Thursday, April 18, 2013

Merdeka Kah Kita

Tanggal 31hb Ogos
Pasti ramai di kalangan kita
Berdiri tegak di Dataran Merdeka
Menyanyikan lagu Negaraku
Sambil melaung-laung
Merdeka Merdeka Merdeka

Megahnya kita
Kerana dapat hidup
Di sebuah negara yang merdeka
Merdeka kah kita?

"Tepuk Dada Tanya Selera"

Merdeka itu Umum
Tetapi dalam bahasa Melayu Saskrit
Merdeka itu  Maharddhika
Membawa maksud
Kekayaan, Keagungan dan Kekuasaan
Arghh..Kita peduli apa tentang maksudnya

Yang kita tahu
Merdeka itu Bebas
Kita Mahu Bebas Bergerak
Bebas Berlari
Bebas Bersuara
Bebas Melakukan Apa Sahaja

Tapi ini semua Palsu
Cakap sikit
Alasannya,
Malaysia adalah negara berpelembagaan

Sampai bila
Merdeka ini menghukum rakyatnya sendiri
Sampai sambutan Merdeka kali ke-200

Percaya kita akan Merdeka
Sekiranya kita faham
Apa maksud Merdeka
Yang Sebenarnya