Saturday, December 24, 2011

Bebola Tisu

Post ini khas untuk bebola tisu yang kita sayangi.

Bebola tisu nie apa.tengok post kita sebelumnya.

Bebola tisu kita yang pertama: Kak Fa.
Ini lah orang pertama yang kita kenal dekat KPP nie.Kak fa nie projek sebelah.
Tapi,1 company 1 umah.Mu la cuak nak kene keje sane. Call kak fa tanya condition
rumah sewa.Pas dengar de washine machine+astro+peti sejuk.Fuhh.Lega.Terbaik kot
rumah sewa tu.Kak fa nie dah macam mak kita.Kalau kita balik lambat, sure punye
lah kak fa akan call tanya nak balik pukul berapa.Cerita sedih kita,cerita
happy kita. Cerita pasal family kita.Sampai kan dah 24/7 cakap dengan kak fa
kecuali time tido.Kita rasa pelik gila bile dia x de sebelah kita time dkt
putrajaya nie.Tu yang kalo bole nak dengar suara semangat dari dia 24/7.Hahahaha.
Kak fa nie rakan karok 'aisyah.


Bebola tisu kedua: 'Aisyah.
'Aisyah nie kawan kita di mana-mana.Kalau kita lapar,dia teman kita g makan.Dia
duduk depan meja kita.Kita g dungun ke kemaman ke.Mesti ada 'aisyah.Kita balik
kampung pun dengan 'aisyah.1st time dengar istilah balik kampung.Jauh tu kampung
kita:Putrajaya.Kalau kita tengok muka 'aisyah rasa tenang sangat. Agaknyer sebab
dah tengok 'aisyah siang malam.Tu yang jadi sejuk je pandangan kita.Lupe nak
bagitahu dia nie pandai nyanyi.Kalah Najwa Latif.

Bebola tisu ketiga kita:Adibah.
Nie rakan sekatil kita.Nak tahu kita mengingau per.Bole what's up dia.Dia nie la
antara sebab kita dah tak nangis lagi.Mana tak nyer,selalu kita nangis dalam bilik.
Dah tu,tak kan la kita nak nangis depan dia.Malu tu.Kurang la sikit homesick kita.
Diba.Diba.Kita muda tau dari dia.Tapi,kita buat-buat la tua dengan tak panggil dia
kakak.Baru cool sikit.Hehehehe.Selain duduk sebilik dengan kita.Dia duduk sebelah kita dekat opis.Dia nie pandai buat lawak yang tak spastik.Tetibe,klakar.Chef dalam
umah tu.Untung sape dapat dia.(Diba,jangan lupe belanje ok).

Bebola tisu kita nie lah yang buat kita rindu nak datang KPP2.Kita pergi tengok
wayang sama-sama,makan sama-sama.Karok sama-sama.Terima Kasih korang :)

Episod 2:Bila dah hilang bende tu,baru nak terhegeh-hegeh

Pas dah buat research sepanjang dalam bas Adik Beradik semalam.
Kita dah tahu dah.Apa hal dulu benci tapi sekarang happy.
Sebabnya:Kita nie tak sabar.

Dulu,time awal-awal keje.Mana la de orang.Semua bende kita buat.
Balik pun lambat.Pastu,Consultant+Client:Suka kecoh2.Kita nie jenis
happy-happy.Datang stress sikit.Terus down.

Kalau kita sabar sikit semua mesti ok.Tapi,kita tetap percaya.Semua
benda yang jadi de hikmah nya.Kalau kita tak kene pindah terengganu.Kita
tak tahu erti independent.Tak tahu yang kita nie jenis Family Girl.Rindu
keluarga.Bak kata kawan kita:KPP, tempat pusat pemulihan yang bahagia.

Akhirnya,kita dapat juga lah pindah My Hometown(Putrajaya).Happy habis.
Akhinya baru nak nyesal.KPP lagi best dari 8C1 sebab kita ada bebola kita
yang selalu ada dengan kita.

Kamus: Bebola-Adalah sebentuk tisu di kedai makan yang di gulung-gulung
menjadi bola.Tisu ini kita khas kan kepada 3 orang kawan rumah sewa kita.

Bila dah hilang bende tu,baru nak terhegeh-hegeh

"Bila dah hilang bende tu,baru nak terhegeh-hegeh"

Itu lah quote yang kena dengan diri kita.

Hari ini,kita berada di Terengganu.Tempat yang paling kita anti 4 bulan lepas.
Datang untuk 3 hari jadi teacher untuk Planner baru yang ganti tempat kita
di sini.Kita dah keje balik di Putrajaya.Teringat time ajar Fida masa dia mula-mula
masuk AZSB.Sekarang dah pergi O&G pun Fida tu.

Opps.Terpesong.Cerita nya.
(Flash back:4 Bulan Lepas)

Kita dapat transfer letter nak kena kerja dekat Terengganu 365 hari jer.
Tak lama kan.Tapi,hati nie sedih bagai nak rak.Tak tahu dah berapa baldi habis
tadah air mata nie.

Demi sesuap KFC,kita pun datang la ke Terengganu dengan Viva kita.
1st time,Viva kita jalan sejauh nie.Paling jauh pun Tampin jer.Patang pinggang
jugak la viva kita tu.Tapi,nasib baik tuan dia steady jer.Ayat belit-belit nie.
(Tak nak ngaku jugak,yang kt nie letih gila).Hahahaha.

Masuk rumah sewa.Salam-salam dengan mummy and abah.Terus,sediakan tisu.Tahan air
mata takut banjir plak rumah tu.Mana tak nyer, besok tu 1st Ramadhan.Tapi,nasib
baik time tu.kita kuar dalam sejuta impian tv3.Boleh lagi la mulut kita gelak-
gelak tengok muka sendiri dalam tv.

Apa lagi,kita dengan poyo nyer.Ajak la kawan-kawan serumah duduk depan tv tengok
muka kita sama-sama.Maklum lah,1st time kuar tv.Nervous.

Lepas tu jam dah pukul 8pm.Time to sleep.Oh No!Time to Cry.1 bulan,kita homesick.
Lepas buka puasa jer.Duduk dalam bilik diam-diam sambil call kawan-kawan kita di KL.
Bukan apa,nak bik aura KL dari diaorang.Tak la,kita rasa pelik sangat.

1 bulan,kita kurus sebab kita tak bole nak terima lifestyle sini.Bukan apa,
hati kita da jem. Semua nyer nampak tak best.

Buat keje pun paksa rela.

Episod 2.Bersambung.

Friday, December 2, 2011

Berabuk

Dah berabuk da blog KITA.
To my followers,kita nak minta maaf sebab dah lama tak update blog nie.

Kita sayang blog ini.
Banyak suka duka yang kita tulis dalam blog nie.

Blog ini dah berabuk kerana kita dalam terlampau banyak kerja nak buat
seperti list di bawah:

1. Kita dalam proses memantapkan komuniti kita.Iaitu:Hari Tanpa Lapar.
Kita lahirkan komuniti ini untuk memberi bantuan makanan minuman kepada
homeless sekitar KL.Alhamdulillah,sambutan dia bagus.Nak tau detail,
search di fb.Hari Tanpa Lapar.

2. Kita baru transfer dari projek Terengganu ke Putrajaya.Time dekat
Terengganu terlampau sibuk sampai kita ada balance cuti untuk tahun 2011
sebanyak 18 hari.Sekarang dah bulan 12/2011.

Walaupun,blog ini dah berabuk,kita sayangkan blog nie kerana ada kamu si
pembaca sejati.