Wednesday, July 30, 2008

Cita-Cita


Berbaju putih,berkain biru tua
kita bersama bag swan
pertama kali
menjejak kaki
ke sekolah

Kita
mula mengerti
apa itu
cikgu
kerja sekolah
peperiksaan
perhimpunan
rotan guru besar
kawan-kawan

Paling seronok
apa itu
bunyi loceng
yang pertama

Rehat=Makan+Kantin
Mihun sup rm0.50
sekarang sudah
menjadi rm1.50
lama nya
masa memakan diri kita
sudah 16 tahun

Kita
tidak pernah lupa
pertama kali
cikgu
meng"interview" kita
untuk buku laporan sekolah
"Bila besar nak jadi apa"
kita dengan spontan
menjawab
"Boss"


Badan je kecik
Tapi ati besar
nak jadi boss
tu la cita-cita kita

7 tahun ke 10 tahun
kita sudah mula
memikirkan
apa yang kita akan jadi
bila kita besar
cikgu rubiah ketika itu
bertanya kepada kita
"apa cita-cita kamu"
otak dan hati kita bergabung
muncul lah
"Jurutera,arkitek,Pelukis kartun"


Jurutera kalau pandai
Arkitek kalau pandai lukis
Pelukis kartun kalau tak berapa pandai

Sejak ari tu
sehingga kita meninggalkan
pakaian seragam kita
baju warna putih
semua buku laporan kita
tertulis
3 pekerjaan di atas


Itu dulu
kini
kita
semakin
keliru dengan
cita-cita dan impian kita

Keliru
mana yang terbaik buat kita
Benar lah kata orang
Semakin kite
meningkat umur
semakin
banyak masalah
yang kite terpaksa
tanggung sendiri

Berfikir yang terbaik
untuk
diri sendiri
dan masa depan








8 comments:

rakanfarhan said...

Saya dulu beriya² nak jadi pilot, tentera, dan polis. Polis tu sebab nak ikut jejak langkah ayah. Bila dah besar, baru tahu saya kurang sempurna, kaki saya tak straight sebab masa lahir dulu kaki saya defect, clubfoot. So takleh la nak join tentera and polis. Besar sikit lagi, dah kene pakai spek. Tak dapat plak jadi pilot. Sudahnya? Masih lagi menyusuri kehidupan, tercari² satu ketetapan.

rakanfarhan said...

Zarith, link awak tu memang awak saja wat "blogpsot" ke? Sebab link tu akan bawak ke site mana² ntah. Kalau awak tak kisah, leh la betulkan link tu. Cam tak sesuai plak elok² site nasyid tiba² klik link awak tu terus ke site Bible.

rakanfarhan said...

Takpe…..takde masalah. Oh ya, kalau nak ikut kitaorang,leh je. Tak kisah la konsert mingguan or final nanti. Ada YM? Ke FS? Senang sket nak message².

Anonymous said...

naqiah..
dulu ak cite2 nak jadi doktor..
tp bile dah besar sket ni asyik2 pitam je bile tgk darah..
xlarat la..
so tau la ak xbley jadi doktor sbb anti merah2 ni..
hik3..
so skang..
jalan kite dah same...
kite dah rancang same2 dr dl kan..
we are engine!!
AMIN..
-nana-

Mohd Jayzuan said...

dulu masa sekolah selalu kena sebat dengan cikgu hohoho

fahmie Kaiser said...

teringat balik memori zaman sekolah rendah dulu balik.. byk cita-cita tapi dah besar lain pula arahnya.. hehe.. great post! :)

Anonymous said...

uhuk touching!!
i don`t want grow up.."
serius rindu zaman dulukala..
penat jd org besar ni..
ape pn kena TABAH.. peace;)
-mawar-

violet_abbey said...

i also have written entry pasal cita2 ni..hhaa..read mine k! jgn gelak!