Wednesday, March 3, 2010

Hidup ini bukan untuk menjadi plastik

Hidup nie kejap je.Kita tak tahu apa yang akan jadi besok.
Dulu,kita selalu rasa hidup yang baik bila kita ada status,
kaya sampai mampu beli dunia nie.Tapi,kita dah silap.

Hidup yang baik adalah hidup dengan menjadi diri sendiri.
Tanpa perlu menjadi plastik kepada orang lain.Tapi,lumrah
alam kita selalu terpaksa menjadi plastik kepada dunia nie.

Kalau kita tak kerja,kita tak akan mampu makan mcD hari-
hari.Bila kita tak ada status,kita akan lemah dengan mulut-
mulut orang yang tak reti hendak diam.

Bila kita berada di atas,kita kena bayar sesuatu yang sebenar
nya tak mampu di beli pun dengan duit malaysia mahunpun
dollar.Barang itu ialah kebahagiaan.

Bahagia dengan hidup yang sederhana yang tak semua dapat
rasa termasuk lah kita.Kita bukan mahu minta taj mahal tapi
kita hanya mahu masa untuk kita melakukan benda yang suka.

Membaca puisi sambil mendengar indie song yang indah.
Belajar bermain gitar agar kita senang untuk mereka lagu-lagu indah.
Bercuti di tepi pantai sambil menulis kecil puisi yang indah.
Pergi event dan teater yang indah.

Semuanya indah tanpa kita perlu menjadi hamba dunia
Hamba dunia hanya lah satu seksaan yang paling dahsyat

Tolong
Pergi Jauh
Kita tak mahu hilang semua itu

3 comments:

Bidadarisorga said...

Betul.Tak perlu memplastikkan diri.Terus kan berjuang untuk puisi kerana puisi itu indah..

violet_abbey said...

this is beautiful girl..bila nak masuk office? lama xnampak kt ofis?

K.I.T.A said...

nadia-->Jadi plastik bag ok kan.hehehe
abby-->bz sikit.rabu minggu depan br masuk