Thursday, February 26, 2009

Tiada selama 7 hari

Kita akan bercuti dari blog ini selama 7 hari kerana sibuk
yang amat:
27.2-1.3=Event Manager@Uniten Muadzam
2.3=Quiz 3 Highway
3.3=Quiz 2 Statistic
4.3=Quiz 4 Highway
6.3=Submit FYP,Progres report 2

Tuesday, February 24, 2009

Hipokrit

Sedih
Marah
Tapi
masih
mampu
senyum
gurau
ketawa
Hipokrit
Memang
Benar
Hipokrit
Maaf
Aku
Hipokrit
Hanya
Kerna
Tidak
mahu
menyakitkan
hati mu
Biar
perit
bagi ku
Tapi
bahagia
bagi mu

Monday, February 23, 2009

Macam Mana Nak Marah Dekat Orang Yang KITA Sayang

Biase lah,semua orang buat salah.Tak de orang
sempurna.Jadi,kalau ada perkara yang tak puas
hati.Mesti lah,kita de perasaan nak marah.Ye lah,
kite juga punya hati dan perasaan macam yang lain.
Cuma kita bukan seorang yang panas baran.Bagi
kita,kalau kita dah start marah.Memang ada yang
tak kena sangat dengan orang itu."MACAM MANA
NAK MARAH ORANG KITA SAYANG"

Maksud kita,orang yang kita sayang bukan nya my
pakwe sebab kita masih single.Sesiapa yang selalu
baca blog kita,pasti dapat meneka siapa gerangan
orang itu.Banyak jugak post pasal dia dalam blog nie.

Mungkin,bende nie nampak tak bape besar kalau
orang tu memang kita da benci.Senang jer nak
luahkan perasaan marah nie.Hanya perlu marah
bagai nak rak pastu terus delete dia dalam hidup kita.
Tapi,tak kan lah..kita nak delete terus orang yang kita
sayang itu dalam hidup kita.Mesti tak boleh walaupun
kita da telan 10 biji panadol.

Sesiapa yang pernah de pengalaman macam nie.Sila
la beri sikit nasihat.Terima Kasih Banyak-Banyak.

p/s:Dah baik demam

Friday, February 20, 2009

Ini Bukan Lagu Patriotik

Ini bukan lagu Patriotik tapi lagu patriotik di Uniten.
Lagu ini akan di nyanyikan bile sampai hari-hari
terakhir sebelum habis seisi orientasi.Masa tu,semua
kena Bangun,Berdiri,Diam,Nyanyi.Hero=Mariah Carey.



Gratisan Musik


p/s:Demam Mood

Tuesday, February 17, 2009

Surat selepas Mock Interview

Kehadapan,sahabat ku..

Surat ini di tulis bertujuan untuk berkongsi pengalaman
selepas kita menghadiri mock interview pagi tadi.
Korang tau tak,soalan yang di tanya banyak kali
dan dia teramat la berminat untuk mengetahui
berkenaan resume kita.Adalah ILMU KIOSK.Yang
kelakar nyer de seorang panel tu tanya.
ILMU KIOSK tu tempat jual ilmu ker?Pastu,dia
tanya lagi pe peranan kita sebagai general
manager di ILMU KIOSK?Banyak sangat dia nak
tau pasal Ilmu Kiosk.Kita rasa dia pasti
berasa pelik,kenapa seorang pelajar civil
engineering boleh involve dalam dunia bisnes
nie.Kalau dia tau yang majoriti dari students
UNITEN involve dalam bisnes,sure dia terkejut.
Kita tau kenapa dia tanya pasal General Manager.
Nama jawatan tu gempak kan..Tu adalah salah satu
stategik kiteorang untuk attract HR officer bile
tengok resume kiteorang.Pada ajk ILMU Kiosk yang
lain..sediakan lah jawapan untuk soklan tu.

Yang Ikhlas,
KITA.

