Monday, December 15, 2008

Maut di Bukit Antarabangsa



Kite terpanggil untuk menulis artikel nie
selepas Dr Lee[Lecturer Foundation]
bercerita mengenai masalah ini.

Ini adalah pandangan peribadi kite mengenai
masalah ini.Ramai yang menunding jari ke arah
majlis perbandaran tempatan.

Masalah ini bukannya salah mereka 100%.Ramai
yang bertanggungjawab ke atas kes ini.
Contractor,Consultant.Semua
kene di siasat.Adakah ini bukan salah mereka.

Mungkin perubahan cuaca global yang tidak menentu
menjadi sebab utama kejadian ini.Semua ini masih
dalam siasatan.

kite pernah ke bukit antarabangsa pada tahun 2006.
Untuk melihat tapak projek masjid di sana.Memang
best dapat tinggal di sana.Tinggi.Berangin.

Kebetulan,ketika kite hendak pulang.Hujan turun
dengan lebat.Kite betul-betul terkejut bila
laluan ke bukit antarabangsa yang tadinya indah
bertukar menjadi sunway lagoon baru.Air mengalir
ke permukaan jalan dengan lajunya.Padahal sistem
perparitan di sana cukup sahaja.Ada longkang
kiri kanan jalan.

Air tadi bukannya berwarna putih tetapi warna perang.
Seperti pesta teh tarik di jalan raya.Kotor.Air lumpur
itu di percayai berpunca dari kesan pembinaan di
kawasan tersebut.

Amat mengecewakan.Apabila kediaman berharga jutaan ringgit
bertukar sekelip mata hanya kerana hujan lebat.Lagi-lagi,
sekarang musim hujan.

Tiada ungkapan penyesalan mampu di ungkapkan.
Semuanya telah berlalu.
Cuma kini,kite berasa sungguh kecewa dengan segelintir
penduduk bukit antarabangsa yang menyalahkan pihak terbabit
berkenaan harta mereka di dalam rumah telah hilang.
Adakah harta lebih berharga dari nyawa.Ada berita mengadu,
penepatan sementara mereka tidak selesa.

Bersyukur lah kerana ada orang membantu kite dan anda masih hidup.
Tadi,(15Dec08) berita utama TV3 ada menyiarkan ada segelintir
penduduk di sana yang hendak mengambil harta-harta peninggalan
mereka di dalam rumah tersebut walaupun kawasan rumah tersebut
belum benar-benar stabil.

Mereka tidak menghiraukan semua itu.Sehinggakan pihak keselamatan
terpaksa meminta mereka menandatangani perjanjian bahawa semua
risiko adalah tanggungjawab sendiri.

Yang kelakarnya,TILAM pun hendak di selamatkan.
Entah la apa yang di fikirkan dalam kepala mereka.
Harta lebih berharga dari Nyawa.

13 comments:

Anonymous said...

manusia yang sudah biasa hidup mewah, bila dah dpt bantuan sebesar manapun, masih tidak mencukupi. Lebih risau rumah mereka dari dimasuki pencuri dari keselamatan diri dan keluarga.. harta boleh dicari lagi, nyawa? hanya sekali..

K.I.T.A said...

Entah la
Baik jadi tak kaya mana
Tak miskin mana

onnychubby said...

sape suh cari nahas duk kat tmpt tgi.....padan muke

FazliaNa said...
This comment has been removed by the author.
FazliaNa said...

Mungkin mase decide nk berumah kt Bkt.Antarabangsa diorang lupe risiko landslide sbb dh teruja ngn nice view kt stu..
Kate org kalo takot dilambung ombak jgn berumah di tepi pantai..
Sbb xbrape nk takot & fikir landslide tu dh xjadi lg dh diorang brani pulang ke rumah angkut tilam yg mahal tu..
hee..

Deeno said...

erm..betul gak.tapi,hati ni lagi sayu bile tgk makanan dibuang2.then sekumpulan khinzir ntah dari mana datang ke tmpt pembuangan sampah tersebut.
bile tgk keadaan tuh,sebak rase hati ni.
knape sampai tergamak makanan nak dibuang?
tak boleh tuding jari kat penduduk gak,tapi kepada siapa?
hurm..makanan tesebut rasenye untuk petugas.
tapi kepada sesiape lah kan,rezki tuh jgn dibuang.dah ditimpa bala masih tak ingat tuhan lagi ke..?
bersyukur la kita masih lagi hidup kan.

wassalam.

Anonymous said...

"Kalau takut ditimpa tanah runtuh, jangan berumah di tepi bukit"

K.I.T.A said...

onny-->Tempat tinggi nak suh nampak berkuasa kot.kan mahal umah
dekat sana.

fazliana-->Ye.Lupe bende lain

Deeno-->Bersyukur ke atas
semua yang terjadi.

Rakan Farhan-->Kalau taku di timpa
tanah,jangan duduk di atas tanah.
hahahahaha

Intan Noorazlina said...

semua tu kuasa Tuhan... mgkn jugak org2 senang/kaya ni nak privacy, so buat umah jauh dari org lain, atas bukit, dlm utan, pinggir bdr... bila ada bala, yg susahnya org2 yg 'susah' jugak... so bila kita senang kena jugakla igt kat org susah... mana tau kita perlukan bantuan diaorg satu masa nanti... langit tak selalunye cerah kan?

K.I.T.A said...

Kite setuju sangat dgn puan intan(lecturer english masa diploma dulu).

Masa senang kene ingat juga
orang susah sebab
kalau kite nie kaya macam mana
pun.Bile mati,harta tu bukannya
ikut sekali.

Insaf la wahai orang kaya.

Anonymous said...

em...i was there 2 at that time..air teh tarik mengalir laju je kat sane.. then, who should be blame on that? entahla..yg pastinya..Allah Maha Adil dalam menilai sesuatu.. terpulangla..bencana berlaku apabila manusia mula ingkar pada Allah...tanpa kita sedar..mungkin ini salah satu petanda awal...petanda kecil..so...renung2kan dan selamat beramal...

K.I.T.A said...

ye la fara.
Teh tarik Bukit antarabangsa

Lara said...

its a sign actually.
disaster,
n skang perang di Gaza.
semua lalai.
kan?kan?
[eh,tetibe jek sy nyampuk,padahal dh sebuln berlalu tnh runtuh tu.]
:)