Friday, September 26, 2008

Salam Aidilfitri-Maaf Zahir Batin-



Seloka Raya

Anak-anak kecil sibuk
di halaman
berebut-rebut
menyalakan bunga api
kesukaan mereka

Abang di jadikan
pembantu mereka
menjadi
saintis kimia
mencipta
ramuan-ramuan
rahsia mereka
mengejutkan
kampung nan sunyi itu

Ayah pula sibuk
di tepian rumah
memasang pelita
membakar lemang
di masak oleh si ibu

Ibu dengan
jari-jemari halusnya
sibuk di dapur
memasak juadah
Rendang,ketupat
menjadi
pilihan hati

Kakak ke sana
ke mari
mengelap pinggan
mengelap cermin
mengelap lantai
semata-mata
ingin rumah
kelihatan cun
di pagi raya

Semua sudah
sedia menyambut
Raya dengan
sempurna
tiada cacat cela
walaupun
satu zarah atom

Tag sedunia

Banyak tag yang kawan-kawan saya bagi..tak apa lah,
best juga.dah jadi trend.Semua pemilik blog kene de
tag...Selamat Menyambut Hari Tag Sedunia.

Tag From Zulfahmie

1. PAKAIAN
Kite nie suke pakai baju yang selesa dan simple.Ada unsur-unsur pink.
Kalo membeli,kite akan beli time diskaun dan murah tapi nampak mahal.

2.KAKI RAYAU
Tak kot sebab kite sentiasa bz dengan hal-hal dunia.Tapi,suke ke gi pavillion
makan jco,jusco wangsa maju,central market.

3.MAKAN
Suke makan sampai la jadi macam sekarang..hahahha..Kite suke masak bende yang
kite suke makan.

4.KERETA
Tak de kereta~

5.GADGET
Tengah berangan nak dapat ipod dan PDA.

6.TIDUR
Hanya kawan-kawan saya yang boleh jawab soklan "TIDO" nie.

7.IKEA
Pernah ke sana sekali.Tapi,setiap tahun dapat katalog ikea.
Best utk orang yang rasa nak cari bende yang simple dan cantik.

Fakta ke-7

7. Penulis Surat Cinta

Masa kite sekolah rendah,kite tolong
kawan-kawan kite tulis surat cinta-cintun
dekat lelaki yang diaorang suke.De tu,sebab
surat cinta kite tulis.Diaorang couple
jugak akhirnya..Sekarang tidak lagi..

Fakta ke-6

6. Suke ke udara di radio/tv

Kalau bosan-bosan tahap melampau,kite akan tepon
ke mana-mana stesen radio atau tv untuk bagi
ucapan dekat kawan-kawan.Setakat nie,kite
pernah call hotfm,era,xfresh,apa-apa aje,
kopi susu,joe jambul,MHI,radio muzik,THR,
red104.9.Kite akan gune nama sophia.kalo
tetibe terdengar macam kenal je suara tu..
kite la tu..jangan segan-segan msg nak tnye
betul ke tak..

Fakta ke-5

5. Pink.

Mule-mule kite nie anti pink-pink nie sampai la satu
hari masa dekat teknik gombak.Sampai la syida
duduk sebelah katil kite.Syida nie semua barang
dia colour pink.Macam citer "Sutun".Asal buka je
mata nie.tengok jam dia colour pink.Dekat bilik
prep,tengok pen,pensil,pensil box semua colour
pink.Tetibe terkena badi syida sebab sekarang
semua barang kite nak unsur-unsur pink.sampai
email pun nak letak nama pink.