Sunday, February 15, 2009

Friendster/Myspace/Facebook Agen Jejak Kasih Moden

Friendster,Myspace,Facebook dah jadi agen jejak
kasih version moden.Tak perlu lagi lepas nie
Aziz Desa dan cerminnya menjawab panggilan
tragis yang hendak mencari orang yang mereka
sayang.Macam KITA, kewujudan alat nie..
Telah berjaya menemukan kita dengan kawan-kawan
sekolah especially kawan sekolah rendah.Ramai
sangat yang telah berjaya di jejaki menggunakan
alat nie.Paling manis+masin=Masa kite dapat
jumpe kakak angkat kita masa sekolah rendah.
Dahsyat..lebih 5 tahun tak jumpe.Last-Last,
myspace yang tolong cari kan.Kawan yang dah
kahwin,tunang pun kite tau dari alat nie.
Agaknye,bile kite dah tua.Friendster kene
tambah satu applikasi,iaitu Family group.
Mak,ayah,atok,nenek dalam satu group.Senang.
Kite ingin mencadangkan pada Pak Lah agar
mewajibkan semua rakyat Malaysia menyertai
friendster/myspace/facebook.Baru lah,kalo de
orang yang kene culik ker.Juz post dekat buletin
bagitahu hal nie.Polis pun patut de jugak.

p/s:Walaupun alat nie canggih/moden tapi
masih tak dapat mencari cikgu kesayangan kita.
Cikgu Shafiee dan Cikgu Sarnah.

Tag By Bob Hadi

Tag Nie dari Bob Hadi.Siapa-siapa yang hendak tau Tag
nie pasal apa,kenapa kita kene buat tag nie, Dan bagi
mereka yang ingin bermain tag nie.Sila ke blog Bob Hadi.

Saturday, February 14, 2009

Korang guna Otak Kanan ke Otak Kiri

OTAK KIRI :BAHASA,NOMBOR,LOGIK,ANALISIS
OTAK KANAN:IMEJ,WARNA,RITMA,KHAYALAN

OTAK KANAN berfungsi dalam hal-hal yang masih belum konkrit, masih kabur-kabur. Tergolong dalam medan fungsi otak kanan ialah dalam aspek bentuk dan pola, manipulasi ruang, ritma dan apresiasi muzik, imej dan gambaran, imaginasi, khayalan, rentak lagu dan sebagainya. Oleh itu otak kanan digelar OTAK SENI.

OTAK KIRI pula dikaitkan dengan hal-hal yang sudah konkrit, sudah ada bentuk dan ini termasuklah dalam aspek-aspek bahasa, formula matematik, logik (mantik, taakulan), nombor, sekwens, lineariti, analisis, senikata lagu dan sebagainya. Otak kiri digelar OTAK SAINS.

Kite rasa kite guna 60% Otak kanan 40% Otak kiri.Korang bagaimana?

Bile Hattan nak buat Konsert Solo


Semua peminat Hattan,jom la pakat suh Hattan buat
konsert solo dia.Selalu nama seperti M Nasir,Jamal,
Ramli Sarip di beri peluang mengadakan konsert solo
mereka.Hattan yang mempunyai vokal yang baik dan
lagu yang penuh dengan memori zaman silam buat
kita rasa excited sangat nak pergi tengok dia
nyanyi live.Rock kapak habis.

Lagu-lagu dia yang 5 star:
1.Tiara
2.Rendang Tak berbuah
3.Dari kekasih kepada kekasih

Friday, February 13, 2009

Semakin Sibuk, Semakin Penat

Kita akan mengalami zaman-zaman mata yang
sembab, Tido yang kurang, Mimpi hanya separuh,
Tapi gelakdan senyum masih ada.So,blog nie
akan kurang postsampai 1st April.Kite jarang
update kerana sibukdengan hal dunia tak pernah
habis.Doakan kite berjaya menempuh ari-ari sibuk
ini.Amin~

"Semakin Sibuk Semakin Penat"

p/s:Untuk kawan-kawan kita yang da link blog kita
dan kt belum link lagi blog korang.Kita nak say
sorry sangat-sangat sebab tenet dekat hostel nie
tak boleh nak update.Nanti,bile da ok..kite link kan.

MISI NOV 2009


Tajuk : Misi November 2009
Perkara : Tamat belajar
Hadiah : Percutian yang seronok
Sponsor : Diri Sendiri

p/s:Jadi,mulai hari nie,kite kena belajar serajin
mungkin agar kita dapat memenangi hadiah tersebut.
InsyaALLAH.

