Thursday, June 3, 2010

Review Lagenda Budak Setan

Kita baru habis menonton filem Lagenda Budak Setan (LBS) nie
petang 3 Jun 2010.1st day,filem nie di tayangkan.Before,kita masuk
panggung.Sempat lagi,kita bergosip-gosipan dengan kawan kita.
Macam mana yer,cerita nie.Sama ke dengan Novel LBS yang kita
baca 10 tahun lepas.Sebab watak-watak dalam LBS akan nampak
kaku kalo tak betul-betul hayati.Watak Kasyah-Lelaki Anti
Perempuan.Ayu-Perempuan Idaman Malaya.

Masuk je wayang.Kita terus terkejut sebab ramainya peminat LBS.
Ye lah,kita bukannya tengok midnite ke.Kita pergi tengok Khamis
petang.Time tu kan semua orang tengah kerja.Ye lah,generasi yang
baca LBS nie baya-baya kita.Yang majoritinya dah kerja,dah kahwin.
Dah tunang,dah couple.Dah besar rupenye kitaorang nie.

Paling terkejut bila yang penuh panggung petang tadi.Remaja umur
dalam 21 tahun ke bawah.Wow,tak sangka.Dahsyat sungguh aura
LBS nie.Tak pernah padam di buai masa.Bukan apa,mereka semua
hidup dengan novel-novel anis ayuni,ramli awang murshid,bikash.

Bukan seperti kami yang memang hidup dengan novel-novel Ahadiat.
LBS,katerina,pilot cafe.Pap..Pap..Cerita bermula.

Perasaan Ragu-Ragu filem LBS yang dapatkah menyamai dengan
novel LBS sedikit demi sedikit hilang.Kita dapat rasa farid kamil
sebagai kasyah dan lisa sebagai ayu seperti kita rasa semasa membaca
nya 10 tahun lepas adalah sama.Paling kita tak bole lupa masa Ayu
accident dan dia buat plastic surgery.10 tahun lepas,kita menangis
bila baca part tu.Hari nie,bila sampainya part tu.Kita menangis lagi.
Tak sanggup nak melihat ayu dalam menderita.

Walaupun,terdapat kekurangan dalam LBS espc untuk shoot-
shoot yang cantik.Lagu tema yang tak berapa mengancam.Pelakon
yang terlampau mengikut skrip novel tu.Tapi itu tidak menghalang
kita dari mengajak u'll yang tak tengok lagi filem nie untuk masuk
wayang.

Terima Kasih untuk Ahadiat di atas kelahiran LBS.Farid kamil+
Lisa yang berjaya menghidupkan percintaan budak setan dengan
baik.

3 comments:

feyda said...

huhh...terasa usia sama meningkat selangkah abad budak setan....dulu baca novel sorng2 feel..usia belasan..kerana LBS gak berjumpa dengan seorang lg kasyah yg bergelar suami skrg...tp yg magisnya kali ni....pg tgk LBS bukan lg sorng2...pg skali dgn suami dan yg lg special nya...athirah kami dibawa bersama.....sememangnya budak setan adalah 1 lagenda slamanya...amin..

K.I.T.A said...

feyda-->Thanks 4 ur comment. Sweetnye bawa 1 family tgk LBS.
Kite pun kenal kawan kita melalui LBS.Sampai sekarang, kitaorang still lagi contact.

Shukjessa said...

salam

saye nak komen tp kalo saye start komen kang, pjgnye akan lebih dari ape yg sedari postkan di sini, so kalau sesiapa rajin nak baca komen saye ttg filem ini boleh lah ke blog saye http://shukjessa.blogspot.com

saya minta maaf awal-awal sbb saye beri komen dan kritikan, tp tidak bermakna saya tidak sukakan filemnya, so kene open ok =)

p.s: novelnya still the best for me sbb novelisnya iaitu bro Ahadiat lelaki, so senang menjiwai watak Kasyah =)