"Pink di hati ku,apa di hatimu"

Fakta ke-4

4. Sophia

Macam mana kite boleh dapat nama sophia nie.Nie terjadi
dekat KPTM Kuantan.Dalam kelas agama yang bosan,
de la ustazah tu terang apa maksud sofea.Sofea=bijaksana.
Pastu,kawan sebelah kerusi kite.Nama dia azie.Dia bagitahu
"Zarith,aku nak panggil ko nama sofea boleh tak,da bosan
panggil zarith".Mula-mula macam malu..Ayu sangat nama tu.
Pastu,dia sambung lagi."Ko tak nak jadi pandai ker"..Kite
pun menganguk kepala.Mesti la nak..dalam masa 24 jam jer..
Semua orang da tau nama baru kite.Tapi,kite ubah ejaan dia
jadi glamour lagi,Sophia.

Thursday, September 25, 2008

Fakta ke-3

3.Kolej Poly-Tech Mara Kuantan

Kite sangat sayang kolej nie.walaupun buruk tapi banyak memori.First,dekat
sini..kite jumpe kawan-kawan yang sangat best dan baik sepanjang hidup kite.
Terima kasih semua yang sudi jadi kawan kite.Jaga kite masa kite sakit.Tak tau
nape,kite tak jumpe lagi kawan sebaik korang sampai hari nie.
Dekat sini jugak kite jumpa lecturer yang sangat best.Warden yang best.Paling best,dekat sini..kite jumpe kakak angkat tersayang kite..KPTM de kolam yang best.Kite pernah masuk sekali jer dekat kolan tu.Kalau musim buah,boleh kait buah jambu air dekat sane.Bas kunyit yang unik.Anjung,kedai makan yang murah.Makcik
kulit licin yang jual mihun sup yang best.

Kesimpulannya,saya sayang KPTM Kuantan.

Fakta ke-2

2. Reformasi

Masa diploma dulu.Kite adalah Pencentus reformasi dekat Kolej
tersayang(KPTM Kuantan).First time reformasi tu masa ari jumaat.
Sebenarnya,kite de meeting sebagai ketua blok pasal problem air.
Tapi,kite selambe ubah bende nie jadi reformasi.Kite kumpul beberapa
orang duduk dekat luar bilik pengarah sementara tunggu kawan-kawan habis meeting.
Paling dahsyat,masalah guard yang kurang ajar.Kite tengah lepak2 dekat luar.
Pastu,de member mengadu pasal guard tak kasi kiteorang kuar makan.kafe da tutup.
Pengarah masa tu buat keje dekat bilik dia.Kiteorang yang tau pengarah de dekat sane.
Kite terus panggil semua budak-budak perempuan.Sementara kawan-kawan kite gi jumpe
pengarah.Ramai giler yang join.Sampai jalan depan bilik pengarah penuh dengan
semua guard kawal.Hasilnya,kiteorang dapat balik before pukul 11pm.Sebelum nie,
sampai pukul 7pm.Moral value:Tak buat hati jer,sila la buat reformasi...

Tag From Amirul..7 Fakta yang best..

1.Nakal

Sampai sekarang,kite still nakal tapi hanya 1% sahaja.
Zaman paling nakal,masa form 2.Tak tahu nak kata apa.
Datang sekolah lepas rehat.Balik umah awal semata-mata
nak tengok separuh akhir juara lagu.Lalu dekat pintu rahsia
Sek Men Hillcrest.Masa tu,buat keje nie dengan kawan-kawan.
Bile de subjek yang kite tak suke,lepas beri salam dekat cikgu
tersayang.Kite terus dekat pintu belakang kelas.Lepak kelas
sebelah sampai cikgu tu percaya kite nie students dia.Tu tak
kira masa ERT.Kite sorok bawah meja yang de letak alas meja.
Dalam tu,kite borak-borak dengan kawan-kawan.Banyak lagi,bende-
bende karut yang kite buat masa form 2.Alhamdulillah cikgu tuisyen
kite garang.Jadi,dekat tuisyen la baru kite belajar.Nak harap belajar
dekat sekolah.Memang tak la..

Monday, September 22, 2008

I've been tagged by Nana Liyana

Di alih bahasa kepada Bahasa Melayu.

