
Kite terpanggil untuk menulis artikel nie
selepas Dr Lee[Lecturer Foundation]
bercerita mengenai masalah ini.
Ini adalah pandangan peribadi kite mengenai
masalah ini.Ramai yang menunding jari ke arah
majlis perbandaran tempatan.
Masalah ini bukannya salah mereka 100%.Ramai
yang bertanggungjawab ke atas kes ini.
Contractor,Consultant.Semua
kene di siasat.Adakah ini bukan salah mereka.
Mungkin perubahan cuaca global yang tidak menentu
menjadi sebab utama kejadian ini.Semua ini masih
dalam siasatan.
kite pernah ke bukit antarabangsa pada tahun 2006.
Untuk melihat tapak projek masjid di sana.Memang
best dapat tinggal di sana.Tinggi.Berangin.
Kebetulan,ketika kite hendak pulang.Hujan turun
dengan lebat.Kite betul-betul terkejut bila
laluan ke bukit antarabangsa yang tadinya indah
bertukar menjadi sunway lagoon baru.Air mengalir
ke permukaan jalan dengan lajunya.Padahal sistem
perparitan di sana cukup sahaja.Ada longkang
kiri kanan jalan.
Air tadi bukannya berwarna putih tetapi warna perang.
Seperti pesta teh tarik di jalan raya.Kotor.Air lumpur
itu di percayai berpunca dari kesan pembinaan di
kawasan tersebut.
Amat mengecewakan.Apabila kediaman berharga jutaan ringgit
bertukar sekelip mata hanya kerana hujan lebat.Lagi-lagi,
sekarang musim hujan.
Tiada ungkapan penyesalan mampu di ungkapkan.
Semuanya telah berlalu.
Cuma kini,kite berasa sungguh kecewa dengan segelintir
penduduk bukit antarabangsa yang menyalahkan pihak terbabit
berkenaan harta mereka di dalam rumah telah hilang.
Adakah harta lebih berharga dari nyawa.Ada berita mengadu,
penepatan sementara mereka tidak selesa.
Bersyukur lah kerana ada orang membantu kite dan anda masih hidup.
Tadi,(15Dec08) berita utama TV3 ada menyiarkan ada segelintir
penduduk di sana yang hendak mengambil harta-harta peninggalan
mereka di dalam rumah tersebut walaupun kawasan rumah tersebut
belum benar-benar stabil.
Mereka tidak menghiraukan semua itu.Sehinggakan pihak keselamatan
terpaksa meminta mereka menandatangani perjanjian bahawa semua
risiko adalah tanggungjawab sendiri.
Yang kelakarnya,TILAM pun hendak di selamatkan.
Entah la apa yang di fikirkan dalam kepala mereka.
Harta lebih berharga dari Nyawa.