Saturday, June 18, 2011

Frust di CM/Pasar Seni

Kunjungan kita ke CM baru-baru nie,ada sikit perasaan Frust.

Frust kerana CM hari ini tidak seperti CM 10 tahun lepas.
CM dulu di agongkan budak-budak muda sebagai tempat lepak paling cool.Tapi kini,
CM hanya di kenali oleh pelancong-pelancong asing.

Dulu,
CM penuh dengan pemuzik jalanan yang menghiburkan pengunjung di situ.
Seronok betul melihat gelagat mereka menyanyi dengan penuh perasaan.
Kini,
Tempat mereka di penuhi kiosk-kiosk kraftangan yang bosan.Kerana barang-barang
di situ da lah mahal. Pastu bole jek beli dkt pasar malam.


Dulu,
CM ada mcd yang boleh di terbesar di Kuala Lumpur.3 tingkat,beb.
McD ini di jadikan tandas awam bagi mereka yang tak nak sedekah duit gi tandas berbayar McD nie jugak konon-konon di jadikan tempat untuk kita study.
Kini,
Mcd itu dah tutup. Punya lah ramai orang datang makan dekat mcd nie.Tak faham betul.

Dulu,
CM de food court yang sedap dan murah dekat atas sekali
Nak apa, semua ada.western,thai,melayu. Halal dan berbaloi.
Kini,
Kawasan itu dah suram kerana banyak kedai da tutup.

Dulu,
Luar CM de orang jual kepok lekor,bebola,air.Kita pernah tengok DBKL rampas gerai
makcik,kakak,pakcik,abang dekat situ. Sampai kita bole terasa nak buat Hari Tanpa Lapar.
Kini,
Semua itu dah tak ada.

Dulu,
Sebelah building CM.Ada building Annexe. Annexe masih lagi wujud cuma yang frust
tu tak de kedai jual barang-barang indie macam dulu.

Frust betul bila tengok keadaan CM/Pasar Seni yang tak macam dulu. Entah la, Mungkin
CM sedang mengalami zaman kemodenan nya. Bagi kita, moden itu bagus tapi lagi bagus
kalo kita gabungkan antara moden dan lame.