7 Fakta Diri,Pelik dan Secara Rambang Mengenai Saya.

1. Kite seorang yang sangat Sibuk.Setiap masa,memang de je
bende nak buat.Dalam pepatah melayu,tak boleh duduk diam.

2. Bende Pelik yang kite bole buat.Kite Boleh minum air 1/2
segelas dalam satu nafas.Kite juga memegang rekod makan
terpantas antara kawan-kawan kite.

3. Kite seorang perempuan yang luaran nampak ganas tapi
sebenarnyer sangat sensitif dan keperempuanan..hahaha..

4. Berkerja sebagai Promoter Maxis,Volunteer dekat
Pusat Sains Negara,Sales Assistance di Hinode Shop,
Promoter Buku english kanak-kanak.Semua kerja nie
kite buat dalam masa 3 bulan cuti semester lepas.

5. Suke berusaha sendiri.Dan paling anti dengan orang
yang hanya tunggu pohon jatuh di riba sahaja.

6. Tak pernah terfikir akan sambung dalam kejuruteraan awam
sebab SPM.LK dengan PKA paling teruk antara semua orang.

7. Tak sampai hati melihat orang lain sedih kerana kite yang
membuatnya.Tak syok,buat orang sedih dan terasa.

Tag nie di buka kepada Umum,
Kalau rasa macam nak buat,
Boleh buat..
Bile dah buat tag nie.
Bagitahu la dekat kite,
saje nak tau bape orang
yang sudi buat tag nie.

Coming Soon..

Nanti kite update ari jumaat nie.
Promosi Raya..

1.Berbuka Puasa Bersama XKPTM di khulafah
(Thanks Korang sebab Datang)

2.Seloka Raya
(di buat masa kelas agama)

Tuesday, September 16, 2008

Muazan Calon MPP UNITEN 2008/2009



Ada 3 orang yang anda bole pangkah untuk
pilihanraya kampus UNITEN 18.9.08 nie.

Kite dah semestinya akan memberi sokongan kuat
untuk 2 calon nie: Muazan(8) dan Syafeeq(14)

Muazan pada pandangan kite:
1. Mempunyai akademik yang cemerlang
2. Mempunyai idea-idea yang bernas
3. Sangat aktif dalam sukan
4. Komunikasi yang terbaik
5. Mempunyai sikap seorang pemimpin

Mahu mengenali Siapa Muazan Mohsin:
http://muazan8.blogspot.com/

"Kepada pelajar B.CIVIL ENGINEERING di UNITEN sila undi
Muazan sebagai calon anda kerana tak akan anda mahu
melihat tiada nama MPP dari kalangan kawan-kawan civil kite."

"Tiada peluang kedua sekiranya anda tidak mengundi Muazan
pada 18.9.08 sebelum jam 4pm"

"Undi adalah rahsia.Buat la keputusan yang bijak"


baru sahaja selesai mengantung poster calon MPP
nie bersama ikfa dan nani(kredit pada mereka)

Sunday, September 14, 2008

Undilah Syafeeq Untuk Calon MPP UNITEN 2008/2009



Berminat Untuk Mengenali Syafeeq dengan lebih dekat:
Sila Ke:http://syafeeqc14.blogspot.com

Thursday, September 11, 2008

Rahsia KITA

Duduk depan PC membuat kite terfikir apa lah nak
di tulis di blog nie."Pe yer",sampai la kite terfikir
nak bagitahu sikit-sikit rahsia kita.

