Thursday, May 6, 2010

Sandiwara Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

Bandar metropolitan yang menjadi kebanggan semua
warganegara Malaysia.Bangga bila ramai yang berebut
nak menetap di sini dan bergelar warganegeri KL.

Datang dengan beg merah,kuning,biru.Begitu banyak
azimat yang di bawa dari kampung untuk menjadi
penghuni KL.Semangat tak payah di kira.Tak sempat
pun nak mengira perasaan excited mengguna jam radik.

Tapi,semua itu tak semudah di sangka.Hidup di kota
canggih ini tak sesenang mengutip daun di tepi jalan.
Tak sesusah menangkap ikan jaws di lautan.

Prinsip,Hidup itu duit sudah sebati dengan diri mereka.
Duit itu segalanya.Kalau nak hidup kena ada duit.Pelbagai
ragam tika mencari duit.

Suatu tika dulu,kita berjalan di CM untuk menaiki bas untuk
pulang ke rumah.Seperti biasa,kita akan singgah di kedai
makcik jual keropok depan guardian.Sedap keropok makcik
tu.Kedai dari motor roda tiga tu pun bersih juga.Berbaloi je
membeli.

Sedang asyik berjalan,Kita ternampak Lori DBKL mencari
peniaga tak berlesen nie.Habis,semua peniaga lari lintang
pukang.Makcik nie tak sempat nak lari sebab kedai dia
yang menjadi sasaran awal DBKL.

Lagipun,makcik tu bawa 2 orang anak dia ikut sama berniaga.
Tu la 1st time,kita tengok zuriat makcik tu.Kecil lagi baru
sekolah rendah dalam darjah 6.Masa DBKL nie tangkap makcik
tu. Anak perempuan dia tak henti-henti menangis.DBKL nie
tak peduli.Terus tarik kedai tu tanpa menghiraukan anak kecik
nie tadi.

Kita tahu apa yang di risaukan anak kecik nie,Dia risau kalau-
kalau dia tak dapat nak tengok mak dia lagi.Dia tak dapat
nak makan nasi besok sebab mak nya dah hilang sumber
duit untk hidup tadi.Kesian,kita tengok anak kecik tu.

Besoknya,kita datang kembali ke CM.Mak ai,terkejut kita.
Bila kita tengok makcik tu masih lagi berniaga di situ.Habis
yang semalam tu sandiwara semata-mata.Pelik.Utk hidup
pun kita kena berlakon.

Selepas tu,kita selalu akan terfikir untuk beli kepok dekat
situ setiap kali singgah di CM.Tapi,baru-baru nie.Kita
singgah lagi di situ.Aik,dah tak de kedai tu.Minggu depan,
tak ada jugak.Bulan depan,tak de lagi.

Mungkin makcik tu dah penat nak berlakon di kota KL nie
lagi.Mungkin kah,makcik tersebut benar-benar di tangkap.
Atau makcik tersebut dah mula menukar profesion dia.
Dari penjual kepok tepi jalan ke penjual kepok pasar malam.

Banyak betul,mungkin untuk makcik nie.Itu lah hidup sebenar
di Kuala Lumpur.Hidup dengan tidak tahu apa mungkin jadi
besok.