Friday, February 6, 2009

KITA sayang Kamu

Post ini di tujukan pada kamu,kawan-kawan kita
Terima kasih sebab berkawan dengan kita
Tiada ucapan yang lebih mampu kita ukirkan
selain ucapan terima kasih yang tidak henti-henti

Terima kasih ini di mulakan dengan rasa rendah diri
kerana korang semua tahan dengan perangai kita yang
sangat pelik.Hanya kawan kita sebenar yang tau
betape pelik perangai kite.Terima kasih kerana
tak henti-henti menolong kite ketika susah.Hanya
ALLAH SWT yang mampu membalas jasa korang
dengan makbul kan doa kite supaya persahabatan
kita tiada penghujungnya.Kadang-kadang,kite tak
mampu nak buat baik macam yang korang dah buat.
Seorang yang sentiasa membuat lawak bodoh.Terima
kasih sebab korang gelak jer bile dengar lawak kite.
Terima kasih sebab sentiasa memberi support
dekat kita.Seorang yang nampak kuat jer tapi
selalu lemah bile ada masalah.Terima kasih
sebab sudi pinjamkan telinga korang dengar
semua problem kite.Dengar semua..tangisan,
marah-marah,semuanya.Memberi semangat untuk
kite terus bangkit seperti selalu.Cakap tanpa
henti,ketawa sepanjang masa.Hanya ALLAH SWT
yang tahu betape kite menghargai apa yang
telah korang buat untuk kite selame nie.

Selamat menyambut hari kasih sayang pada
semua kawan kite yang sentiasa sayang K.I.T.A.
Bak kate kawan kite masa dok tengah makan-makan.
"Tu bukti ramai yang sayang ko,zarith"Memang pun..
Ramai yang sayang K.I.T.A,Kite harap kite mampu
sayang korang macam korang sayang kite.Rasanya,
nie lah post kite yang paling touching dan
bermakna dalam hidup kita.

5 Tips Apa Yang Hendak Dicakap Ketika Dating

1.Kenal latar belakang orang yang kite nak date.Dia nie
pendiam ke peramah ke

2.Cakap bende yang yang korang suke buat.Macam hobi ke,psl study ker

3.Cakap bende yang jadi di sekeliling korang.Contoh:Karnival Jom heboh
yang korang baru gi.

4.Cakap bende yang tengah jadi dekat tempat korang.Macam nie,tetibe de
seorang baby comel sedang pandang korang.Korang boleh pick soalan nie.
"Eh comel nyer baby tu.Muke dia macam mak dia"

5.Cerita pasal korang dgn pasangan korang.Contoh:cite balik kenangan korang
masa gi camping ke

p/s:semoga sucess.yang penting,jangan gelabah.rileks.jadi diri sendiri

Wednesday, February 4, 2009

Marah itu cool tapi sabar lebih sejuk

"Marah itu cool tapi sabar lebih sejuk"

Sebabnya:

1.Bile kite marah,ia akan menampak kite nie memang buruk walaupun
kite tahu yang kite memang buruk pun.

2.Marah tak cool la beb.Memang la akan buat orang yang kene marah macam nak nangis jer dengar caci
maki kite.Tapi,tak sampai 24 jam.Tanduk dua telah timbul di kepala diaorang.Abih 2 gelas air sirap
kite minum,tapi tak reti-reti jugak nak jadi baik.Baik lah,kalau kite marah.Kite buat-buat macam tak
de apa.Kalau bole,kite belanje lagi orang tu makan roti canai.Giler Cool.Tak sampai 24 jam lepas tu,
orang tu sure akan rasa macam nak pitam sebab tak cukup oksigen dok fikir "asal lah,dia tak marah aku"
"aku tak cukup rock ker sampai dia tak rasa nak marah".Pastu,perasaan syahdu dalam diri orang tu akan muncul dengan magiknya.Mula la,dia berfikir..tak pernah dia jumpe orang sebaik korang.Padahal,dia tak tau.dekat belakang,pekataan seperti ****,****,*****,***** semua keluar.Tak per,beb yang penting biar orang nampak
kite cool habis.

3.Marah menambah dosa yang sedia ada.Kalau rasa macam sikit gile dosa korang.
Tolong lah buat bende lain yang lebih cool.Marah tak cool sangat la beb.

p/s:Jangan lah marah orang tapi,kalo orang tu nak bunuh korang.Pastu,korang
cakap "Aku tak marah,marah tak cool beb".Memang kene lah..Marah boleh
tapi biar bertempat.[SAY NO TO MARAH but SAY YES TO SABAR]

PAS adalah parti politik terbaik Malaysia

Pendapat K.I.T.A sahaja
Tiada sebab untuk di tangkap under "ISA"
Kerana post ini tidak di pengaruhi sesiapa
Hanya pandangan ikhlas penulis

PAS telah menunjuk satu kredibiliti memimpin negeri di Kelantan,Kedah.Perak tidak termasuk kerana Perak bukan milik sepenuhnya PAS kerana hasil kongsi dengan DAP,PKR.