1. Kita nie anak sulung
2. Raja Lawak
3. Pengemar colour pink
4. Masa kecik seorang pendiam
5. Skrg da kecoh giler
6. No.3 Pidato Piala Di Raja Peringkat Gombak
7. Alergik nak kene pandang muke orang
8. Pemalu tapi pandai cover
9. Romantik
10. lagu-lagu sentimental peneman hati
11. Tak reti main bola jaring
12. Golkepper terbaik team bola mase sek ren
13. Suke tengok matahari terbenam
14. Suke menghirup udara pantai
15. Teringin nak jadi wedding planner
16. Anti Durian
17. Pengemar Cencaluk
18. Tak boleh ingat besday orang sgt
19. Tak reti kire duit masa shopping
20. Pelat huruf L

Tuesday, September 9, 2008

Soil Result

Rasa suffer giler study soil 2 sem nie.
jawapan same dengan mcm dlm buku pun
salah jugak.

reason:kalo copy dalam buku ertinye x faham.
kalo tambah penanda wancana pun salah
jugak.

Kite tak salahkan lecturer yang ajar soil 2.
Dia ajar ok,buat kite lebih faham soil nie
compare dengan dulu hafal sedunia jer.

Probnyer:kite punye basic soil memang teramat
lemah.

Macam tak boleh ingat langsung apa yang da belajar
mase diploma dulu.sedih giler sebab dulu x belajar
elok-elok subjek soil.Memang tak boleh ingat apa-
apa compare with structural,RC,Steel.

Hopefully,kite akan lulus paper nie.

Moga-Moga dan yang pasti kite tak akan ambik
soil untuk final year project.

Friday, September 5, 2008

Tagged Survey by Yana

THREE NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:

1. zarith
2. qunyah
3. sophia

THREE THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 33 MINUTES:

1. blogging
2. borak-borak
3. kemas bilik

THREE WAYS TO BE HAPPY:

1. beach
2. with my love(family,fren,etc)
3. tido ketika sejuk

THREE OF YOUR FAVORITE SONGS AS OF NOW:

1. Cokelat-Setiga
2. ACAB-Streets of uptown
3. Babyface-heaven

THREE THINGS YOU LOVE IN A GUY:

1. understanding
2. terima seadanya
3. baik

THREE PERSONS YOU MISS:

1. Family
2. Kakak ku
3. Kawan-kawan di KPTM

THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:

1. Semua bende yang pink
2. bantal
3. kuntuman rose putih

THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR NEXT VACATION:

1. Perhentian
2. Cameron
3. Paris

THREE OF YOUR FAVORITE HOBBIES:

1. Lukis kartun
2. buat puisi
3. tido

THREE FAVORITE CARTOON/ANIME CHARACTERS:

1. Slamdunk
2. Cardcaptor sakura
3. Karya Aie

THREE OF YOUR FAVORITE FAST FOOD:

1. McDonalds
2. KFC
3. Ayamas

THREE FAVORITE DRINKS:

1. Soya
2. Ribena
3. Orange juice

THREE THINGS FOUND IN YOUR HANDBAG:

1. money
2. handphone
3. ic

THREE FAVORITE COLORS:

1. pink
2. brown
3. white

TOP THREE U LOVE SO MUCH:

1. Family
2. Kakak ku
3. Future Husband

Tag:

1.zulfahmie
2.mawar
3.Puan Lieyn
4.faris
5.Eliz
6.anyone who visits my page

Cerita Blog Kita

Untuk pengetahuan semua
kite buat blog nie suke-suke

Pasan tak blog kite lebih kepada puisi-puisi yang kite
yang tak penuhi etika penulis malaysia.Tak ada ryhtm pun.
Kite tulis suke-suke jer.Biase la,kite tak pernah pun
bik subjek sastera kecuali masa form 4&5 dalam subjek
bahasa malaysia.Pastu kite nie tak pernah attend mana-mana
kursus sastera pun.kite nie pelajar kejuruteraan awam.
Bukan lah seorang yang jiwang pun.ganas jer tapi hati lembut.

Tapi,kite nie peminat setia puisi melayu.Suke lukis-lukis
kartun.Suke menulis.Kepada mereka yang membaca blog kite.
Ucapan terima kasih tak terhingga pada anda.

