Wednesday, September 30, 2009

K.I.T.A = Lecturer


Kalau la KITA jadi lecturer:

1. Kita tak akan bebankan students dengan project yang susah=Dr Chua+Pn che noriza
2. Tegas di luar tapi baik di dalam = Puan Nina + Dr Bashar
3. Mengajar dengan bersemangat = Dr Lee + Puan Baini
4. Sabar mengajar orang yang rajin tapi lambat pick up = Puan Mona+ Cik Narimah
5. Tak akan tengking student = Puan Irfah + Cik salamun
6. Understanding = Dr chua + Puan Leen
7. Caring = Sir Dynamic + En Arif
8. Sentiasa senyum = Dr Bashar
9. Ajar yang de kaitan masa kerja = Dr Lariyah
10. Bagi semangat pada student yang lemah = Dr Lee + Cik wahidah

p/s:post ini ditulis lepas kene marah dengan fyp supervisor kita yang cakap kita nie seorang
yang pemalas.Siapa yang kenal kita sure tahu kita nie pemalas ke?

Monday, September 21, 2009

Jangan Menyesal pada Takdir


Pergh..macam tajuk cerekarama TV3 plak

Jangan menyesal pada Takdir.Ini kisah benar dalam hidup kita yang bagus untuk renungan bersama.

Masa kita sekolah.Kita selalu tak bernasib baik dalam kedudukan kelas.Tapi,kita tak kisah sebab bila berada dalam kelas yang sederhana.Kita lebih mempunyai kawan yang menghargai persahabatan hingga kini.

Lepas SPM,kita tak pernah terfikir akan sambung belajar dalam Kos B.Civil Eng sebab result SPM kita paling hancur untuk subjek PKA dan LK.Kita benci dengan 2 subjek tersebut hingga terus delete cita-cita sebagai jurutera dalam hidup kita.Kita tak salahkan takdir sebab masa diploma,kita mempunyai my lovely sis, kawan-kawan, lecturer yang sanggat supportive.

Kita ada mengalami satu sakit sejak kecik sehingga kita terpaksa mengambil Final Exam sorang diri dalam bilik khas masa diploma.Kita hampir putus asa dan berserah pada takdir. Alhamdullilah,result sem itu adalah yang paling terbaik.

Lepas habis diploma.Kita dapat UNITEN dan UiTM.Semua kos yang sama iaitu B.Civil Eng.Kita hampir demam memikirkan semua ini.Tapi,kita menyambung takdir kita berada di UNITEN.

Selepas 23 tahun kita tinggal di Gombak.Kita begitu sedih untuk meninggalkan rumah memori kita untuk berpindah ke Putrajaya.Takdir yang menentukan apabila abah n mummy di tukarkan ke Putrajaya.Tapi,hari ini.kita bersyukur dengan takdir yang tertulis kerana kita dapat banyak info untuk projek FYP kita dan selalu ke rumah kakak kita.

Hari ni hari Raya.Kita berada di depan PC, Putrajaya.Kita tak dapat pulang ke kampung kerana abah tak dapat cuti.Nasib baik,takdir tertulis sebegitu kerana panjang lagi thesis yang belum siap.

Jangan salahkan Takdir.Percayalah pada Qada dan Qadar.Selamat makan rendang.

Wednesday, September 16, 2009

Last Ramadhan as a Full Time Student

Perasaan : Sedih
Sebab : 1.Tak bole selalu buka posa dengan kawan-kawan
2. Tak dapat nak makan free dekat masjid lagi
3. Entah tapi sedih

p/s:Salam Aidilfitri.Maaf Zahir Batin

Dia

Dia pasti akan baca blog nie
Untuk dia
Apa yang kita buat beberapa
bulan nie
Ada sebab nya
Sebab yang baik dan
tak dapat di fikirkan oleh
Dia

Tuesday, September 15, 2009

Tiada Tajuk

Kita suka sangat gambar nie.Kenapa?Tak tahu.Kita yang pakai baju pink.