Susah untuk kite dengar di tv/radio yang pemimpin PAS di tangkap rasuah.PAS juga merupakan satu-satunya parti politik di Malaysia yang mempunyai pendirian yang tegas terhadap Islam dan Melayu.Pemimpin PAS hanya memilih wakilnya yang benar-benar berkualiti dari segi akhlak dan pendidikan.PAS sebuah parti yang sebenarnya open minded,bukan seperti apa yang di katakan orang ramai.
Mereka boleh menerima pendapat dari parti politik yang lain.Tiada satu pemimpin PAS yang lompat parti.Mereka berdiri teguh di belakang PAS.Ini menampakkan keutuhan parti tersebut.PAS juga merupakan pelopor terhadap sesuatu perkara.
PAS negeri pertama yang memberi cuti 2x seminggu.PAS sangat sederhana dalam serba-serbi.

Politik Kaum Cina

Ini hanya pendapat kita semata-mata.Tiada niat lain
dalam diri kite selain dari untuk renungan bersama.

Politik kaum cina lebih bersih
Ini kerana:

1. Ketika Gong Xi Fa Cai lepas.DAP datang ke umah terbuka
pemimpin BN yang berketurunan cina.Seperti seorang
sahabat ke rumah sahabatnya.Ini tidak berlaku dalam
politik kaum melayu.Tak pernah lagi Najib mengajak
semua pemimpin parti pembangkang untuk beraya bersama-sama

2. Tiada satu kata sepakat antara semua pemimpin Melayu bila
tiba sebarang masalah mengenai bahasa Melayu dan Islam

3. Tiada istilah tikam kawan dari belakang dalam politik kaum
cina.Tidak pernah lagi kite dengar,bila satu kawasan yang
di rasakan tidak selamat.Ada calon bebas yang tiba-tiba
menawarkan diri untuk bertanding semata-mata untuk mengecilkan
undian bagi semua parti yang bertanding

4. Jarang kite dengar,ahli politik cina di dakwa kerana rasuah
tapi kite selalu dengar yang ahli politik melayu di tangkap
kerana rasuah

Monday, February 2, 2009

RM25 juta umpan BN pikat ADUN Pakatan?




UMPAN?... Ketua PKR Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda (kanan) menunjukkan surat akuan bersumpah mendakwa ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan ditawarkan ganjaran RM25 juta seorang untuk menyertai Barisan Nasional. Bersama beliau ialah Pengerusi PKR Perak Osman Abdul Rahman (tengah) dan ADUN Teja, Chang Lih Kang. - foto The Star oleh LEW YONG KAN


POH: Barisan Nasional (BN) umpan RM25 juta untuk memancing setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN dan Parlimen Pakatan Rakyat supaya melompat ke parti gabungan itu?

Begitulah dakwaan seorang ketua bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini bahawa jumlah tersebut ditawarkan oleh BN selepas pilihan raya umum Mac tahun lepas.

Bagi Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Dr. Sivamurugan Pandian, dakwaan itu tidak logik kerana lebih baik BN menggunakan wang yang besar jumlahnya itu untuk projek yang membawa faedah dan manfaat kepada rakyat, terutama projek pembangunan yang akan memberi kelebihan kepada parti gabungan itu daripada membeli dua ADUN PR.

"Kenapa perlu menghabiskan RM50 juta untuk dua orang wakil rakyat? Ia perkara yang tidak rasional dan merupakan satu tuduhan liar oleh Pakatan terhadap BN, dan jika BN membuat tawaran sedemikian, ia memberikan imej negatif kepada parti gabungan itu," katanya kepada Bernama apabila diminta mengulas dakwaan pemimpin PKR itu.

Ketua PKR Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda dalam surat akuan bersumpah yang dibuatnya di hadapan pesuruhjaya sumpah Yong Yoke Thye di sini hari ini mendakwa beliau menerima tawaran daripada BN sebanyak RM50 juta untuk membawa masuk sekurangkurangnya dua ADUN dari Perak, terutama daripada PKR untuk menyertai Umno atau menjadi wakil bebas selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Fauzi turut mendakwa baru-baru ini ditawarkan pula RM5 juta untuk dirinya serta RM5 juta seorang untuk mendapatkan keduadua Exco kerajaan Negeri Perak daripada PKR iaitu Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) supaya melompat parti.

Beliau mendakwa kononnya BN turut berjanji akan menggugurkan tuduhan rasuah ke atas Mohd Osman dan Jamaluddin iaitu dakwaan menerima rasuah berhubung kelulusan permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta di Sri Iskandar, Perak Tengah.

