Friday, July 31, 2009

Akhbar Bahasa Melayu Online Terbaik

Kita merasakan Mstar online merupakan akhbar online terbaik untuk masa kini.Semua berita yang terbaru ada dekat website ini.Untuk krew Mstar,tahniah.Tak percaya,cuba korang buka link nie: http://mstar.com.my/

Thursday, July 30, 2009

Superwoman

Kita baru mendapat bende yang paling berharga dari superwoman Malaya yang banyak tolong kita dalam banyak hal.Hari nie,lepas kita baru bangun tidur.Kita dapat sesuatu yang berharga untuk projek kita.Bersyukur sangat sebab superwoman dah tolong kita.Tq Superwoman.Jasamu di kenang.

Tuesday, July 28, 2009

Penat

Masa tulis post nie kita da hampir nak pejamkan mata.Penat.Hari nie,pukul 415pm baru lah kita sempat menjamah mi goreng dekat umah nani.Kepala dah pening.Tak cukup tido.Masa itu
emas.Baru la sekarang tika umur tak berapa muda ini baru la nak faham Masa itu emas.Setiap kali berada di semester akhir,perasaan penat memang tak putus-putus.Entah kenapa agaknya sistem
pembelajaran di Universiti di buat begitu.Semester akhir pasti sibuk dan penat.Padahal,mereka patut tahu bila berada di sem terakhir,kita akan jadi semakin tua.Tua usia dan Tua ilmunya.

Wednesday, July 22, 2009

Kata nasihat dari indie band "Radiostar"

Q. Anggota kamu, seperti Pot Amir mempunyai pengalaman yang banyak dalam industri muzik kita. Apakah pengajaran yang beliau ambil untuk memastikan kugiran ini tidak membuat kesilapan seperti kebanyakkan kugiran lain sehingga kebanyakkannya tidak bertahan lama?
A. Ada beberapa pengajaran yang Pot Amir bawa kepada kugiran Radiostar ini :-

i. Jangan buat persembahan di tempat-tempat yang menjual arak. Walaupun kita tak minum arak , bila kita perform di tempat-tempat ni, kita telah bertanggung jawab membawa penyokong-penyokong muzik kita ke dalam tempat-tempat ini (padahal diorang datang pasal nak support kita). Maksudnya kalau diorang minum arak pada hari itu, atau mereka minum arak setelah bersuaikenal dengan tempat-tempat arak ni, maka kita akan dapat sedikit saham dosa diorang.

p/s:ini lah nasihat yang paling ngam dari orang yang berpengalaman.
Nak baca semua temuramah mereka:klik sini

Monday, July 20, 2009

Floria@Putrajaya

Website: FLORIA
Tarikh: 1-9 Ogos 2009
Tempat: Presint 2 (Depan MOF)
Pengangkutan Awam: Dari KL;
ERL(KL sentral ke Putrajaya Sentral)
Rapid Express Bas(Bas stop depan LRT
Pasar Seni ke Putrajaya Sentral)
Dari Putrajaya Sentral:
Ambil Bas(nadi putra) ke presint 2

Selamat melihat bunga
p/s:kita mayb pergi 9/8 nak tengok kalau ada-ada orang
jual pokok bunga mawar putih.Dulu pergi,tak ade jual.
Harap tahun ini ada.

Sunday, July 19, 2009

The Best Photo


Kita paling suka gambar nie
sebab nampak player tu betul-betul pukul bola tenis tu
Pastu,kite guna digicam biase je yang 6MP(Sanyo)

Rindu

Kita tengah rindu pada seseorang.Orang yang paling
banyak tolong kita dalam study kita.Yang pasti
dia bukan dari kaum yang bermisai.

Terima Kasih untuk segalanya.

Hilang

Sehingga bulan 11 nie.Kita akan hilang sekejap
dalam dunia blog.Bukannya ke mana-mana
tapi,kite sedang sibuk menghabiskan sisa-sisa
masa kite di uniten.Every week de presentation.
Tapi,kalo korang de cite best yang nak share dgn
kita.bagi la komen dkt blog nie.insyaALLAH,kite
baca.Semoga semuanya sihat.

p/s:nak call bakal abang ipar jap lagi.papai

Sunday, July 5, 2009

Kemenangan Pertama

Akhirnya,tiba la masa yang kita tunggu selama ini.
Berada di semester terakhir ijazah kita.Memang lah
kita belum di anugerahkan lagi jawatan engineer.
Biar pi la.Ini adalah kemenangan pertama untuk diri
kita.Pelbagai dugaan telah kita hadapi untuk berada
di tahap ini.Penuh air mata,putus asa saje.Terlampau
banyak kesusahan dari kesenangan.
Jadi,kite hendak kongsikan hadiah ini untuk anda juga.

Tiada Apa

Dah lame,blog nie diam saje.bukannya kita da x minat
nak menulis lagi.cuma kita sibuk menulis logbook LI.
hari nie,kite baru de nafas nak tengok udara ahad.
Selalu,setiap kali hari ahad.kita akan sibuk kemas
barang di rumah gombak,basuh baju dan berehat.
cuti 1 hari seminggu sungguh memenatkan.untuk
pembaca blog KITA.mungkin sebelum melabuhkan
tirai 2009,kita akan hadiahkan anda sesuatu.kita
akan cari satu identiti untuk blog ini supaya nampak
lebih cool beb.