Wednesday, September 9, 2009

Sayang

Kita sayang Tuhan dan Agama kita
kerana menjadikan kita mukmin sejati.

Kita sayang Abah
sebab kita dia selalu suh kita belajar rajin-rajin

Kita sayang Mummy
sebab mummy amat sabar dengan perangai bukan-bukan kita.

Kita sayang Nana
sebab dia nampak je garang tapi dia selalu baik hati dengan kakak dia

Kita sayang Dikmat
sebab kalau bosan2 bole suh dia gi kedai beli makanan

Kita sayang Sulan
sebab dia yang bagi nama kita

Kita sayang Arwah Cik Rose
sebab dia selalu manjakan kita tika kecik

Kita sayang Arwah Tok Ayah
sebab dia selalu belanje kite kopi masa kecik dulu

Kita sayang Kak Zura
sebab dia banyak bagi support dekat kita yang banyak main nie

Kita sayang Kucing kita
sebab kalo bosan bole peluk dia

Kita sayang Kawan-Kawan kita
sebab diaorang dah jadi 1/2 dari hidup kita

Kita harap kita dapat sayang korang macam korang sayang kita.

p/s:Post nie di tulis masa tengah ponteng kelas numec

Monday, September 7, 2009

Lelaki Cute,Lelaki Ayu

Gambar Hiasan

Korang pernah tak kenal lelaki macam nie:
Cute je kalau tengok dari jauh
Ayu je kalau tengok dari dekat


Friday, September 4, 2009

Mencari Sinar Malam Lailatul Qadar

"Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Al-Qadr:1-5)

“…sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)

“Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 malam akhir Ramadan.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Imam Nawawi, berkata: “Lailatul Qadar dapat disaksikan orang yang dikehendaki Allah pada tiap-tiap tahun ketika Ramadan, sebagaimana yang diterangkan dengan jelas dalam hadis Rasulullah s.a.w dan diberitakan juga oleh orang yang soleh…”

Thursday, September 3, 2009

24,17,14,10,8,6 tahun dulu

24 tahun dulu

Umah colour putih depan jalan raya@Bukit Abal, muncul la baby girl yang comel di samping family tersayang.Cucu kedua untuk keturunan Tuan Hj Muhammad.Semua ahli keluarga Tuan Hj Muhammad bertungkus lumus memikirkan nama yang vogue untuk baby comel tadi. Akhirnya,pakciknya (Sulan) berjaya memikat hati juri dengan memberi nama Zarith Naquiah.
Nama itu hasil gabungan Tengku dara Naquiah dan Raja Zarith Sofea.Memang Vogue nama tersebut sebabnya hasil gabungan 2 keturunan raja iaitu Raja Negeri Sembilan dan Sultan Johor.

17 tahun dulu

Pertama kali baby yang comel itu memakai pakaian sekolah berwarna biru pekat.Masa itu, dia sangat rajin belajar.Selalu mendapat no yang baik di dalam kelas.Dia lebih banyak keseorangan.
Tak ramai kawan dan pendiam.Paling penting,dia merupakan Ratu Air Mata di kelas tersebut.
Sebabnya,dia selalu kena buli dengan rakan-rakan kerana dia tak pandai bergaul.

14 tahun dulu

Perangai dia telah 100% berubah.Dari seorang yang pendiam kepada seorang yang huru-hara. Ini semua kerana 1 sebab yang dia akan ingat sampai bila-bila.

10 tahun dulu

Dia telah bertukar menjadi seorang yang nakal.Mula ponteng sekolah, ponteng kelas, gaduh bersama group otai nya ketika itu.

8 tahun dulu

Mula berubah menjadi seorang yang baik.Ini kerana pengaruh rakan-rakan sekolah.

6 tahun dulu

Mula rasa tanggungjawab dan semakin baik.

1 bulan dulu

Berubah menjadi seorang yang serious dalam hidup.