Perbicaraan kes rasuah mereka akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini selama tiga hari bermula 10 Februari ini.

Fauzi mendakwa BN turut berjanji bahawa Jamaluddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Koperasi, Pertanian dan Perladangan serta Mohd Osman, yang juga Pengerusi Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan, akan dikekalkan sebagai Exco negeri jika BN memerintah semula di Perak.

Bagi Sivamurugan Pandian, tuduhan liar sedemikian akan hanya memberi kesan negatif kepada Pakatan jika ia terbukti tidak benar, selain turut menjejaskan kewibawaan Pakatan di mata rakyat.

"Dakwaan PR itu menunjukkan mereka tidak bersedia untuk menerima hakikat bahawa dalam kelompok mereka sendiri ada yang ingin berubah parti.

"Tindakan membangkitkan tawaran RM50 juta itu seolah-olah ingin mengalihkan perhatian daripada isu kalangan mereka yang ingin melompat ke dalam BN," katanya.

Beliau berkata, yang menghairankan ialah PR mewujudkan pelbagai dakwaan apabila ada kalangan ADUN mereka ingin melompat ke dalam BN tetapi tidak pula membuat pelbagai dakwaan apabila ada ADUN BN yang menyertai PR.

"Pembangkang harus terima hakikat bahawa jika mereka boleh menarik ADUN BN menyertai mereka maka BN pun boleh juga menarik ADUN PR menyertai BN.

"Pakatan harus beretika dalam menampilkan isuisu yang sebenarnya bertujuan mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar yang dihadapi mereka," katanya.

Sementara itu, seorang pemerhati politik yang tidak mahu namanya disebut berkata dakwaan kononnya dua ADUN itu sanggup melompat parti setelah ditawarkan RM5 juta tidak logik berbanding sebelum ini yang tawarannya dikatakan berpuluh juta.

"Kenapa kedua-dua ADUN PKR itu tidak melompat semasa baru-baru memenangi kerusi DUN dengan jumlah mencecah lebih RM20 juta, kenapa sekarang dengan hanya RM5 juta, terutama setelah menjawat jawatan Exco?", katanya.

Bagi Sivamurugan Pandian, dakwaan yang dibuat oleh pemimpin PKR itu memperlihatkan "ketidakmatangan mereka dalam berpolitik" dan tindakan menggunakan surat akuan bersumpah memperlihatkan "kerakusan mereka berpolitik sehingga sanggup membelakangkan etika surat akuan bersumpah itu."

Dakwaan PKR kononnya BN membuat tawaran membeli dua Exco kerajaan negeri itu timbul ekoran kontroversi kedudukan Jamaluddin dan Mohd Osman sebagai ADUN daripada PKR.

Kedua-dua mereka yang tidak dapat dihubungi sejak minggu lepas telah menimbulkan kebimbangan kerajaan negeri Pakatan di Perak, dan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar mendakwa beliau menerima surat peletakan jawatan daripada kedua-dua mereka melalu faks petang semalam.

Walaupun kedua-dua Exco itu muncul malam semalam untuk menafikan dakwaan yang mereka telah menghantar surat peletakan jawatan itu, Sivakumar tetap menyerahkan surat secara rasmi kepada pejabat Pilihan Raya Negeri Perak hari ini bagi memaklumkan kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang.

Malah Mohd Osman, melalui wakilnya, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11 hari ini bagi menafikan telah mengosongkan kerusi yang diwakilinya itu.

Kedua-dua mereka dilaporkan berbincang dengan peguam masing-masing untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Bagi kerajaan Pakatan di Perak, kedudukan mereka kini semakin meruncing kerana perbezaan kerusi antara pakatan itu dengan BN adalah kecil, dan tindakan anggotanya melompat parti akan menggugat kedudukan pakatan berkenaan.

Ketika ini, Pakatan di Perak mempunyai 32 Adun termasuk ADUN kawasan Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR minggu lepas manakala BN pula diwakili 27 ADUN.

Esok, SPR akan berbincang mengenai kedudukan Jamaluddin serta Mohd Osman dan Pakatan di Perak kini mula bersiap sedia berhadapan dengan kemungkinan diadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kerusi DUN itu.

Para pemimpin Pakatan termasuk Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din hari ini mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang dikatakan antara lain berbincang mengenai persiapan menghadapi pilihan raya kecil itu.

Bagi penduduk Perak, kontroversi ini menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kedudukan kerajaan negeri Pakatan pada masa ini. BERNAMA