Monday, April 2, 2012

Kita kena buat baik

"Ala saya memang baik.Kawan-kawan cakap saya baik"
"Saya ada ramai kawan baik.Maksudnya saya baik la"
"Saya tak tinggal sembahyang,jadi saya baik la kan"

Macam-macam perspektif orang tentang baik.Tak kisah la,
janji kita kena buat baik setiap hari.

Makanan dan minuman yang berkhasiat adalah sumber vitamin untuk
menjalani kehidupan fizikal kita setiap hari.

Kebaikan adalah vitamin yang paling mahal untuk mencantikkan
rohani kita setiap hari.Ya,memang benar harga nya mahal.

Begini cerita nya.

Kita menyertai sebuah projek komuniti kebajikan yang memberi
bantuan makanan dan minuman kepada mereka yang kelaparan di sekitar
KL setiap bulan. Hampir 10 bulan,kita join aktiviti ini. Kita dapat
rasakan perubahan emosi yang baik dalam diri kita. Setiap kali,selepas
habis program.Kita pasti akan rasa sebak kerana kita selalu fikir. Nasib
baik kita tolong dia.kalau tak,tak tahulah apa nasib mereka hari ini.

Baik adalah sesuatu yang sangat manis seperti gula.Sekiranya,kita ambil
secara berlebihan,dia akan mendatangkan penyakit.Maksudnya "Buat baik
berpada-pada,buat jahat jangan sekali"

No comments: