang agama.
Tapi,kita nak kongsi kan sesuatu kisah benar yang terjadi
dalam diri kita.

Begini.
Suatu hari,dalam kembara opis.Ada site engineer bagitahu
kita."Zarith,awak betul-betul beruntung.Kerja dekat dengan
family."Mungkin dulu awak pernah berdoa dan hari ini doa
awak tu di makbulkan ALLAH.

Memang betul apa yang site engr bagitahu tu,Rumah kita
dengan opis.Hanya 10 minit.Sebenarnya,kita tak pernah pun
terfikir yang 1 hari kita akan bekerja dekat dengan family
kita.Bagi kita,dah dapat kerja pun dah cukup baik.

Kita pun pada mulanya.Bukan lah di arah untuk bekerja
di site opis.Kita kena kerja di HQ,KL.Tapi,di sebabkan
site kita ada masalah,kita di panggil untuk full time di site,
putrajaya.Rumah kita di putrajaya juga.

Flash back:4 tahun lepas
Satu berita yang kurang molek kita dengar masa kita
belajar diploma dulu.Ada student yang bersalin anak luar
nikah di asrama.Warden yang bawa dia ke hospital.Habis
berita nie kecoh satu kolej.

Kita yang mula-mula dengar kisah ini.Terus tersentuh.Bukan
kita sedih dengan si perempuan tu tapi kita risau kan adik
perempuan kita.Dia bukan lah seorang yang sosial.Tapi,kita
risau sebab kita jauh dengan dia.Cuti sem je kita hanya dapat
tengok dia.Macam-macam boleh terjadi.

Sejak kes itu,setiap kali sembahyang.Kita akan menangis dan
memohon kepada ALLAH yang jangan biar kita jauh dari
keluarga kita.Kita tak sanggup.Ye lah,kolej time diploma agak
jauh dengan rumah kita.Perjalanannya lebih kurang 5 jam.

Alhamdulillah,selepas itu kita semakin dekat dengan keluarga
kita.Kita sambung degree dekat dengan rumah.Every week,bole
balik.Kerja lagi la dekat.Setiap hari bole tengok muka mereka.

Kita betul-betul tak perasan hal ini sehinggalah orang yang lain
menegur kita.Kita begitu sebak.Rupanya,doa kita selama ini
telah di makbulkan ALLAH walaupun kita bukanlah umat
Muhammad yang sempurna.Sesungguhnya,kita semua tidak
boleh berhenti berdoa walaupun kita pernah gagal.Ingatlah,
ALLAH SWT Maha Penyayang Lagi Maha Pemurah.

Amin

Saturday, June 5, 2010

Siapakah Berada di Belakang Kita?

Siapakah yang berada di belakang kita?
Bukannya di depan atau di tepi kita.

0. Allah SWT
1. Family-Mummy,Abah,Nana,Dikmat.Ini dah tentu selamanya
berada di belakang kita menyokong kehidupan kita.
2. Sulan-Pakcik kesayangan kita yang merangka kerjaya kita
dulu,kini dan selamanya
3. Kak Zura-Kakak Angkat kita yang dah beratus kali dengar
tangisan putus asa kita.
4. Kak Myra-Advice dia sangat matang dan jujur
5. Fara,Ikfa-Kawan kita yang sentiase berada bersama kita
6. Amina-Kawan opis yang tahu 100% kisah kita dan kerja
7. Facebook-Tempat meluah perasaan kita kalo sedih
8. Fida-Planner berjaya JMI
9. En Wan-Penyokong kuat kerja kita dekat site
10.Mereka yang pernah menyokong kita

Ini lah tulang belakang kita.Tanpa mereka,kita mesti dah goyang.

Thursday, June 3, 2010

Review Lagenda Budak Setan

Kita baru habis menonton filem Lagenda Budak Setan (LBS) nie
petang 3 Jun 2010.1st day,filem nie di tayangkan.Before,kita masuk
panggung.Sempat lagi,kita bergosip-gosipan dengan kawan kita.
Macam mana yer,cerita nie.Sama ke dengan Novel LBS yang kita
baca 10 tahun lepas.Sebab watak-watak dalam LBS akan nampak
kaku kalo tak betul-betul hayati.Watak Kasyah-Lelaki Anti
Perempuan.Ayu-Perempuan Idaman Malaya.

Masuk je wayang.Kita terus terkejut sebab ramainya peminat LBS.
Ye lah,kita bukannya tengok midnite ke.Kita pergi tengok Khamis
petang.Time tu kan semua orang tengah kerja.Ye lah,generasi yang
baca LBS nie baya-baya kita.Yang majoritinya dah kerja,dah kahwin.
Dah tunang,dah couple.Dah besar rupenye kitaorang nie.

Paling terkejut bila yang penuh panggung petang tadi.Remaja umur
dalam 21 tahun ke bawah.Wow,tak sangka.Dahsyat sungguh aura
LBS nie.Tak pernah padam di buai masa.Bukan apa,mereka semua
hidup dengan novel-novel anis ayuni,ramli awang murshid,bikash.

Bukan seperti kami yang memang hidup dengan novel-novel Ahadiat.
LBS,katerina,pilot cafe.Pap..Pap..Cerita bermula.

Perasaan Ragu-Ragu filem LBS yang dapatkah menyamai dengan
novel LBS sedikit demi sedikit hilang.Kita dapat rasa farid kamil
sebagai kasyah dan lisa sebagai ayu seperti kita rasa semasa membaca
nya 10 tahun lepas adalah sama.Paling kita tak bole lupa masa Ayu
accident dan dia buat plastic surgery.10 tahun lepas,kita menangis
bila baca part tu.Hari nie,bila sampainya part tu.Kita menangis lagi.
Tak sanggup nak melihat ayu dalam menderita.

Walaupun,terdapat kekurangan dalam LBS espc untuk shoot-
shoot yang cantik.Lagu tema yang tak berapa mengancam.Pelakon
yang terlampau mengikut skrip novel tu.Tapi itu tidak menghalang
kita dari mengajak u'll yang tak tengok lagi filem nie untuk masuk
wayang.

Terima Kasih untuk Ahadiat di atas kelahiran LBS.Farid kamil+
Lisa yang berjaya menghidupkan percintaan budak setan dengan
baik.