Puisi Seorang Adik

Puisi ini khas untuk kakak saya "Siti Norazura Salikin"

Adik perlukan
kakak
yang sentiasa
mengajar
membimbing
menasihati

agar
adik akan
menjadi adik
yang sama
pada hari ini
besok
lusa
dan bile-bile

Terima kasih
Tuhan
kerana mendatangkan
kakak yang baik
padaku

Percaya lah
akak
darah bukan ukuran
untuk
mengukur masa
kite berdua

Hanya
jantung adik
menjadi
kayu pengukur
untuk
kita berdua

Sungguh
tidak akan
ada penghujung
masa
untuk kite
itu
janji adik
pada kakak ku
yang comel ini

Thursday, September 4, 2008

Ramadhan Walk at Ilmu



Ramadhan Walk at Ilmu(R.A.W.I)
Masa:430pm-730pm
Tarikh:3/9/2008-21/9/2008
Tempat:Parking kereta Ilmu 4,Uniten

Sehari Di Zoo Negara

Sehari di Zoo Negara.Bukannya,kite ke sana
untuk mengambil-ambil gambar binatang-binatang
cute di sana.Tapi,membantu pekerja-pekerja zoo
membersih,memberi makanan,memandi binatang tersebut.

Kite di tugaskan menyediakan makanan dengan ida.
Jadi Chef Burung la gamaknya.


Perkara-Perkara yang anda perlu tahu mengenai zoo negara:

1. Zoo Negara de ahli club diaorg sendiri.Nama dia Zoorama.
dapat membership card dgn benefit-benefit lain lagi.
2. Burung merupakan binatang yang paling kuat makan.5x sehari.
3. Burung makan makanan yang sangat sedap.Contoh roti gardenia.
4. Kalau kite nak bagi burung yang mcm angsa makan.Kite kene
bersiul untuk memanggil mereka makan.
5. Gajah dekat zoo nama dia bego.Nanti gi zoo.Panggil lah nama tu
sure dia senyum.
6. Zoo Negara de kantin yang murah.Nak tau dekat mana.Tanya pekerja
di sana.Mana kantin untuk staff.
7. Semua pekerja zoo negara menggunakan basikal sebagai kenderaan
rasmi mereka di dalam zoo.
8. Gaji pekerja zoo sangat lumayan.Senior boleh cecah RM3000++
9. Pekerja Zoo hanya cuti sehari seminggu tapi bukan pada hari minggu.
10.Zoo negara bukan hak milik kerajaan sepenuhnya.Company Swasta yang
handle.


bego namanya




makanan burung

Akademi Nasyid



Ke Akademi Nasyid bersama kelly(kelisa)zul.Dari Uniten ke Plaza Alam Sentral.Kite dengan zul first time gi Akademi Nasyid.Kiteorang datang sebab nak bagi support dekat group Farhan.We'LL duduk dekat tempat family farhan.1st time jugak tengok live dekat alam sentral.

Performance Farhan Malam tu sangat merdu dan lunak suaranya. Macam yang kite bagitau before nie,farhan satu-satunya group dalam AN yang semuanya boleh menyanyi.Walaupun farhan tak dapat ke final. tak tau apa salahnya.SMS tinggi,Juri pun suke.. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu perjalanan abang-abang farhan nie nanti.

Saya Zarith Naquiah Zahari akan terus menyokong perjuangan abang-abang sekalian sampai bile-bile.Good Luck.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Terima Kasih kepada:
1. Zulfahmie kerana teman kite.
2. Azhar kerana reserved tempat untuk kami berdua ari tu.
3. Abang Faizal kerana melayan kami dengan baik.
4. Abang Adi,Abang Anwar,Abang Faizal(Farhan) kerana mengalunkan lagu pada malam tersebut dengan lunak sekali.
4. Rakan Farhan yang lain kerana menyokong Farhan
Doakan perjalanan Farhan sempurna.

Amin..