Saturday, June 18, 2011

Frust di CM/Pasar Seni

Kunjungan kita ke CM baru-baru nie,ada sikit perasaan Frust.

Frust kerana CM hari ini tidak seperti CM 10 tahun lepas.
CM dulu di agongkan budak-budak muda sebagai tempat lepak paling cool.Tapi kini,
CM hanya di kenali oleh pelancong-pelancong asing.

Dulu,
CM penuh dengan pemuzik jalanan yang menghiburkan pengunjung di situ.
Seronok betul melihat gelagat mereka menyanyi dengan penuh perasaan.
Kini,
Tempat mereka di penuhi kiosk-kiosk kraftangan yang bosan.Kerana barang-barang
di situ da lah mahal. Pastu bole jek beli dkt pasar malam.


Dulu,
CM ada mcd yang boleh di terbesar di Kuala Lumpur.3 tingkat,beb.
McD ini di jadikan tandas awam bagi mereka yang tak nak sedekah duit gi tandas berbayar McD nie jugak konon-konon di jadikan tempat untuk kita study.
Kini,
Mcd itu dah tutup. Punya lah ramai orang datang makan dekat mcd nie.Tak faham betul.

Dulu,
CM de food court yang sedap dan murah dekat atas sekali
Nak apa, semua ada.western,thai,melayu. Halal dan berbaloi.
Kini,
Kawasan itu dah suram kerana banyak kedai da tutup.

Dulu,
Luar CM de orang jual kepok lekor,bebola,air.Kita pernah tengok DBKL rampas gerai
makcik,kakak,pakcik,abang dekat situ. Sampai kita bole terasa nak buat Hari Tanpa Lapar.
Kini,
Semua itu dah tak ada.

Dulu,
Sebelah building CM.Ada building Annexe. Annexe masih lagi wujud cuma yang frust
tu tak de kedai jual barang-barang indie macam dulu.

Frust betul bila tengok keadaan CM/Pasar Seni yang tak macam dulu. Entah la, Mungkin
CM sedang mengalami zaman kemodenan nya. Bagi kita, moden itu bagus tapi lagi bagus
kalo kita gabungkan antara moden dan lame.

7 comments:

Shukjessa said...

bukan pasal moden tapi pasal siapa berduit dia boleh survive. so yg tak berduit dengan sewa dan takde kuasa untuk menghalang kena lah cari tempat lain.

cume sayangnye tak berapa nampak sangat dah culture KL dulu2 yang jadi sebahagian dari apa itu Pasar Seni, yang kini tak lebih dari Kedai menjual seni, yang tak berapa seni pon...

K.I.T.A said...

Shukejssa,kita suka dengan komen awak.dah adat dunia.Orang yang lemah akan di tindas.Orang kaya akan sentiasa di agungkan.

CM/pasar seni dah tak macam dulu. Tempat yang konon untuk menjual barang-barang seni nie bole jek kalo nak beli dekat pasar malam.

Maksud,kewujudan cm yang baru nie untuk pelancong asing yang tak tahu apa itu pasar malam.Jadi, mereka pun berbangga la kalo dapat ke pasar seni.

Azhar Ibrahim said...

Pasar Seni takde kelas. Central Market ada kelas. Ada bezanya. Sebab tu la kot hilangnya Pasar Seni.....

K.I.T.A said...

Betul tu azhar.Pasar seni bunyi macam pasar jer.Central Market macam mat salleh sikit.hehehe

az nora said...

sedpnya mkn kat food court kat roof top tu.. teringat2 ms belaja..

Cik Sibuk said...

Salam,

Ai last pergi CM ada la kot 15 tahun yang lepas. Teringat kedai kertas dekat Anexxe tu.

K.I.T.A said...

Ema: kita setuju.Food court atas sekali tu tempat favourite time tuisyen dekat kasturi.

Cik sibuk: kedai tu dah tak de da :(